Teks
: Azaliza binti Salmin
REMEMBER BIG WHY?? DO NOT
STOP!!!! PLEASE, DON’T!!
Sebenarnya, (how to start, huh), errmm,
bab-bab healthy food ni, apa yang boleh dan yang tak boleh dimakan, aku mula
titikberatkan sejak mengenali Atkins, Shaklee, & so on. Bukan maksud aku
aku tak tahu langsung pasal kalori, lemak, dan yang sewaktu dengannya tu! Tapi,
ermm, boleh dikatakan sedikit ‘kureng’ la. Hihihi.
Tapi, frankly speaking, sepanjang tumbesaran
aku since remaja masuk dewasa, aku main bedal je semuanya. Even aku pernah
terfikir, kenyang ke makan nasi seciput je (yang
ni refer to kakak aku mase sekolah dulu, time cuti Sabtu Ahad kan makan sama2
sekeluarga..). Betul & aku ingat lagi! As for me that time, tak sah kalau
makan tak bertambah! Lagi pula my dearest mom tu will asked, “tambah nasi,der?” dan aku tidak
menolak. Hihihi, yelah, mak kan?! Rasanya every mom pun akan suka bila melihat
anaknya makan bertambah lauk yang dimasaknya. Kita yang dah jadi mak ni pun seronok
kalau nengok anak suka masakan kita, kan?!! J Sampailah ke hari ini, dah
besar panjang ni, kalau balik kampung! Hmm, hihihi!
Oh! By the way, ‘der’ dalam dialog mak aku tu
ialah singkatan kepada panggilan nama aku dalam keluarga à
‘uder’ ß
which is ‘ude’ sebenarnya tapi aku make it glam sikit dengan menambah huruf R
dibelakangnya. Hahaha. Bukan dialog budak-budak sekarang ye, yang short form dari
‘brader’ tu, hokeh!
Back to our main topic. Ha, iye memang aku
start take a lil’ deep care since around 2013-2014. Maybe sebab kawan-kawan
sekeliling mula ambil berat tentang diri mereka, dan aku pun turut terinspirasi
sama. Hmm, yup! When they started their Atkins, aku pun terikut. When they
started taking supplement, aku pun turut terjebak. Dalam pada terjebak tu lah,
kita tau apa yang patut di ambil, apa yang patut dijauhi, seiring dengan
peningkatan usia.
Guys, kalau korang sama macam aku, over 85kg weight,
jom sama-sama kita share pengalaman nak dapatkan berat badan ideal. For the
time being, aku baru je nak start diet. Tapi, diet cara aku la. Aku tak nak
pressure, kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran plak! Aku nak
start diet yang santai2 je. Macam entri aku sebelum ni, mulakan dengan jauhi
minuman dan makanan manis, serta makan nasi sekali sehari sahaja. Yuk!
Moga perjalanan menuju perubahan ini dilakukan
dengan konsisten oleh AKU! Bukan orang lain ye, my very own dearie!
Till then!
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment