Sunday, 6 September 2015

II~~Angel & Heart~~


Teks    :   Azaliza binti Salmin
Foto    :   Mr. Google

Heart  :    Kau kasihkan, aku?
Angel  :    Kenapa kau tanya begitu?
Heart  :    Saja tanya..tak boleh kah?
Angel  :    Tentulah aku sayangkan kau, kasihkan kau… Kau adalah aku, jangan
           sesekali nafikan itu….
Heart  :    Tapi…..kenapa kau asyik menghalang aku dari merasai kenikmatan rasa
           itu? Padahal kau sendiri merasa indahnya perasaan itu… Mengapa kau
           tak suka apa yang aku suka?
Angel  :    ~~~~~~~
Heart  :    Sepatutnya, kalau kau sayangkan aku, kau mesti gembira bila melihat aku
           bahagia. Bukan begitu?
Angel  :    Ya, benar…….
Heart  :    Jadi, mengapa mesti kau menghalang aku dari berperasaan begitu?
Angel  :    Sayangku…….kadangkala, perasaan indah yang membuai dalam
           kalbu itu bukan sepatutnya untuk kita kecapi. Kadangkala, itu semua
           hadir untuk menguji kita, menguji kejujuran dalam diri  kita, sayang…
           janganlah dek kerana keseronokan yang baru kau kecapi itu, maka kau
           melupakan apa yang telah sedia kau perolehi. Sedangkan perasaan yang
           membuai lenamu itu belum tentu menjadi milikmu. Adakah kau faham
           maksudku?
Heart  :    Entahlah…….
Angel  :    Aku tahu kau mengerti. Jangan pura-pura tidak faham, atau memang
           kau tak mahu mengerti maksudku itu.
Heart  :    Kau ni banyak sangat helahnya!
Angel  :    Helah?
Heart  :    Andai aku melupakan terus perasaan itu, adakah kau mengerti apa yang
           akan aku rasa? Belum tentu aku akan dapat kecapi perasaan indah yang
           aku lupakan itu!
Angel  :    Kau ni cakap berbolak-balik!
Heart  :    Nah! Sekarang, kau pula yang berpura-pura tak faham, bukan?!
Angel  :    Aku pula?
Heart  :    Senang cerita, beginilah! Biarkan aku terus dengan keasyikan yang
           sedang aku kecapi kini! Andai aku telah pergi terlalu jauh, kau
           cepat-cepat sedarkan aku! Buat masa ini, aku masih tahu batasku!
           Boleh?

Angel  :    Kau ni…….

#Salam kasih sayang!

Friday, 4 September 2015

~~Angel & Heart~~

Teks   :   Azaliza binti Salmin
Foto   :   Mr. Google

Angel  :    Padamkan segala rasa itu! Kau tak berhak untuk menyimpan segala rasa
           seperti itu dalam hati kau!
Heart  :    Tapi rasa ini sungguh indah! Aku tak mengharapkan apa-apa dari apa
           yang aku rasa! Aku hanya ingin mengecap manisnya!
Angel  :    Jaannggaaaannnnn!
Heart  :    Kenapa?
Angel  :    Nanti kau akan terbuai dengan rasa itu, lalu kau pasti akan lebih
           mengharapkannya menjadi kenyataan satu saat nanti!
Heart  :    Bagaimana pula kau tahu? Kau bukan aku!
Angel  :    Tapi aku tahu itu pasti akan berlaku! Aku adalah kau! Aku rasa apa 
           yang kau rasa! Manis, indah! Tapi aku tak mahu kau terlalu ikutkan 
           sangat buaian perasaan itu!
Heart  :    Kenapa pula?
Angel  :    Kerana aku tak mahu kau kecewa! Benar, kau kata kau tak
           mengharapkan apa-apa dari rasa itu! Tapi itu kerana kau tak mahu
           berhenti dari anganan indah! Kau harus sedar, kau di mana! Kau harus
           sedar kau tak layak untuk merasai keindahan seperti itu! Kau harus
           hadapi kenyataan yang sebenar! Merasai keindahan sebenar dengan apa
           yang kau ada tika ini! Bukan dengan rasa itu!
Heart  :    Tapi…….aku sayang nak tinggalkan perasaan itu…….
Angel  :    Kau harus! Kau wajib cuba! Kehidupan berpaksikan kepada kenyataan,
           bukan khayalan.

Heart  :    Aku………………………………..

#Salam kasih sayang

Saturday, 15 August 2015

~~~GOOD OLD DAYS~~~~

Jamuan Hari Raya anjuran Kelab Kebajikan PPWBP pada 13/08/2015--> mengembalikan kenangan apabila kitorang yang dh bertukar, dijemput...sangat happening & best! Really and will missed those times!
Teks   :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         My Arkib

Assalammualaikum, semua! Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Hari ini hari terakhir kita berada dalam bulan Syawal. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas lagi dan meneruskan kehidupan ini.

Kali ini, aku nak bercerita mengenai hubungan dua hala antara ofis lama tempat aku bekerja dengan ofis baru aku, yang mana aku tersepit di antara keduanya. Hahaha.

Aku pernah bercerita mengenai kesibukan dan bebanan tugas yang melampau di tempat kerja lamaku, PPW Bangsar & Pudu, kan? Tahun ini, sebahagian kerja telah diambil oleh tempat baru aku, which is JPWP. Segala tuntutan di bawah OS42000 dan tuntutan perubatan zon Bangsar dan Pudu, telah diserahkan kepada pihak Unit Akaun, JPWP in order to ease a bit the burden. Ok lah,kan. Kuranglah sikit beban tugas walaupun tak banyak, tapi kami bersyukur.

Then, I’d been transferred here. PPW menghadapi saat-saat genting yang mana lepas aku bertukar, Pen. Akauntan Kanan PPW pula bertukar kerana kenaikan pangkat.
And you know what? Till now the post there still empty, nobody was placed there. Lagi haru diorang jadinya.

Tup tup last two weeks, a task force had been given kepada Unit Akaun, JPWP yang mana kami diarahkan untuk membantu PPW sehari dalam seminggu untuk menyemak baucer-baucer tuntutan perjalanan bagi sekolah-sekolah di bawah mereka. As for me, of course aku faham sebab aku memang pernah bekerja kat situ! Tapi, sahabat-sahabat aku yang di Unit Akaun, JPWP ni lah yang seems merungut sikit. Yelah, dengan nak buat kerja diorang lagi, lepas tu nak kena pergi PPW lagi bantu semak baucar, yang bagi aku tak mampu nak tandingi langsung kesibukan  bagi sape-sape yang pernah berada di PPW.

Can uols feel what I feel? Di JPWP, aku ditanya mengapa sampai tak tersemak langsung baucar-baucar tuntutan perjalanan sekolah, apa yang dibuat, sampai aku rasa apa yang aku jawab tu tak mampu nak menyamai keadaan sebenar di PPW. Then, bila di PPW aku ditanya lagi how’s the surroundings at JPWP, dan aku tak dapat nak nafikan that my heart still kat PPW! Tapi, aku akui kerja di JPWP lebih terurus sedikit kerana kita tidak dicampur-adukkan untuk melakukan pelbagai kerja (seperti di PPW). But, keseronokan di tempat kerja tu, aku belum perolehi lagi seperti mana aku di PPW. Pergi kerja, buat kerja, balik kerja. That’s all. Yang mana kalau aku di PPW, those things happened a day @ PPW, will remain sampai ke rumah, sampaikan aku boleh tersengih-sengih sendiri bila teringatkan semula keletah-keletah kitorang di pejabat. That’s what I really missed! Really, really, really…….hmmmm…….

Well, whatever it is, life must goes on. Teruskan kehidupan dengan positif. Fikirkan yang baik-baik, lakukan yang baik-baik. InsyaAllah, yang datang pasti yang terbaik.
Hihihi. Macam pernah dengar, kan ayat ni.

Ok lah. That’s all for now. Lain kali, aku cuba cari masa untuk keep updating my blog! Till then! Assalammualaikum!

#Salam kasih sayang!

Friday, 7 August 2015

AKU

Teks   :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Mr. Google

Assalammualaikum, semua!

Hmm…masih dalam mood hari raya ke? Raya sebulan,kan?! Aku dah tak larat nak makan segala menu raya dah sekarang ni. Perut cepat sangat muak, cepat sangat sebu. Bagus la,kan. Takdelah menyantap segala macam makanan kalau tau dah muak dan sebu.

Di pejabat, setiap minggu ada sahaja sektor yang menganjurkan ‘Unit Terbuka’ bersempena Hari Raya Aidilfitri. So, memang perut ni sentiasa dihidangkan dengan menu-menu Aidilfitri. Memang seriously speaking, aku makan ala-ala kadar je. Tapi kalau kat rumah, dua pinggan nasi aku tibai. Hahahaha. Macam mana nak kurus? ~~~~~krik krik ~~krik krik~~~~~~~


Hihihi. Tak tahu bila akan dapat semangat untuk ber’Atkins’ seperti tahun lepas. Bila entah nak jaga diri sendiri. I mean, bila aku nak betul-betul jaga kesihatan? Takkan la tunggu ada penyakit barulah nak menyesal segala. Arrgghhh! Minta dijauhkan, Na’uzubillah!

Ada lebih kurang seminggu lagi kita berhari raya. Oh ya! Aku akan menduduki peperiksaan KPSL gred N27 pada Selasa & Rabu ini. Doakan untuk aku ya!
Ada 3 paper semuanya, A, B, dan C. Paper B aku dah lulus, tahun pertama aku menduduki peperiksaan ini, aku dah lulus. Alhamdulillah. Tinggal Paper A dan B sahaja à Arahan Perbendaharaan & Undang-undang Umum.

Saje je, nak cuba bertukar angin ke bidang perkeranian/operasi. Penat menghadap kewangan je. Ini pun boleh dikira sebagai pembelajaran juga, kan?! Selagi masih bernafas, segala yang kita lalui dan hadapi memanglah satu kaedah pembelajaran dalam kehidupan. Kan kan kan?

Oklah. Till then.
#Salam kasih sayang!


Friday, 17 July 2015

AIDILFITRI & CMD



Teks   :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Carian Google

Assalammualaikum, friends.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf dari aku ya, andai ada coretanku yang tidak senang dihati anda semua. Manalah tahu, kan.
Aku berhari raya di Muar terlebih dahulu tahun ini. Ya! My kampung halaman! Raya ketiga baru aku sekeluarga beraya di Taiping, Perak.

Hidup mesti diteruskan. Fikirkan yang positif, doakan yang positf, dan angankan yang terbaik untuk segala-galanya. InsyaAllah. Paling utama, kewajipan pada Yang Maha Esa wajib dilaksanakan, dan akhirnya, berserah setelah berusaha. Allah Maha Mendengar.

Ha! Dalam pada kita berhari raya ni, ber’gumbira’ dengan sanak saudara, bekalan pati mineral tidak aku lupakan. Ya! Concentrated Mineral DropsàCMD, sentiasa aku bawa ke mana sahaja!
Bukan susah kita nak wujudkan persekitaran beralkali.
Alkali itu penting untk kehidupan kita, yang kebanyakannya dikelilingi pH berasid. Jadi, hanya dengan titisan CMD dapat meneutralkan & mengimbangi pH tubuh badan kita.

Sebotol kecil CMD tahan sehingga 2 bulan. Mudah dibawa ke mana sahaja. Ia bukan suplemen, ia diklasifikasikan sebagai makanan oleh KKM. Apabila kita sudah merasa keberkesanan CMD, memang kita akan sentiasa teringat untuk mebawanya ke mana sahaja.

Hanya RM178 sahaja, kawan-kawan. Jika nak dibandingkan dengan 1001 khasiat CMD, amatlah berbaloi membelanjakan RM178 itu. Apatah lagi kita DIBAYAR apabila kita memperkenalkan CMD dengan sahabat, rakan taulan kita. Dalam diam, kita menjana pendapatan sampingan dengan mudah hanya dengan CMD.

Oklah! Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal CMD ni, do contact/sms/whatsapp me @ 016-5151421 ya!
Aku mengalu-alukan sesiapa sahaja yang nak mengenali CMD atau biz iexp4u.com yang mudah dan masyuk  ni!
Surirumah ke, wanita berkerjaya ke, malah pelajar mahupun penganggur, semua aku alu-alukan!

#Salam kasih sayang!




Tuesday, 14 July 2015

~~~~HOPES~~~



Teks     :           Azaliza binti Salmin
Foto     :           Mr. Google

Assalammualaikum, sahabat maya ku…….
14 Julai, bersamaan 27 Ramadhan.
Macam-macam hal, macam-macam peristiwa yang berlaku dalam negara kita sepanjang waktu ini.
Sedih, hiba, benci, geram.
Semua seakan-akan bercampur-baur di dalam hati ini, minda ini.
Aku sedar, siapa aku untuk berkata lebih-lebih berkenaan hal-hal politik, isu perkauman, dan yang sewaktu dengannya.
Yelah, bukankah kita hidup di dalam negara yang mengamalkan kebebasan bersuara.
Yakah?
Macam-macam.
Kadang-kadang tengok berita pun macam menyampah.
Entah betul, entahkan tidak.
Siapa tahu? Empunya pembuat, pereka situasi je yang tahu sebenar-benarnya walaupun pelbagai pihak cuba membutakan mata jelata.

Ya Allah, bantulah kami di Malaysia ni.
Bantulah kami membangun dengan keredhaan-Mu.
Bantulah kami, hamba-Mu yang sememangnya sangat lemah.
Jangan biarkan yang salah sangat berkuasa, dan yang benar sangat ditindas sewenangnya.
Kembalikanlah saat-saat tika bangsaku dihormati, disegani, dan menjadi agama rasmi di negara ini sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Bangkitkanlah seorang perwira seperti mana dahulu, menjadi yang terulung kebanggaan dunia.
Bantulah kami, ya Allah.
Sesungguhnya, hanya pada-Mu tempat kami memohon pertolongan.

Aku sedang emo saat ini.
Tak pernah-pernah aku emo hanya pasal isu semasa.
Tapi, kali ini aku benar-benar terkesan.
Aku sedih.


#Salam kasih sayang. 

Wednesday, 8 July 2015

MENGAPA CMD?



Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Arkib Sendiri


“10 Sebab Kenapa Anda Perlu Mengamalkan Pengambilan CMD Setiap Hari?”
Ini adalah kerana Concentrace Mineral Drops (CMD) :-

1) LENGKAP
Terdiri dari makro-mineral (magnesium, kalsium, potassium, klorida, sulfur) dan mikro mineralnya adalah (kromium, iodin, mangan, selenium dan zink). Ini menjadikan CMD  supplemen mineral yang lengkap.

2) IONIK
Ionik bererti bercas positif dan negatif. CMD dititis dalam air akan memecah menjadi bentuk terkecil iaitu ionik yang memudahkan ia diserap ke dalam tubuh badan.

3) BERSIH/SUCI
CMD diekstrak dari Tasik Great Salt, Utah, USA. Kadar  garam tasik itu begitu tinggi sehingga tiada kehidupan bakteria. Berbataskan gurun sehingga tidak berpenduduk (bebas pencemaran).

4) ALAM SEMULAJADI (NATURAL)
CMD bukan hasil buatan makmal. Ia semata-mata air tasik yang telah dibuang 99.5% garamnya. (Tiada tambahan pewarna, pengawet, perasa tiruan). 100% alami. CMD tidak perlu pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ia adalah makanan tambahan mineral.

5) SEIMBANG
Bukan sahaja lengkap, malah ia juga seimbang. Ini penting kerana mineral dengan lainnya dapat menarik atau menolak dan menciptakan suatu keseimbangan dinamik.

6) PEKAT
Lebih pekat kandungannya daripada kandungan mineral air laut. Kepekatannya begitu tinggi , dibandingkan dengan produk supplemen mineral lain.

7) MEMUDAHKAN
Mudah digunakan – hanya dititiskan dalam makanan/minuman/masakan anda (Dewasa 30-40 titis sehari, kanak-kanak 1 titis setiap 2kg berat badan).

8) MULTI FUNGSI
CMD bermulti fungsi dalam meningkatkan kesihatan badan :
* Meningkatkan daya tahan daripada jangkitan kuman/virus
* Meningkatkan transmisi impuls saraf yang lancar
* Memangkinkan pembentukan sel baru
* Meningkatkan metabolisme badan
* Meningkatkan tenaga dan kevitalan
* Memelihara kulit dan rambut
* Menguatkan gigi dan rangka badan

9) HARGA WAJAR
Anda boleh perolehi dengan harganya yang wajar yang memungkinkan segala lapisan masyarakat mengamalkannya. Harga pakej Silver serendah RM178. Belian ulangan setiap bulan RM147 (tidak termasuk kos pos).

10) TERBUKTI
Beribu testimoni dari benua Amerika hingga Asia membuktikan CMD membantu kesihatan semua orang.


Jom mulakan kehidupan berpersekitaran beralkali mulai sekarang!
Whatsapp/telegram/weechat 016-5151421 untuk info!

#Salam kasih sayang!