Teks
: Azaliza binti Salmin
Foto
:
Carian Google
Assalammualaikum! Salam Jumaat yang indah
untuk semua!
Ok! Meh aku sambung tips menghadapi GST dari
Dr. Azizan Osman – Mentor Kejayaan dan Kekayaan. Mana yang boleh dipraktikkan,
kita praktikkan. Tak salah berkongsi ilmu because sharing is caring! MMuuaahhh!
Toksah merepek panjang-panjang, Azaliza!
Hihihi…
Tip 4 à Memasak
Siapa
yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari
makan di kedai (Alamak!! Aku memang
kurang rajin sikit walaupun dah anak 3! Hahaha!) Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali
anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan
rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja
atau sekolah (Haa! Yang ni memang aku praktikkan sekarang @ my new place! Belum
rasa nak join diorang makan kat luar lorr! Bukan jauh pun, Hentian Duta jek!
Tapi, still belum nak! Bekal yang aku bawak pun bukan heavy sangat! Roti jek!
Balik kol 5 petang memang kebulur kauu! Hahaha!)
Tip 5 à Pengangkutan
Masih
ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi
kereta." Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini, pasti ramai
yang akan mengikutnya. Kira kos perbelanjaan pengangkutan bulanan anda, jika
anda memandu kereta sendiri dan rasa kosnya terlalu mahal maka ajak rakan
sepejabat join naik satu kereta dengan anda. Pakat-pakat dengan rakan, kongsi
kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat
kerja dengan menaiki pengangkutan awam (Well,
yang ni memang aku berkongsi tapi dengan asben aku lah! Dari dulu lagi!)
Tip 6 à Jangan
Tambah Hutang
Sudah-sudahlah
dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru
sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak
mendatangkan hasil (Yeah! That’s right!
Syukur Alhamdulillah asben aku jenis yang cermat orangnya..dia lah yang
mengawal aku sebab aku ni boross!! Hahaha! See! Pasangan memang kena melengkapi
kekurangan masing-masing, right?!!)
Tip 7 à Tambah
Ilmu
Belajar
membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu
yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini
menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika
ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor
yang berjaya. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja anda mampu menangani GST (Hmm..yang ni is what I am doing now..mencari dan mencuba. Tapi,
pulus memang blom lebih lagi. Seminar DAO pada 19hb April ni pun mujurlah tak
sampai RM1k! Hihihi..Tak sampai RM100/= la! Acah mak enon!)
Well, guys! Ilmu memang sentiasa perlu
dicari. Tapi, aku ni, anak belum berapa nak besar yang bongsu tu. Macam susah
sikit nak bergerak. Ahh!! Alasan! Nak seribu daya, kan?!!
Hihihi. InsyaAllah, akan aku cuba selagi
boleh. Yelah, untuk kebahagiaan keluarga aku jugak!
Ok lah! Next time, aku share another 3 more
tips, hokey!
Stay tuned with my blog! Kihkihkih!
Jangan lupa! CMD tetap terbaik dan
menguntungkan! Lama aku tak update pasal CMD dan biz aku yang santai dan mudah
itu,kan! Hishh! Mana boleh lupa nih! CMD dan bisnes iexp4u.com skang ni dah
terkenal, dah! Aku nak la menjadi orang yang memperkenalkan kebaikan dan
khasiat CMD kepada korang, bloggers yang hebat! Nantikan ya!
Till then! Babai & Assalammualaikum!
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment