Saturday, 28 January 2023

THE GLORY ~ K-Drama

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, hai korang! =)

 

THE GLORY ~ siri K-drama 8 episod yang baru je habis ku tonton secara marathon hari ini. Ala, 8 episod je..tu yang boleh marathon tu hihi..

Kalau sampai 16 episod, tidak lerr aku nak marathon. Tengok masa juga, ye tak?! 😊

Cerita ni best, jalan cerita dia aku suka. Bukan kisah cintan-cintun ya. Kisah seorang gadis yg dibuli ketika di sekolah tinggi, dan nekad untuk membalas dendam. Memang best, buat kite geram dan nantikan apa balasan yang pembuli-pembuli tu akan terima.

Aku memang tak kenal para pelakonnya, hahaha. Aku bukan peminat K-pop, hokehh! Aku memang ketinggalan sikit bab-bab cerita ke, lagu ke, yang Korea2 nihh. Memang tak terasa nak mengikuti pun

Cerita Korea pertama yang aku tonton pun sebab adik aku suruh tengok. Best la, sedih la, tu yang aku tengok jugak. Tapi memang best gilerr & sedih la hahaha. Aku suka cerita tu, tajuknya ~ MIRACLE IN CELL 7 ~

Huwaaaa, sedih sangat cite tuuuuuu…….

Cerita kedua aku tonton ialah drama 16 episod. Tu pun sebab macam dah takde cerita best langsung dah kat Netflix tu. Padahal punya beratus-ratus filem ada, tinggal pilih je kan, kat Netflix tu. Hahaha!

Anak aku yang suggest drama ni ~ SUSPICIOUS PARTNER~

Ha, ketinggalan sangat kan aku..? Cerita punye dah lama keluar, aku baru nak tengok.

Drama seterusnya, adalah disebabkan ketika beliau datang ke Malaysia dan mengecohkan suasana di Malaysia ni, termasuk penyanyi nombor 1 kita pun beria bergambar dengan beliau. Jadinya, aku yang tak berapa nak kenal pelakon-pelakon Korea ni pun terpengaruh jugak la nak kenal & nak tau cerita yang dilakonkan oleh beliau.

Cerita ni pun best. Hihihii…

~ LEGEND OF THE BLUE SEA ~ haaaaa, tau kan sape orangnya..?!! Hihihii. Gotchaa!!

Next is K2. Drama ni best, tapi bagi aku lambat sangat jalan cerita dia. 5/10 aku bagi untuk K2. Drama ni pun di suggest oleh anak aku, sebab pelakon lelaki tu anak aku suka. Sape namanya, aku tak tau, tapi bole tahan hensem la kalau dia nak sengih tu. Hahaha.

Aku sebenarnya mencari drama Korea yang boleh mengalirkan air mata. Dah google dah, tapi macam takde je kat Netflix. Korang kalau ada tau cerita-cerita sedih kat Netflix tu, sharing2 ya.. 😊

Ok! Back to ~ THE GLORY ~

Aku rasa mesti ada Season 2 kot. Sebab cerita macam tak habis. Dah la kite syok-syok layan, nak tau revenge apa yang pembuli-pembuli tu dapat, tapi last2 camtu je..buat kite tertanya-tanya, & tak puas tengok ending macam tu. Ceitt!

Ok lah! Sampai sini dulu 😉

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

 

Monday, 2 January 2023

Rindu ~ It's 2023 !!!

 Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, hai semua =)

SELAMAT TAHUN BARU – 2023 !!!           

