Saturday, 11 April 2015
TEMAN LELAKI UPAHAN
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google
Best, kan cite nih!! Sangat best! Permulaan yang biasa-biasa je, perjalanan cerita yang membuat kita semua ternanti-nanti menahan kesabaran menunggu pengakhiran cerita!
Mula-mula tengok hero, macam biasa je kan..belum ada cerita dia yang meletup lagi..tapi, aku ni memang jam 7 tu saat untuk bersantai di depan tv..layankan je lah..
Well, aku memang belum pernah baca novelnya..bila dah tengok cerita ni, lagilah aku taknak baca sebab kalau dah tengok cerita, lebih baik teruskan je sebab bagi aku, 'feel' membaca dengan menonton walaupun adaptasi, memang berlainan...dan aku lebih prefer menonton sebab kalau ada novel yang aku dah baca kemudian dijadikan cerita, agak hambar..bagi aku lah,kan!
Watak Kyra Lydia dibawa dengan excellent sekali oleh Siti Elizad. Gayanya sangat elegant, vogue, dan..memang mantop lah! Thumbs up! Aku suka Kyra Lydia dalam cerita tu!
And of course, Ungku Ismail juga membawakan watak yang sangat happy go lucky sebagai Ekhwan Lutfi atau nama glamournya, EL..watak yang sangat bersahaja, chef yang memang sempoi, dan ahli korporat yang bergaya.
Pertambahan penceritaan yang best, pelakon tambahan yang mantap, nak-nak pembantu Kyra, si Adel, dan kawan chef si EL tu, aku lupa pulak namanya. Cerita yang sangat menarik!
Ending cerita ni pun sangat berlainan. Buat orang tertanya-tanya, tetapi dihabiskan dengan penceritaan ke arah perkahwinan. Best best best! Tahniah kepada pengarahnya, Isma Aizal kalau tak silap aku.
So, overall, aku takde nak komplen ape-ape pasal cite nih sebab memang best! Kalaulah dapat tengok non-stop nak-nak tang episod-episod akhir tu, pehh, memang best lah!
Well, ni semua pendapat peribadi aku ya!
#Salam kasih sayang!
Friday, 10 April 2015
MY ATKINS!
Teks :
Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Googling de Google
Kalau nak diikutkan, hari ini ialah
hari pertama aku memulakan diet Atkins aku, LAST YEAR!
Ooppsss!
Assalammualaikum, semua! Semoga di
dalam keadaan yang sihat hendaknya, insyaAllah.Main terjah terus je aku ni! Hihihi. Petang ni aku terajin sikit nak mencoret something here.
Ok, start balik. Yup! 10hb April 2014
adalah tarikh aku memulakan diet Atkins aku dengan begitu disiplin sekali!
Karbo hanya 20g sehari! No sugar! Means, memang aku tak ambil nasi, roti, dan
segala jenis makanan yang tinggi kandungan karbohidrat, dan tiada minuman
manis!
Pehh! Sangat disiplin aku masa tu!
Nape sekarang ni payah benau aku nak
mulakan balik diet aku tu eik? Bila nekad untuk mula je, ada je halangannya.
Tapi tu lah, disiplin sebenarnya yang aku perlu. Semangat pun mesti kena ada,
barulah boleh jadi macam tahun lepas. Dapatlah aku turunkan dalam 5-6 kg hasil
diet Atkins ku itu tahun lepas.
Hmmm….bila bila bila ni, aku nak ada
semangat balik?!! Berat aku sekarang ni jauh dah dari berat hasil diet aku tu!
Naik kauu, dalam 3 kg! Adoii! Bila nak kurus nih?!!! Hihihihi..
Apa yang penting sebenarnya, ialah
sihat! Dengan badan yang sedia ada ni pun, aku tidak mudah jatuh sakit. Tapi,
kalau gi jumpa doktor, my blood pressure is always in de border. Hihihi.
Tapi yelah, asalkan kesihatan
berterusan, itu sudah memadai. Cuma, perempuan,kan. Keinginan untuk bergaya tu
sentiasa ada. Hihihi.
Ok lah, ok! Fokus fokus! Aku tidak mahu
delay kerja-kerjaku di tempat baru nih! Kenalah tunjuk ke’efiesen’an dalam
berkerja! Ye dak?!!
Ok, till then!
Salam kasih sayang!
