Teks : Aktiviti Bersama Keluarga & Rakan-Rakan Konvoi Amal MiG
Gambar :
Muat Turun dari Handphone
Assalammualaikum
w.b.t.
Aktiviti yang kami
lakukan selepas menjalankan khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim SEKENDI,
Sabak Bernam, sangat menyeronokkan! Tak pernah aku dan keluargaku buat pulak
tu! Kiranya, pengalaman baru.
Usai program khidmat
masyarakat tersebut, konvoi kami diteruskan menuju ke Homestay Sg. Haji Dorani,
Sabak Bernam. Tidaklah jauh sangat dari rumah anak yatim itu, dalam 20km
sahaja.
Petang itu, aktiviti
bebas untuk kami membersihkan diri, menyiapkan anak-anak, dan berehat sementara
menunggu malam. Jadinya, aku dan anak-anak duduk sahaja di dalam bilik,
mengemas apa yang patut. Lagipun, sewaktu kami tiba di homestay tersebut, hari
memang sudah petang. Kira-kira dalam pukul 4.30 petang.
Selepas solat
Maghrib, aku dan anak-anak serta suami, bergerak ke Rumah Angkat Haji Dorani.
Di situlah segala aktiviti dijalankan. Makan malam, dan kemudian kami
dihidangkan dengan persembahan kuda kepang. Kelas kauu!!
Aku memang sangat
teruja untuk melihat persembahan kuda kepang. Memanglah aku ni asal dari Johor,
tetapi jujur aku katakan yang aku tidak pernah melihat persembahan sebenar kuda
kepang. Aku ada la dengar dan aku juga tau, yang kuda kepang ni ada kaitan
dengan makhluk halus, takut kena sampuk la, atau lebih senang kata, naik sheh!
Memang best
persembahan kuda kepang pada malam itu! Ia dimulakan dengan tarian biasa, lepas
tu mereka mengajak penonton untuk menari bersama. Lepas tarian kuda kepang
bersama penonton itu, ha!! Tarian kuda kepang yang sebenar dipersembahkan!
Kali ini,
penari-penari hanya berpakaian biasa. Tidak seperti mula-mula persembahan,
mereka memakai pakaian kebudayaan. Kali ini, mereka hanya memakai pakaian
biasa, t-shirt dan jeans.
Memang benar, mereka
bagai dirasuk. Dalam kira-kira 10 orang semuanya penari-penari ini. Mereka
dijaga oleh seorang ketua yang aku rasa, pawang kot. Memegang cemeti yang
dilibas sekali-sekala. Huh! Nak cerita pun macam tak pandai, kerana teringat
saat menyaksikan persembahan tersebut, bagai tak terkata!
Namun, apa yang
boleh aku gambarkan, persembahan tersebut memang awesome! Saat mereka bagai
telah dirasuk, ada yang sampai panjat ke dinding, mengopek buah kelapa menggunakan
mulut sahaja, dan memecahkan buah kelapa tersebut menggunakan kepala. Semua itu
pertama kali bagi aku. Seronok dan teruja. Tetapi, dalam seronok-seronok itu,
aku risau juga akan anakku yang paling kecil itu. Risau kalau dia nampak
apa-apa. Yelah, budak kecil kan. Kita mana tahu apa yang dia boleh nampak. Lagi
dua orang anakku pula, hmm, tak payah risau. Mereka khusyuk menonton
persembahan kuda kepang itu. Tidak beralih tempat duduk pun.
Tapi, syukur. Anak
kecilku itu dilayan oleh ayahnya bermain Pou di dalam handphone. Maka, ralitlah
dia dengan handphone itu, tidak tengok sangat aksi-aksi penari kuda kepang itu,
yang aku rasakan, menyeramkan juga. Hihihi.
Selepas tamat
persembahan, kira-kira jam 11.00 malam, aktiviti berjalan mengelilingi sawah diteruskan.
Pengalaman baru untuk kami! Dahlah aku ni memang teringin sangat berdiri di
tengah-tengah sawah! Tapi, kami berjalan waktu malam. Tak dapatlah nak berdiri
di tengah sawah untuk ambil gambar. Dah malam.