Walau apa pun azam baru yang dicipta, dibawa ke depan, dan sebagainya, aku ucapkan semoga dipermudahkan segalanya. Kita ni hanya manusia biasa, hanya mampu merancang, berazam, dan juga mendoakan untuk kebaikan insan-insan lain. So, aku doakan untuk korang yang membaca blog aku ni, semoga dipermudahkan segala urusan, dilapangkan segala kesulitan, dan mudah-mudahan tercapai segala yang diimpikan. InsyaAllah 😊

02 Januari..dari kecil, tarikh ni sentiasa tersemat di fikiran menjelang tahun-tahun baru yang mendatang. Manakan tidak,  ni adalah tarikh lahir arwah ayahandaku tercinta. Aku sejenis atau seorang budak yang hafal tarikh lahir setiap ahli keluargaku. Sebab tiap kali hari lahir, mak akan belikan kek kecil sorang sebiji. Alah, dulu ada jual kek bulat kecil, yang disaluti chocolate rice kelilingnya tu. Mak memang tak beli kek yang besar pun, memang seorang sebiji kecil. Untuk birthday boy/girl, dia dapat special sikit, yang lagi cantik la berbanding yang lain. Hihihi..

Kalau nak dikira, jika arwah ayah masih ada, tahun ini ayah berumur 72 tahun.

Alfatihah untuk arwah ayahku, Salmin bin Jamal.

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ayahku, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, ya Allah. Aamiin aamiin yrabbal’alamin.

Kawan-kawan, semepena tahun baru 2023 ni, jom kita berazam menjadi insan yang lebih baik terutamanya menjaga solat 5 waktu, berusaha memperbaiki diri dari sehari ke sehari serta mendoakan kebaikan untuk semua. Moga yang baik-baik juga akan kembali dalam hidup kita, insyaAllah.

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

 

Wednesday, 14 December 2022

RINDU KASIH

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang!

RINDU KASIH ~ Aku teringin nak tengok sebenarnya. Tapi aku ni sejenis manusia yang tidur awal. Memang sejak azali lagi aku jenis yang tu. Jarang-jarang sangat & kadang-kadang je aku midnight. Kecuali masa dok asrama (form 4 & 5) kot, kena tidur ikut masa yang dah ditetapkan la kan..lepas prep, minum malam pastu zzzzzzzzz. Hihihii.


Cuba kalau TV3 siarkan dalam slot Akasia, mesti aku tengok. Sebelum ni pun, drama lakonan Umi Nazeera siaran TV3 yang dipuji-puji tu pun disiarkan dalam slot Samarinda, kan. Punnn aku tak tengok, hahha #gelaksopansambiltutupmulut


Bukan apa, aku just tahu pun menerusi feedback dari penonton-penonton drama tu. Pastu, zaman sekarang ni kan ada je teaser bahagian-bahagian best tu. Dapat la tengok part-part lakonan hebat Umi Nazeera tu, cuma tak puas la sebab tak dapat tengok full. Aku kan seorang penonton yang inginkan ending yang berbeza dalam drama-drama kat Malaysia ni, dari dulu lagi 😊😊😊 Menurut komen-komen netizen, puas hati sangat ending dia, so aku cam teruja pulak nak tengok.




Walaupun aku tak dapat tonton drama ni dan hanya tengok melalui teasers yang dikongsikan di FB, Tiktok, bagi aku bukan setakat lakonan Umi Nazeera je yang patut dipuji. Lakonan Izzue Islam sebagai sang suami tu pun bagus jugak, sebab berjaya menimbulkan kebencian, kemarahan para penonton dengan sikap taat bebenor pada mak nan satu tu. Bahagian ni taka da pun teasers yang dikongsi, yang dapat aku tengok. So, just melalui pembacaan komen-komen netizen je la aku dapat tau jalan cerita ni.


Apa pun, tahniah untuk TV3 dan pengarah serta pelakon dan juga semua yang terlibat dalam drama ni. Walaupun tak dapat tengok, sebab kat Youtube pun takde, tapi aura yang timbul menerusi komen-komen di alam maya tentang drama ni membuat aku rasa drama ni memang best. Tapi tu la, kena tengok jugak, hihihi.


Oh ya, aku ni dah tak langgan Astro Pack dah. Hanya basic channel macam TV1, TV2, TV3, Alhijrah, TVS semua-semua tu je la. Kalau tak, drama Rindu Kasih tu pun boleh ditonton secara marathon di Disney Hotstar kan. Dulu aku langgan la & dapat Disney Hotstar tu. Tapi dah tukar ke pakej lain dah, sebab aku nak kurangkan bil as aku langgan Netflix juga. 😉

Oklah, that’s all for now.

Till then!

Salam kasih sayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Friday, 9 December 2022

Cerita tentang aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang! Moga dalam keadaan baik & sihat sentiasa.

‘Money freedom’. Bestnya kalau dapat apply kat diri kita, kan. Aku pasti, ramai yang sedang berusaha ke arah itu. ‘Financial freedom’, ‘debt free’. Semua yang seangkatan dengannya lah. Huhuu.

 

Kerja hakiki, berniaga atas talian. Tu semua salah satu usaha ke arah ‘financial freedom’. Bukan semua dilahirkan dalam dulang emas. Tu sebab  golongan tu hanya 20% je kat negara kita ni, dan ia digelar golongan T20. The rest, golongan macam aku ni lah, sederhana (M40) dan miskin (B40).

 

Takpe, bersyukur atas apa yang dikurniakan.

Rajin berusaha, cuba selagi boleh, tawakkal. Pasti Berjaya, insyaAllah. Semua tu dengan izin Allah jua.

 

Aku memang buat banyak online biz. Banyak tu takde la banyak mana, & aku bukan seorang yang main harung je semua yang boleh dijual, aku jual. No! That is not me.


Kalau korang tengok & ikuti Facebook/IG/Blog aku, boleh dikira je apa yang aku jual/dropship/affiliate.
😊 Aku bukan & tak nak jadi orang yang bak kata pepatah, ‘dikejar tak dapat, dikendong berciciran’.

 Apa yang aku promote? Aku ni dealer apa?

Ha, meh nak share, hihiii..


1. Aku ejen MEERACLE.

Sebab, aku ni menggunakan produk Meeracle, seperti pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Banyak lagi produk Meeracle ni, tapi aku sejenis orang yang tak suka nak make-up bagai, tepek foundation semua tu. Aku just apply yang basic je. Tapi, MEERACLE ada pelbagai jenis produk kecantikan yang aku rasa sangat best lah! Dari mula branding Meeracle ni, jarang ada feedback atau kes-kes yang tak enak di dengar (contoh macam produk kecantikan yang ada merkuri, timbang kilo, dan sebagainya kat Malaysia ni). Aku rasa bukan jarang, tak pernah ada kes kot kalau brand MEERACLE ni. 😊

So, sangat suggested lah produk-produk kecantikan MEERACLE. Kalau korang nak tau lebih lanjut, wasap je iols ok! 😉

 

💓💓



2. Aku dealer PUBLIC GOLD.

Alang-alang ketika aku menukar sebahagian RM aku kepada emas 999.9, 24karat di Public Gold dan melayakkan aku untuk terus upgrade kepada dealer, jadinya aku pun on je lah untuk menjadi dealer. 😊 Hanya perlu tambah belian Wealth Card je (kad ada nama kita & 0.5gram emas). Why not?

Pastu, jadi dealer Public Gold ni bukan memaksa aku untuk push all out tiap bulan kena ada sale and so on, yang bagi aku kalau bisnes jenis kena ada sale bagai tiap bulan tu, lebih memeningkan, memenatkan dan pressure untuk aku.

Dealer Public Gold ni bagi aku santai-santai je. Ko nak komisen, ko kena buat la. Ko tak buat, tak dapat la apa-apa. Ha, camtu. Cuma akhir-akhir ni, dah makin banyak rules jugak PG buat untuk para dealer. Sistem, website, apps PG pun dah semakin upgraded.

Sama seperti Meeracle, korang kalau nak tau lebih lanjut tentang Public Gold, hallo hallo je aku, ok. Atau boleh je terus klik link ni  >>  https://publicgold.me/azalizasalmin


😉😍


3. Aku team affiliate JIWA KEMBARA – Novel Ustazah Basikal

Sebab aku beli novel ni, & pengarang novel ni yang juga pengembara yang berbasikal sampai Mekah buat system affiliate untuk novel ni, so aku join je lah. Novel ni sangat menakjubkan bagi aku. Pengalaman-pengalaman dan cabaran yang mereka alami, hadapi sepanjang berbasikal, nikmat dapat melihat pemandangan yang memukau, melihat dan rasai perbezaan negeri orang, uishh samapi tak tau nak terangkan lah! Tapi, memang best. Sebab tu aku joined affiliate team novel ni.

