Teks : Azaliza
binti Salmin
Foto : Carian
Google
Assalammualaikum,
sahabat maya! Bagaimana suasana kehidupan selepas GST? Ahh! Teruskan sahaja
kehidupan ini. Nak tak hendak, mesti kena lalui dan harungi juga. Betul tak?
Sama ada kita suka atau tidak, inilah hakikat kehidupan tahun 2015 ni.
Aku ni
bukanlah pandai sangat bab-bab ekonomi, bab-bab naik turun harga barang. Tapi,
aku terasa lah juga tempias bahang GST. Yelah, time rakyat semua bersedia nak
hadapi GST yang memang kata orang, lagi banyak harga barang naik dari turun,
time itulah juga negara kita beli pesawat baru untuk kegunaan PM Malaysia dek
kerana pesawat yang sebelumnya dah 16 tahun digunakan. Boleh tak??? Ooppsss!
Hmm, biarlah.
Siapa aku untuk komen lebih-lebih. Hihihi. Apapun, Tun Dr. M sentiasa dihati
dan menjadi kebanggaanku sampai bila-bila.
Kali ini, aku
ingin berkongsi sedikit tips-tips nak menghadapi dunia GST. Tips ini aku
perolehi dari Dr. Azizan Osman, korang mesti kenal, kan?! Aku setakat ni belum
pernah lagi menyertai seminar-seminar yang dianjurkannya. Tetapi, aku mengikuti
setiap tulisannya melalui emel. Tapi, 19hb April akan dating nanti, mungkin aku
ikut serta Seminar Hidup Luar Biasa yang dianjurkannya, insyaAllah. Aku dah
bayar dah pun yuran penyertaannya.
Oklah, ok.
Mari aku kongsikan tips-tips Dr. Azizan Osman.
“Bila difikirkan semula, memang tidak
dinafikan orang ramai akan menjadi marah dengan GST ini. Lagi-lagi jika
kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai yang
diterima dari rakyat jelatanya (Uhuk uhuk! Tersedak pulak
aku! Hmmm). Bagi saya (DAO,
ok!) GST wujud atau tidak
bukanlah perkara utama memberi lesen untuk anda membebel cerita masalah
kewangan diri serata Negara. Bukankah lebih baik masa membebel ini digunakan
untuk membina satu pelan kontigensi bagi menangani masalah GST sebelum ianya
memudaratkan anda dalam jangka masa panjang (betul
jugak,kan! Takyah pikir lebih-lebih nau!). Bagi mengurangkan kerunsingan, saya
bercadang untuk berkongsi beberapa tips-tips peribadi yang berkesan ke atas
diri saya dan berharap ia juga dapat memberi kesan positif terhadap sesiapa
yang membacanya.
TIPS
1 à
Akaun Kewangan Peribadi
Sebelum anda mencari pendapatan baru,
apa kata anda cek dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan
yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan
pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu
menampung peningkatan kos ini?
Jika tidak, mulalah anda memotong
kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan.
Sebelum anda sibuk menjaga kewangan Negara, lebih baik anda uruskan kewangan
keluarga terdahulu.
Hmm..aku
tak reti la nak nengok dan teliti perbelanjaan-perbelanjaan yang bakal
dikenakan GST. Apa yang pasti, harga susu, pampers memanggg naik!
TIPS 2 à Jangan Bakar Duit
Ini
isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah (aku tak pun, sebab asben
aku pun tak merokok!).
Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli rokok, apatah
lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah.
Saya pernah terbaca satu papan tanda (DAO
ok! ) di
Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos
merawat kesihatan itu tidak murah”.
Anda
faham ke tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah
anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk
nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful.
TIPS 3 à Buat Perbandingan
Jangan
berbelanja ‘mengkhinzir’ buta (hahaha). Rajinkan sikit diri tu, pilih di
mana tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih dan
beli barang harga yang paling menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang
tamak, ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau
servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika jumpa peniaga macam
ni, jangan bagi peluang, pergi lakukan report ke pihak berkuasa berkenaan
peniaga itu. Bak kata pepatah orang Melaka, “Memang hawau peniaga ni”.
Bab
nak banding-bandingkan harga ni, suami aku yang rajin. Syukurlah aku punyai
lelaki seperti itu. Tu sebabnya orang selalu kata, pasangan ni saling
melengkapi kekurangan masing-masing. Hargailah mereka seadanya.
Ok!
Itu dia beberapa tips buat masa ini.
Actually, ada 10 tips kesemuanya. Lagi 7 tu, nanti aku kongsikan ya!
Sampai
sini dulu buat masa ini!
#Salam
kasih sayang!
No comments:
Post a Comment