Teks :
Program Khidmat Masyarakat & MiG 2014
Gambar :
Upload dari handset
Assalammualaikum w.b.t
Seronok, teruja,
pengalaman baru yang menggembirakan!
Semua perasaan ada
sepanjang program berlangsung. Bermula dari konvoi yang aku sertai, sehinggalan
ke aktiviti terakhir, menggagau ikan! Semuanya pengalaman baru yang amat
menyeronokkan!
Ok. Kami bermula dengan
konvoi yang dimulakan dari pejabat tempat aku berkerja sehinggalah ke Rumah
Anak Yatim SEKENDI, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Semasa memulakan
perjalanan, belum apa-apa konvoi dah terpisah. Mana yang menghala ke Jalan
Duta, mana yang ke arah Federal Highway. Aku pula, memang tahu kalau nak ke
Sabak Bernam, mestilah melalui Jalan Duta. Tapi oleh kerana pertama kali
berkonvoi, jadi aku ikut sahaja kereta di hadapanku yang bergerak ke arah
Federal Highway. Suamiku tak habis-habis membebel, “bukan ikut jalan ni ke
lebih senang,..bla..bla..bla...”. Yang aku pula, “Ni kan konvoi, bang..ikut je
lah..,” masih mempertahankan kereta di hadapanku itu. Rupanya...........Hihihi.
Sudahnya, beberapa buah
kereta yang bertindak sebagai ‘marshall’ walaupun tidak diiktiraf, berjaya
mengumpulkan semua kereta-kereta yang berkonvoi. Tak silap aku, ada 20 buah
kereta tidak termasuk ‘marshall’ tersebut.
Sepanjang perjalanan,
amat menyeronokkan. Konvoi lah katakan. Pertama kali buatku dan anak-anak.
Mereka sangat teruja melihat kereta-kereta konvoi yang akan berkumpul di
satu-satu tempat untuk memastikan tiada siapa tertinggal.
Tiba di destinasi, tugas
diteruskan dengan melakukan khidmat masyarakat. Kebetulan, kami berkongsi waktu
yang sama dengan Bank Muamalat dan beberapa pelajar Uniten dalam melakukan
gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan rumah anak yatim itu. Sayu hati
melihat mereka. Mungkin, naluri keibuan kot, yang membuatkan aku mudah
tersentuh saat berbual bersama seorang anak yatim di rumah itu.
Walaupun kami menerima
banyak sumbangan dari pihak luar sebelum hari kejadian, tetapi sewaktu
menjalankan gotong-royong, masih ada lagi keperluan yang tidak mencukupi, yang
baru disedari ketika melakukan aktiviti tersebut. Contohnya, gayung untuk mandi
dan tali hos. Dalam banyak-banyak tandas yang ada, banyak tak banyaklah, hanya
ada 4 sahaja tandas di situ, cuma satu sahaja yang boleh digunakan. Bukan
kerana rosak, tetapi itulah! Tiada gayung atau tali hos air. Namun, atas usaha
semua, duit berjaya dikumpulkan dan dapatlah membeli keperluan-keperluan
tersebut.
Waktu makan tengahari,
kami belanja budak-budak di rumah anak yatim itu makan KFC. Memang sebelum hari
kejadian, kami ada bertanya mereka, selalu tak dapat makan KFC. Kata mereka,
dalam dua bulan pun jarang dapat makan KFC.
Disebabkan itu, kami
mengambil inisiatif untuk membelanja mereka makan KFC. Budak-budaklah katakan.
“Nak ambil lagi satu, boleh tak?” Hihihi. Kasihan mereka. Kita ini sepatutnya
bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk hidup lebih baik dari anak-anak
itu. Sering aku ingatkan anak-anakku
sewaktu berada di rumah anak yatim itu, melihat
bagaimana keadaan mereka yang tidak berkeluarga.
Biar anak-anakku insaf, dan menyedari bahawa
mereka lebih beruntung. Harap-harap, anak-anakku
merasai apa yang aku harapkan mereka rasa.
InsyaAllah.
sewaktu berada di rumah anak yatim itu, melihat
bagaimana keadaan mereka yang tidak berkeluarga.
Biar anak-anakku insaf, dan menyedari bahawa
mereka lebih beruntung. Harap-harap, anak-anakku
merasai apa yang aku harapkan mereka rasa.
InsyaAllah.
Ok lah. Setakat ini
sahaja dahulu. Next time, aku akan bercerita pasal aktiviti selepas Program
Khidmat Masyarakat di Rumah Anak Yatim SEKENDI. Lagi seronok tau! Adventurous!!
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment