Thursday 21 April 2016


Teks   :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Mr. Google

Assalammualaikum..hi, guys..!

Lately, pelanggan-pelanggan aku semakin hari semakin berkurangan. Yelah, sudah menginjak ke bulan April. Ramai yang telah memperbaharui permit-permit mengajar dan ibu bapa kepada para pelajar bukan warganegara telah melunaskan yuran mereka untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan.
Ni bukan aku tau! Hihihi! Suasana kerja tu lebih kurang!

Yes! Pelajar yang berstatus bukan warganegara pada sijil kelahiran mereka serta yang memang foreigner, perlu membayar levi atau yuran pelajar/warganegara asing yang mana untuk pelajar sekolah rendah berjumlah RM 120.00 manakala sekolah menengah RM 240.00. Kalau awal-awal tahun, pehhh! Memang tak menang tangan, macam yang pernah aku ceritakan pada entri yang lepas-lepas.

Selain itu, untuk sekolah-sekolah swasta termasuk tadika, taska, pusat tuisyen, dan sebagainya, guru-guru mereka juga perlu mempunyai permit mengajar yang sah yang perlu diperbaharui setiap tahun. Kadar bayarannya memang tak mahal! RM 1.00 sahaja untuk IPS dan sekolah swasta, manakala RM 2.00 untuk tadika.

Itu adalah pelanggan-pelanggan maujud aku. Hihihi. Ada juga pelanggan maya tau! Maksud aku, bukan maya macam di jalur lebar. Tetapi, maya melalui dokumen-dokumen. Contoh, cikgu yang bersara pilihan sendiri, so ada terlebih bayar gaji mereka. So, mereka pulangkan semula lebihan tersebut melalui cek/bank draf berserta dokumen-dokumen sokongan yang
semuanya disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian, disemak di pihak kewangan di sini, then barulah disemak oleh aku. Kalau tiada masalah, aku kunci masuk ke dalam system e_Terimaan dan keluarkan resit bayaran menandakan lebihan gaji itu telah dibayar oleh cikgu yang bersara tu. Hmmmm, macam tu lah. Tapi, tahu-tahu je lah berapa ramai cikgu di W. P. Kuala Lumpur ni. Tu contoh je tau! Bukan yang bersara je aku buat! Yang masuk kuarters, keluar kuarters, cuti bersalin, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, berhenti itu, berhenti ini, it’s all under me! Exhausted but enjoyed!

Gitu lah rutin harianku, tidak terlepas dari akaun dan kewangan! Ha! Laporan every month pun aku perlu buat! Biasalah, akaun kan! Sat gi, tak imbang, ha! Mau kelam-kabut nak siasat acaner tetiba boleh ada 2.6b dalam laporan! Oooppsss! Merepek jauhhhh!
Kalau ade pun, mesti ade yang derma tuhhh! Hahahahaha!

Ok lah! Till then!

Salam kasih sayang!

No comments:

Post a Comment