Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google
Hati ini rindu masa-masa yang terisi
Hati ini rindu saat-saat yang menceriakan
Hati ini rindu pada rasa cinta Sang Pencipta
Hati ini rindu mendambakan kasih dari-Nya
Karna apa?
Karna hati ini bosan dengan segala rasa yang ada kala ini
Karna hati ini penat mencari di manakah silapnya
Karna hati ini masih tercari-cari ruang dan masa untuk bermula
Tapi,ya?
Sampai bila wahai sang hati?
Sampai kiamat?
Jika tika itu sampai, sudah terlambat wahai sang hati
Tuesday, 3 May 2016
Thursday, 28 April 2016
Have a good Thursday! :)
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Carian Google
Assalammualaikum & hai, uols! Have a good Thursday
everyone! Mulakan pagi dan hari anda dengan doa berserta senyuman! Nekad di
dalam hati untuk lakukan yang terbaik sepanjang hari ini! InsyaAllah! Niat yang
baik pasti Allah SWT akan permudahkan!
Wah! Bersemangat sungguh aku hari ni! Hihihi. Bukan apa,
kadang-kadang, kita akan mengalami suatu rasa yang macam…macam mana eik?! Macam….all
brand new! Rasa macam, everything goes well as we’re hope! But then, still ada rasa
curious sebab everything seems goes well je kan!? So, that’s it! That’s what I
felt now!
Ah! Biarlah, kan?! Allah SWT dah bagi chance untuk kita
rasa semuanya ok, so, just feel and go with it!
Hmm, lama aku tak bercerita pasal CMD, kan? Korang dah
guna lom? Takpe la kalau belum, tapi rasanya, semua pasti dah memang maklum
pasal CMD ni, kan? Nak-nak sekarang ni dah makin banyak produk-produk dari
Revell Global yang dikomersialkan selain CMD. Pernah dengar pasal Hydro-D?
Yeah! Lepas ni, ada lagi satu produk terbaru Revell akan keluar! Kunyah kunyah
kunyah, senang je! Tapi, sedang tunggu kelulusan dari KKM!
Got time nanti, I’ll tell uols about Hydro-D tuh! Sebab
ape tau!? Sebab aku pun tak tahu sangat pasal Hydro-D! MMuahahahaha! I sibuk
la, u! But, still aku saved those info’s dari grup Jutawan CMD aku! No worries! J
Ok lah! Till then!
Salam kasih sayang!
Tuesday, 26 April 2016
KEKASIH
Kekasih,
Terkadang
aku terlalu mendambakanmu..
Mengharapkan
dikau dan aku seperti dahulu..
Mengimpikan
kebahagiaan yang kita ciptakan bersama..
Melalui
hari-hari indah berdua bersama cinta kita..
Airmata
ini mengalir memikirkan semua ini..
Takut
akan masa depan yang tidak pasti..
Tatkala
melalui semua ini, lagi dan lagi..
Mengapa,
kekasih?
Mengapa
begitu cetek akalmu untuk memikirkan semua itu?
Mengapa
terlalu sukar untuk dikau buka mata seluas-luasnya?
Melihat
semuanya dari sudut berbeza..
Menganggap
apa yang dikau fikirkan itu adalah yang paling benar..
Tiada
yang salah dengan apa yang dikau wasangkakan terhadap aku..
Tidakkah
dikau sedar bagaimana rasanya kiranya aku perlakukan dikau sedemikian rupa?
Sentiasa
wasangka dengan tingkahmu..
Mengapa
tidak terdetik dihatimu untuk berfikir apa perasaan aku?
CInta
paling agung….
Bantu
aku, ya Allah…….
Monday, 25 April 2016
It's Monday!
| Ni masa tahun 2009! My loved mom & dad, my dearest abangah, & mia hermanas! Kaklong, me, noa, & nadia! |
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Carian Google
Assalammualaikum, semua! Salam pagi Isnin semua!
Bulan Rejab dah ni. Tak lama lagi Sya’aban, pastu Ramadhan! Lepas tu,
raya! Hihihi! Macam budak-budak!
Bukan ape! Aku sebenarnya cuti hari ni! Keluar dengan mia hermanas!
Mencari baju dan kelengkapan nak menyambut Syawal! Al-maklumlah, kitorang sume
dah ada handbags (anak2)! Hihihi!
Sebenarnya, memang every year aku dan adik-beradikku yang pompuan,
kitorang keluar bersama dalam 1 hari! Macam gathering gitew! Nanti aku cerita
lagi eihh!
Till then!
Salam kasih sayang!
Sunday, 24 April 2016
IV~~ANGEL & HEART~~
Teks : Azaliza
binti Salmin
Foto : Carian
Google
Angel : Kau
kenapa? Termenung je…….
Heart : Itu
lebih baik, kan? Daripada merepek, membebel tak tentu hala..
kau juga yang akan bosan nanti…
Angel : Come
on! Ceritakan pada aku! I am you, right?!
Heart : …………..Sampai
bila ini semua akan berakhir? Kau tau tak bila?
Angel : Mana
mungkin aku tahu bila pengakhiran cerita kau ini!!?
Heart : Eh?!
Bukan kau kata tadi kau adalah aku?!
Angel : Memanglah!