LIFE & GST (PART II)
Teks
: Azaliza binti Salmin
Foto
:
Carian Google
Assalammualaikum! Salam Jumaat yang indah
untuk semua!
Ok! Meh aku sambung tips menghadapi GST dari
Dr. Azizan Osman – Mentor Kejayaan dan Kekayaan. Mana yang boleh dipraktikkan,
kita praktikkan. Tak salah berkongsi ilmu because sharing is caring! MMuuaahhh!
Toksah merepek panjang-panjang, Azaliza!
Hihihi…
Tip 4 à Memasak
Siapa
yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari
makan di kedai (Alamak!! Aku memang
kurang rajin sikit walaupun dah anak 3! Hahaha!) Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali
anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan
rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja
atau sekolah (Haa! Yang ni memang aku praktikkan sekarang @ my new place! Belum
rasa nak join diorang makan kat luar lorr! Bukan jauh pun, Hentian Duta jek!
Tapi, still belum nak! Bekal yang aku bawak pun bukan heavy sangat! Roti jek!
Balik kol 5 petang memang kebulur kauu! Hahaha!)
Tip 5 à Pengangkutan
Masih
ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi
kereta." Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini, pasti ramai
yang akan mengikutnya. Kira kos perbelanjaan pengangkutan bulanan anda, jika
anda memandu kereta sendiri dan rasa kosnya terlalu mahal maka ajak rakan
sepejabat join naik satu kereta dengan anda. Pakat-pakat dengan rakan, kongsi
kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat
kerja dengan menaiki pengangkutan awam (Well,
yang ni memang aku berkongsi tapi dengan asben aku lah! Dari dulu lagi!)
Tip 6 à Jangan
Tambah Hutang
Sudah-sudahlah
dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru
sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak
mendatangkan hasil (Yeah! That’s right!
Syukur Alhamdulillah asben aku jenis yang cermat orangnya..dia lah yang
mengawal aku sebab aku ni boross!! Hahaha! See! Pasangan memang kena melengkapi
kekurangan masing-masing, right?!!)
Tip 7 à Tambah
Ilmu
Belajar
membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu
yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini
menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika
ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor
yang berjaya. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja anda mampu menangani GST (Hmm..yang ni is what I am doing now..mencari dan mencuba. Tapi,
pulus memang blom lebih lagi. Seminar DAO pada 19hb April ni pun mujurlah tak
sampai RM1k! Hihihi..Tak sampai RM100/= la! Acah mak enon!)
Well, guys! Ilmu memang sentiasa perlu
dicari. Tapi, aku ni, anak belum berapa nak besar yang bongsu tu. Macam susah
sikit nak bergerak. Ahh!! Alasan! Nak seribu daya, kan?!!
Hihihi. InsyaAllah, akan aku cuba selagi
boleh. Yelah, untuk kebahagiaan keluarga aku jugak!
Ok lah! Next time, aku share another 3 more
tips, hokey!
Stay tuned with my blog! Kihkihkih!
Jangan lupa! CMD tetap terbaik dan
menguntungkan! Lama aku tak update pasal CMD dan biz aku yang santai dan mudah
itu,kan! Hishh! Mana boleh lupa nih! CMD dan bisnes iexp4u.com skang ni dah
terkenal, dah! Aku nak la menjadi orang yang memperkenalkan kebaikan dan
khasiat CMD kepada korang, bloggers yang hebat! Nantikan ya!
Till then! Babai & Assalammualaikum!
#Salam kasih sayang!
Thursday, 9 April 2015
SO FAR SO GOOD
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : En. Google
Assalammualaikum, semua! Hope life getting more better day after day, insyaAllah.
Today, genap seminggu aku di tempat kerja baru ku ini. Well, so far so good. Rutin kerjaku tidaklah banyak sangat berubah. Sama je dengan kerja-kerja yang aku lakukan sewaktu di PPW dahulu. Cuma di sini, kerja aku lebih dispesifikasikan. Maksud aku, aku buat kerja itu sahaja dalam satu-satu masa.
Ok, let me explain. Kat sini, aku hanya perlu membuat bayaran L/O (local order), bayaran kontrak kawalan keselamatan sekolah-sekolah, pusat koko, asrama, dan membuat bayaran sewaan. That's all! Walaupun kerja aku kali ini itu sahaja, namun, tidak aku nafikan sangat banyak terutamanya L/O. Tapi, aku juga harus akui, walau sebanyak mana pun L/O tu, aku hanya perlu membuat bayaran sahaja. Tidak perlu sampai bawa balik ke rumah. Hihihi. InsyaAllah.
