Thursday 9 April 2015

SO FAR SO GOOD

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       En. Google

Assalammualaikum, semua! Hope life getting more better day after day, insyaAllah.

Today, genap seminggu aku di tempat kerja baru ku ini. Well, so far so good. Rutin kerjaku tidaklah banyak sangat berubah. Sama je dengan kerja-kerja yang aku lakukan sewaktu di PPW dahulu. Cuma di sini, kerja aku lebih dispesifikasikan. Maksud aku, aku buat kerja itu sahaja dalam satu-satu masa.
Ok, let me explain. Kat sini, aku hanya perlu membuat bayaran L/O (local order), bayaran kontrak kawalan keselamatan sekolah-sekolah, pusat koko, asrama, dan membuat bayaran sewaan. That's all! Walaupun kerja aku kali ini itu sahaja, namun, tidak aku nafikan sangat banyak terutamanya L/O. Tapi, aku juga harus akui, walau sebanyak mana pun L/O tu, aku hanya perlu membuat bayaran sahaja. Tidak perlu sampai bawa balik ke rumah. Hihihi. InsyaAllah.

Ye kala aku di PPW, L/O tu dari permulaan kerja iaitu memohon Nota Minta, proses L/O hinggalah kepada membuat bayaran, semuanya KAMI di Unit Kewangan & Akaun, PPWBPKL yang buat.Tidaklah sebanyak di tempat baru aku ini. Itu memang aku pasti sebab baru seminggu aku di sini, hampir 50 L/O telah aku proses pembayarannya.

Kawalan Keselamatan pun sama. Kalau dulu di PPWBPKL, aku turut memproses invois untuk Pembersihan Bangunan & Kawasan, di tempat baru aku, tidak lagi. Tapi, kesemua syarikat Kawalan Keselamatan di Zon Sentul dan Keramat adalah di bawah jagaanku. Banyaklah kalau nak diikutkan, ada lebih kurang 40 buah syarikat. Kalau dulu, kami dibahagi-bahagikan kawalan dan pembersihan, masing-masing perlu jaga dalam 8 buah syarikat.
Ah! Aku nak terangkan pun berbelit-belit. Hihihi. Yang pasti, sepanjang seminggu di sini, aku boleh catch up semua kerjaku. Hopefully berterusan. Namun begitu, sahabat-sahabatku di PPWBPKL terutama di Unit Kewangan & Akaun sentiasa di ingatan. Hmmm, teringat la pulak jerih-perih kami di sana. Ahh! Sudah-sudah! Hihihi.

What's important, we have to love our job! Barulah kita akan rasa happy alwayz! Kan kan kan?!

#Salam kasih sayang!

No comments:

Post a Comment