Errmm, entah! Aku tak tahu bila nak berakhir semua itu. Tapi
aku pasti, ia akan berakhir
juga nanti. Kau sabar je lah!
Heart : Penatnya
nak tunggu…aku cuba untuk terima segala yang telah ditentukan
buat aku. Aku cuba untuk redha
terima semuanya dengan harapan dan
doa yang dia akan berubah suatu hari nanti.
Bukan aku suruh ubah apa pun,
hanya satu sikapnya itu sahaja yang buat aku tidak tahan!
Angel : …Hmm….semasa
permulaan cerita kau dengan dia, bagaimana kau boleh
menerimanya? Maksud aku, kau
tentu sudah tahu sikapnya yang kau tak
tahan tu, kan?
Mengapa kau menerima juga
untuk memulakan cerita itu?
Heart : Kerana
aku pasti dia akan berubah setelah bersamaku dan setelah
mengenali aku! Tapi.......
Angel : Masih
belum kenal lagi kot?
Heart : Aku
rasa pun begitu. Macam masih tidak kenal lagi aku siapa..setelah
beberapa waktu bersama,
mengharungi semuanya bersama. Masih
memikirkan aku yang bukan-bukan.......
Angel : …….Sabarlah…….
Heart : …….Itu
yang aku lakukan…sampai aku sudah bosan…….
Thursday, 21 April 2016
Teks : Azaliza
binti Salmin
Foto : Mr.
Google
Assalammualaikum..hi,
guys..!
Lately,
pelanggan-pelanggan aku semakin hari semakin berkurangan. Yelah, sudah
menginjak ke bulan April. Ramai yang telah memperbaharui permit-permit mengajar
dan ibu bapa kepada para pelajar bukan warganegara telah melunaskan yuran
mereka untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan.
| Ni bukan aku tau! Hihihi! Suasana kerja tu lebih kurang! |
Yes! Pelajar yang
berstatus bukan warganegara pada sijil kelahiran mereka serta yang memang
foreigner, perlu membayar levi atau yuran pelajar/warganegara asing yang mana
untuk pelajar sekolah rendah berjumlah RM 120.00 manakala sekolah menengah RM
240.00. Kalau awal-awal tahun, pehhh! Memang tak menang tangan, macam yang
pernah aku ceritakan pada entri yang lepas-lepas.
Selain itu, untuk
sekolah-sekolah swasta termasuk tadika, taska, pusat tuisyen, dan sebagainya, guru-guru
mereka juga perlu mempunyai permit mengajar yang sah yang perlu diperbaharui
setiap tahun. Kadar bayarannya memang tak mahal! RM 1.00 sahaja untuk IPS dan
sekolah swasta, manakala RM 2.00 untuk tadika.
Itu adalah
pelanggan-pelanggan maujud aku. Hihihi. Ada juga pelanggan maya tau! Maksud
aku, bukan maya macam di jalur lebar. Tetapi, maya melalui dokumen-dokumen.
Contoh, cikgu yang bersara pilihan sendiri, so ada terlebih bayar gaji mereka.
So, mereka pulangkan semula lebihan tersebut melalui cek/bank draf berserta
dokumen-dokumen sokongan yang
semuanya disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian,
disemak di pihak kewangan di sini, then barulah disemak oleh aku. Kalau tiada
masalah, aku kunci masuk ke dalam system e_Terimaan dan keluarkan resit bayaran
menandakan lebihan gaji itu telah dibayar oleh cikgu yang bersara tu. Hmmmm,
macam tu lah. Tapi, tahu-tahu je lah berapa ramai cikgu di W. P. Kuala Lumpur
ni. Tu contoh je tau! Bukan yang bersara je aku buat! Yang masuk kuarters,
keluar kuarters, cuti bersalin, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, berhenti
itu, berhenti ini, it’s all under me! Exhausted but enjoyed!
Gitu lah rutin harianku,
tidak terlepas dari akaun dan kewangan! Ha! Laporan every month pun aku perlu
buat! Biasalah, akaun kan! Sat gi, tak imbang, ha! Mau kelam-kabut nak siasat
acaner tetiba boleh ada 2.6b dalam laporan! Oooppsss! Merepek jauhhhh!
Kalau ade pun, mesti ade
yang derma tuhhh! Hahahahaha!
Ok lah! Till then!
Salam kasih sayang!
Thursday, 14 April 2016
Bisakah dia?
Terdengar bisikan syahdu
Irama senandung beralun di kalbu
Bahagia didamba
Kasih dicipta
Disemai antara paksa dan rela
Bisakah dia menggapai bahagia?
Mampukah dia mengejar ceria?
Atau semuanya hanyalah senda
Yang memaksanya untuk menerima segala
Tapi
Selama mana mampu menginjak perkasa
Kerana dia itu semut merah nan kerdil
Tapi bisa menggigit pedih
Irama senandung beralun di kalbu
Bahagia didamba
Kasih dicipta
Disemai antara paksa dan rela
Bisakah dia menggapai bahagia?
Mampukah dia mengejar ceria?
Atau semuanya hanyalah senda
Yang memaksanya untuk menerima segala
Tapi
Selama mana mampu menginjak perkasa
Kerana dia itu semut merah nan kerdil
Tapi bisa menggigit pedih
Subscribe to:
Posts (Atom)