Ye kala aku di PPW, L/O tu dari permulaan kerja iaitu memohon Nota Minta, proses L/O hinggalah kepada membuat bayaran, semuanya KAMI di Unit Kewangan & Akaun, PPWBPKL yang buat.Tidaklah sebanyak di tempat baru aku ini. Itu memang aku pasti sebab baru seminggu aku di sini, hampir 50 L/O telah aku proses pembayarannya.
Kawalan Keselamatan pun sama. Kalau dulu di PPWBPKL, aku turut memproses invois untuk Pembersihan Bangunan & Kawasan, di tempat baru aku, tidak lagi. Tapi, kesemua syarikat Kawalan Keselamatan di Zon Sentul dan Keramat adalah di bawah jagaanku. Banyaklah kalau nak diikutkan, ada lebih kurang 40 buah syarikat. Kalau dulu, kami dibahagi-bahagikan kawalan dan pembersihan, masing-masing perlu jaga dalam 8 buah syarikat.
Ah! Aku nak terangkan pun berbelit-belit. Hihihi. Yang pasti, sepanjang seminggu di sini, aku boleh catch up semua kerjaku. Hopefully berterusan. Namun begitu, sahabat-sahabatku di PPWBPKL terutama di Unit Kewangan & Akaun sentiasa di ingatan. Hmmm, teringat la pulak jerih-perih kami di sana. Ahh! Sudah-sudah! Hihihi.
What's important, we have to love our job! Barulah kita akan rasa happy alwayz! Kan kan kan?!
#Salam kasih sayang!
Foto : En. Google
Assalammualaikum, semua! Hope life getting more better day after day, insyaAllah.
Today, genap seminggu aku di tempat kerja baru ku ini. Well, so far so good. Rutin kerjaku tidaklah banyak sangat berubah. Sama je dengan kerja-kerja yang aku lakukan sewaktu di PPW dahulu. Cuma di sini, kerja aku lebih dispesifikasikan. Maksud aku, aku buat kerja itu sahaja dalam satu-satu masa.
Ok, let me explain. Kat sini, aku hanya perlu membuat bayaran L/O (local order), bayaran kontrak kawalan keselamatan sekolah-sekolah, pusat koko, asrama, dan membuat bayaran sewaan. That's all! Walaupun kerja aku kali ini itu sahaja, namun, tidak aku nafikan sangat banyak terutamanya L/O. Tapi, aku juga harus akui, walau sebanyak mana pun L/O tu, aku hanya perlu membuat bayaran sahaja. Tidak perlu sampai bawa balik ke rumah. Hihihi. InsyaAllah.
Ye kala aku di PPW, L/O tu dari permulaan kerja iaitu memohon Nota Minta, proses L/O hinggalah kepada membuat bayaran, semuanya KAMI di Unit Kewangan & Akaun, PPWBPKL yang buat.Tidaklah sebanyak di tempat baru aku ini. Itu memang aku pasti sebab baru seminggu aku di sini, hampir 50 L/O telah aku proses pembayarannya.
Kawalan Keselamatan pun sama. Kalau dulu di PPWBPKL, aku turut memproses invois untuk Pembersihan Bangunan & Kawasan, di tempat baru aku, tidak lagi. Tapi, kesemua syarikat Kawalan Keselamatan di Zon Sentul dan Keramat adalah di bawah jagaanku. Banyaklah kalau nak diikutkan, ada lebih kurang 40 buah syarikat. Kalau dulu, kami dibahagi-bahagikan kawalan dan pembersihan, masing-masing perlu jaga dalam 8 buah syarikat.
Ah! Aku nak terangkan pun berbelit-belit. Hihihi. Yang pasti, sepanjang seminggu di sini, aku boleh catch up semua kerjaku. Hopefully berterusan. Namun begitu, sahabat-sahabatku di PPWBPKL terutama di Unit Kewangan & Akaun sentiasa di ingatan. Hmmm, teringat la pulak jerih-perih kami di sana. Ahh! Sudah-sudah! Hihihi.
What's important, we have to love our job! Barulah kita akan rasa happy alwayz! Kan kan kan?!
#Salam kasih sayang!
Wednesday, 8 April 2015
LIFE & GST
Teks : Azaliza
binti Salmin
Foto : Carian
Google
Assalammualaikum,
sahabat maya! Bagaimana suasana kehidupan selepas GST? Ahh! Teruskan sahaja
kehidupan ini. Nak tak hendak, mesti kena lalui dan harungi juga. Betul tak?
Sama ada kita suka atau tidak, inilah hakikat kehidupan tahun 2015 ni.
Aku ni
bukanlah pandai sangat bab-bab ekonomi, bab-bab naik turun harga barang. Tapi,
aku terasa lah juga tempias bahang GST. Yelah, time rakyat semua bersedia nak
hadapi GST yang memang kata orang, lagi banyak harga barang naik dari turun,
time itulah juga negara kita beli pesawat baru untuk kegunaan PM Malaysia dek
kerana pesawat yang sebelumnya dah 16 tahun digunakan. Boleh tak??? Ooppsss!
Hmm, biarlah.
Siapa aku untuk komen lebih-lebih. Hihihi. Apapun, Tun Dr. M sentiasa dihati
dan menjadi kebanggaanku sampai bila-bila.
Kali ini, aku
ingin berkongsi sedikit tips-tips nak menghadapi dunia GST. Tips ini aku
perolehi dari Dr. Azizan Osman, korang mesti kenal, kan?! Aku setakat ni belum
pernah lagi menyertai seminar-seminar yang dianjurkannya. Tetapi, aku mengikuti
setiap tulisannya melalui emel. Tapi, 19hb April akan dating nanti, mungkin aku
ikut serta Seminar Hidup Luar Biasa yang dianjurkannya, insyaAllah. Aku dah
bayar dah pun yuran penyertaannya.
Oklah, ok.
Mari aku kongsikan tips-tips Dr. Azizan Osman.
“Bila difikirkan semula, memang tidak
dinafikan orang ramai akan menjadi marah dengan GST ini. Lagi-lagi jika
kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai yang
diterima dari rakyat jelatanya (Uhuk uhuk! Tersedak pulak
aku! Hmmm). Bagi saya (DAO,
ok!) GST wujud atau tidak
bukanlah perkara utama memberi lesen untuk anda membebel cerita masalah
kewangan diri serata Negara. Bukankah lebih baik masa membebel ini digunakan
untuk membina satu pelan kontigensi bagi menangani masalah GST sebelum ianya
memudaratkan anda dalam jangka masa panjang (betul
jugak,kan! Takyah pikir lebih-lebih nau!). Bagi mengurangkan kerunsingan, saya
bercadang untuk berkongsi beberapa tips-tips peribadi yang berkesan ke atas
diri saya dan berharap ia juga dapat memberi kesan positif terhadap sesiapa
yang membacanya.
TIPS
1 à
Akaun Kewangan Peribadi
Sebelum anda mencari pendapatan baru,
apa kata anda cek dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan
yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan
pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu
menampung peningkatan kos ini?
Jika tidak, mulalah anda memotong
kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan.
Sebelum anda sibuk menjaga kewangan Negara, lebih baik anda uruskan kewangan
keluarga terdahulu.
Hmm..aku
tak reti la nak nengok dan teliti perbelanjaan-perbelanjaan yang bakal
dikenakan GST. Apa yang pasti, harga susu, pampers memanggg naik!
TIPS 2 à Jangan Bakar Duit
Ini
isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah (aku tak pun, sebab asben
aku pun tak merokok!).
Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli rokok, apatah
lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah.
Saya pernah terbaca satu papan tanda (DAO
ok! ) di
Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos
merawat kesihatan itu tidak murah”.
Anda
faham ke tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah
anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk
nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful.
TIPS 3 à Buat Perbandingan
Jangan
berbelanja ‘mengkhinzir’ buta (hahaha). Rajinkan sikit diri tu, pilih di
mana tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih dan
beli barang harga yang paling menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang
tamak, ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau
servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika jumpa peniaga macam
ni, jangan bagi peluang, pergi lakukan report ke pihak berkuasa berkenaan
peniaga itu. Bak kata pepatah orang Melaka, “Memang hawau peniaga ni”.
Bab
nak banding-bandingkan harga ni, suami aku yang rajin. Syukurlah aku punyai
lelaki seperti itu. Tu sebabnya orang selalu kata, pasangan ni saling
melengkapi kekurangan masing-masing. Hargailah mereka seadanya.