Objektif aktiviti
berjalan mengelilingi sawah pada waktu malam, adalah untuk merasa hembusan bayu
malam. Chewah! Hihihi.
Tapi, betul la.
Memang nak bagi peluang untuk merasai kedamaian waktu malam di tepian sawah.
Tapi, anak kecilku telah tidur di separuh perjalanan. Makanya, tak dapatlah aku
nak menjiwai hembusan bayu malam akibat termengah-mengah mengendong si kecilku
itu. Itupun, bertukar-tukar dengan suamiku. Yang anakkku lagi dua orang itu
pula, mereka yang paling hadapan. Entah mereka menjiwai atau tidak, aku tak
pasti. Apa yang pasti, mereka kepenatan. Hahaha.
Apapun, aku yakin
walaupun anakku yang sulung dan yang nombor dua itu tidak merasai atau menjiwai
keheningan malam di tepian sawah, mungkin sebab mereka belum dewasa, belum nak
‘feel’ segala, tetapi mereka pasti akan teringat kembali apa yang telah mereka
lakukan walau hanya berjalan de tepi sawah pada waktu malam. Walaupun secebis,
tapi ia adalah memori.
Keesokan harinya,
aktiviti diteruskan dengan sukaneka. Sukan tak sukan la. Acara kecil-kecilan
sahaja tapi ada hadiah. Antara sukaneka yang dijalankan ialah, baling selipar
untuk kategori kanak-kanak, dan untuk dewasa,

bowling kelapa serta menjolok tebuan. Menjolok tebuan ni, bukan tebuan betul tau! Peserta diberi sebatang kayu, kemudian ditutup mata, dan perlu memukul bungkusan air yang diikat di tiang. Kerjasama antara pasukan diperlukan untuk menggerakkan peserta yang ditutup matanya.
Selepas sukaneka,
mencanting batik pula. Lagi pengalaman baru buat aku dan keluarga! Di sini, kami
mencurah idea dalam menunjukkan kreativiti masing-masing. Alah, bukan susah
pun! Tinggal warna sahaja!
Seterusnya adalah
aktiviti yang paling dinantikan oleh anak-anakku. Menggagau
ikan! Ikan yang
perlu digagau ialah ikan keli. Sudah dibuang sengatnya, jangan risau.
Anak-anakku sebenarnya konon-konon sahaja mencari ikan, padahal aku tahu,
mereka lebih kepada nak bersuka-ria, berkubang dalam lumpur tu! Hahaha. Asalkan
mereka bahagia, aku laaaaagiiii bahagia. Pengalaman baru juga tu! Suamiku juga
turut serta. Aku yang menggesa dia untuk turut serta. Dia tu, dahulu, kerja di laut menolong ayahnya. Jadi, aku saje je nak lihat kebolehan dia mencari ikan. Hihihi. Sudahnya, 4 ekor dapat digagau suamiku. Hihihi. Aku pula, dok di tepi sahaja mengendong si kecil. Panas waktu itu!
Apapun, aku
bersyukur dan gembira kerana dapat memberikan anak-anakku suatu pengalaman yang
serba baru buat mereka. Bermula dari acara berkonvoi, kemudian melakukan
kerja-kerja amal khidmat masyarakat, menyaksikan persembahan kuda kepang,
berjalan di tepi
sawah pada waktu malam, mencanting batik, sehingga ke aktiviti
menggagau ikan. Semuanya tidak pernah dilakukan oleh kami sebelum ini.
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, ada suatu pelajaran baru untuk mereka dalam
mengenali dunia ini.
Hmm... Sampai sini
sahaja buat waktu ini. Kalau korang rasa berminat dan ingin mencuba
aktiviti-aktiviti yang aku ceritakan, cubalah ke sana! Seronok! Google je
‘Homestay Sg. Haji Dorani’, keluarlah segala maklumat! Sampai di sini dulu!
#Salam kasih sayang!
aktiviti terbaik untuk anak2 & priceless family time.. :)
ReplyDelete