Untuk dapatkan naskhah hebat USTAZAH BASIKAL ni, atau untuk berwakaf pun boleh, korang klik je link di bawah. Nanti link akan bawa terus ke maklumat selanjutnya 😉

Nak beli novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalaffiliate/KMHSisAza

Nak join wakaf novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/WAKAFBUKUUB/KMHSisAza

Penulis yang juga watak utama USTAZAH BASIKAL ~ Ahmad bin Isa

~ ketika di Iran, ideologi syiah dan sunni, betulkah apa yang digemburkan dunia tentang puak syiah? ~


 Kesimpulannya di sini, aku menjadi dropship/dealer untuk benda yang aku guna. That’s me. Aku jual, share kebaikan, untuk stuff/things yang aku rasa tidak rugi jika berkongsi. 😊 Benda baik kan patut dikongsi. Mana tahu orang lain boleh dapat manfaat juga dari kebaikannya, mengalir jua pahala untuk aku. InsyaAllah.


Ok lah! Till then! Enjoy reading
😉!!!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, 7 December 2022

Simpan emas jomm! =)

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Tahun 2022 hampir melabuhkan tirainya. Dah di penghujung tahun dah kita ni. Masuk tahun 2023, pasang azam baru lagi. Begitulah seterusnya.

 Apapun, berazam dan berazam itu tidak salah. Terpulang kepada diri kita untuk melaksanakannya atau hanya tinggal anganan semata.



Well, 12 bulan telah berlalu. Kalau kita tetapkan matlamat untuk simpan EMAS 1 gram sebulan, pasti di penghujung tahun begini kita telah memiliki 12 gram emas 999.9, 24k! 12 gram kauuu! =) Anggaran dalam RM3k! Cuba simpan duit, hihihii..mesti tak sampai 3k kannn…sesak sikit, korek..aku la tu hahaha !!

 

Kalau tak mampu segram sebulan, simpan paling minima RM100/bulan pun dah ok. At least dalam setahun, RM1200 kita dah convert kepada penyimpan nilai sebenar >> EMAS! Simpan emas tak pernah rugi tau 😉

 

Ok lah, kawan-kawan. Meh jenguk-jenguk  info emas Public Gold kat sini >> https://publicgold.me/azalizasalmin

 

😉😍😍

Till then!

#Salam kasih sayang

Monday, 18 July 2022

Jom simpan EMAS di Public Gold

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 


Assalammualaikum, rakyat Allah SWT! May all of us have a great day ahead.

 

Korang mesti pernah dengar pasal PUBLIC GOLD kan? Syarikat emas pertama di Malaysia yang menjalankan perniagaan emas secara online, patuh Syariah, dan yang paling penting mampu dimiliki oleh semua orang.

 

Public Gold ni dah ada 18 cawangan di Malaysia, Singapura & akan datang akan ada 5 cawangan di Indonesia. Ha, jangan tak tau! Kena ambil tau dah akhir-akhir zaman ni. Hihihi.

 


Orang ramai dah mula menyimpan emas. Ingat! Apabila kita menceburi bidang berkaitan emas, melabur emas, PASTIKAN dapat emas fizikalnya! Bukan hanya di maya sahaja tau!

Dan itulah yang paling bestnya di Public Gold. Bukan sahaja kita boleh beli emas 999.9, 24k dengan hanya RM100, malah bila dah cukup gram, kita boleh tukarkan gram emas yang kita ada tu kepada goldbar atau dinar! Macam-macamlah ada di website Public Gold. 😊

 

Rugi korang kalau dah tau tapi buat-buat tak nak ambil tahu.

 

Sebab apa tau..aku bukan nak cakap ape la..zaman sekarang ni, nilai RM makin jatuh. RM50 dapat beli ape je sekarang ni..?

Sebab tu aku nak ajak korang semua asingkan sedikit duit untuk ditukar kepada EMAS.