Ok!
Itu dia beberapa tips buat masa ini.
Actually, ada 10 tips kesemuanya. Lagi 7 tu, nanti aku kongsikan ya!
Sampai
sini dulu buat masa ini!
#Salam
kasih sayang!
Thursday, 2 April 2015
2ND DAY!
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google
Assalammualaikum, semua!
Serius! Aku mengantuk gile kat tempat baru!
Bosan pun ade! Biasalah, new place, new environment, still in process
menyesuaikan dengan keadaan dan suasana baru. ‘Masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang rimau, ye mengaum’!
Tapi, ok lah. Hari pertama dah ada tugas
seperti biasa. Tapi, belum tahap sesibuk di tempat lamaku lagi.
Apa yang boleh kukatakan, suasana di sini agak
bingit. Jabatan,kan. Ramai la manusia-manusia bergelar staf di sini. Di unit
aku je hamper 40 orang semuanya. Tempat lama aku? 7 orang je, beb! Hihihihi.
Masih dalam proses berkenalan dengan Ketua
Unit, CC, dan semua2 lah! Hari pertama dah tersilap Ketua Unit. Aku di Unit
Akaun, ku sangkakan KU (singkatan untuk Ketua Unit) aku ialah yang itu, rupanya
yang ini! Yang itu tu KU untuk Unit Kewangan! Boleh bayangkan tak?!
Di sini, Unit Kewangan berlainan dengan Unit
Akaun. Kala aku di PPWBPKL, kamilah Unit Kewangan, kamilah juga Unit Akaun! Haa!!!
Imagine us working like what what what!!!!!
Ape pun, syukur Alhamdulillah atas segalanya.
Aku harus bersyukur, walaupun sedih meninggalkan tempat lama. Yelah, fresh
intake aku ditempatkan di PPW Bangsar & Pudu, Kuala Lumpur. Hampir 8 tahun
di sana, macam-macam suka duka telah aku lalui. Mana mungkin aku lupa, ditambah
lagi dengan rakan-rakan yang memang sekepala di Unit Kewangan & Akaun aku
tu!
Hmm..ok lah! Sampai sini dulu!
#Salam kasih sayang!
Wednesday, 1 April 2015
DREAM COMES TRUE!
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : My Arkib
Assalammualaikum! Apa khabar? Moga semua dalam keadaan sihat, insyaAllah..
U know what? Aku dah bertukar ke tempat baru! Yes! This is my 1st day @ my new place! Hahaha! Aku ditempatkan di Jabatan Pendidikan, so, atas sikit dari Pejabat Pendidikan! Ok lah,kan! After all, this is what i'm hoping for, right?!
Biasalah, tempat baru, semuanya baru. Kawan baru, meja baru, kerja baru. Rasanya yang pling mencabar, nak adapt dengan suasana dan persekitaran di tempat baru je lah, kan!
First impression, ok, bole la my new place nih..takdela lari sangat corak pekerjaannye dgn things yg aku buat mase kat PPD! Lepas 3 jam kat sini, cam mengantuk pun ade! Hahaha! Orang baru!
Hoping, tempat baru ni lebih selesa, senang kerja, dan aku dapat men'scheduled'kan jadual ku semula!
Miss my blog!
Till then!
#Salam kasih sayang!
Foto : My Arkib
Assalammualaikum! Apa khabar? Moga semua dalam keadaan sihat, insyaAllah..
U know what? Aku dah bertukar ke tempat baru! Yes! This is my 1st day @ my new place! Hahaha! Aku ditempatkan di Jabatan Pendidikan, so, atas sikit dari Pejabat Pendidikan! Ok lah,kan! After all, this is what i'm hoping for, right?!
| bye bye! |
Biasalah, tempat baru, semuanya baru. Kawan baru, meja baru, kerja baru. Rasanya yang pling mencabar, nak adapt dengan suasana dan persekitaran di tempat baru je lah, kan!
First impression, ok, bole la my new place nih..takdela lari sangat corak pekerjaannye dgn things yg aku buat mase kat PPD! Lepas 3 jam kat sini, cam mengantuk pun ade! Hahaha! Orang baru!
| hai!!! |
Miss my blog!
Till then!
#Salam kasih sayang!
Subscribe to:
Posts (Atom)