RM100 sebulan, jadilah!

 

Harga emas di Public Gold berubah setiap hari mengikut harga emas dunia.

Apa yang aku faham, kalau nilai matawang US naik, maka harga emas turun. Ia vice versa. Kalau USD menjunam, harga emas pula akan mencanak. Ha, gitu.. untuk tau lebih lanjut, aku memang tak berapa nak faham sangat sebab money matters nauu! Hihihi.

 

Harga emas pada 17.07.2022

Contoh harga emas hari ini di Public Gold ;

            RM265 = 1 gram

            RM100 = 0.3774 gram

 

Jadinya, dengan serendah RM100, korang dah boleh dapat 0.3774g emas 999.9, 24k.

24k tu maksudnya 24 karat tau! Bukan 24 ribu. Hihi.

 

Simpan setiap bulan RM100, lama-lama banyaklah ia. Asalkan konsisten.

& lagi satu aku nak ingatkan, jadikan lah ia sebagai simpanan yang dilupakan. Bukan maksud aku lupakan terus, bukan.

Maksud aku, bila dah tukar RM100 tu kepada emas, then forget it. Jangan gatai-gatai nak korek. Tak boleh! Korek balik 6-7 tahun akan datang, barulah nampak hasilnya.

 


Nanti aku jelaskan lagi ya. Korang kalau nak tau lebih lanjut, jemput singgah telegram aku tentang emas di sini >> https://t.me/joinchat/38qHZwINS8BIOTY9 atau wasap je aku di www.wasap.my/60165151421/akaunemasPublicGold ..

 

Oh ya, penting aku nak beritahu, untuk menjadi salah seorang pelanggan Public Gold, perlu ada PG code. Alah, lebih kurang macam nombor akaun bank la kononnya.

Dan nak dapatkan PG code ni, ia PERCUMA sahaja. Tidak perlu bayaran pun.

Once dah dapat PG code, korang dah boleh explore website PG & menabung emas! 😊

Daftar PG code di sini >> https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00059465

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

 

Sunday, 17 July 2022

Wish comes true

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, semua. Entri kali ni aku nak bercerita pasal salah satu wishlist dalam perjalanan karier ku sebagai penjawat awam yang telah dimakbulkan oleh Allah Ta’ala, walaupun baru sekali. Alhamdulillah, syukurnya 😊

 

Pada 29.06.2022 yang lepas, aku telah dijemput oleh salah satu Pejabat Pendidikan Daerah di Kuala Lumpur ini untk menjadi penceramah bagi Taklimat Pengurusan Gaji. Peserta taklimat ini terdiri dari kerana-kerani sekolah di bawah zon PPD tersebut. Of course kerani yang menguruskan gaji para cikgu di sekolah masing-masing.

 

Ha, gempak tak?! Hihihi. Mula-mula dapat pelawaan tu, memang nervous jugak sebab this is my first time! And this was the time! Anganan ku jadi kenyataan!

Berkongsi ilmu dan pengetahuan yang aku ada tentang pengurusan gaji bersama mereka. Subhanallah, tabarakallah.

 

Of course aku tak tolak. Aku nekad untuk cuba. Hihihi, walaupun banyak lah juga kekangan, miscommunication dengan pihak penganjur yang pada aku, boleh dijadikan pengalaman untuk masa akan datang. Chewahh!

 

:)

Pengalaman ini sangat indah buat aku. Apabila habis slot aku, baru aku tahu di mana bahagian yang perlu diperbaiki. Kerana bagi aku, kali pertama menjadi penceramah ni, adalah platform di mana akau tau banyak kesilapan yang aku buat. Slot-slot yang patut aku isi dengan perbincangan bersama peserta, atau berkongsi pengalaman yang ada, bukan berderet terus menerus menerangkan tentang topik sehingga banyak masa lagi yang tinggal. Hahaha, one to be reminisce one day.

 

Malu tu memang malu. Tapi kena la atasi perasaan tu, betul tak?

Alhamdulillah, terima kasih, ya Allah. 😊

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

with my fellow friends :) Alhamdulillah