Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google
Assalammualaikum, sahabat maya ku…….
14 Julai, bersamaan 27 Ramadhan.
Macam-macam hal, macam-macam
peristiwa yang berlaku dalam negara kita sepanjang waktu ini.
Sedih, hiba, benci, geram.
Semua seakan-akan bercampur-baur di
dalam hati ini, minda ini.
Aku sedar, siapa aku untuk berkata
lebih-lebih berkenaan hal-hal politik, isu perkauman, dan yang sewaktu
dengannya.
Yelah, bukankah kita hidup di dalam negara
yang mengamalkan kebebasan bersuara.
Yakah?
Macam-macam.
Kadang-kadang tengok berita pun macam
menyampah.
Entah betul, entahkan tidak.
Siapa tahu? Empunya pembuat, pereka
situasi je yang tahu sebenar-benarnya walaupun pelbagai pihak cuba membutakan
mata jelata.
Ya Allah, bantulah kami di Malaysia
ni.
Bantulah kami membangun dengan
keredhaan-Mu.
Bantulah kami, hamba-Mu yang sememangnya
sangat lemah.
Jangan biarkan yang salah sangat
berkuasa, dan yang benar sangat ditindas sewenangnya.
Kembalikanlah saat-saat tika bangsaku
dihormati, disegani, dan menjadi agama rasmi di negara ini sebagaimana yang
termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Bangkitkanlah seorang perwira seperti
mana dahulu, menjadi yang terulung kebanggaan dunia.
Bantulah kami, ya Allah.
Sesungguhnya, hanya pada-Mu tempat
kami memohon pertolongan.
Aku sedang emo saat ini.
Tak pernah-pernah aku emo hanya pasal
isu semasa.
Tapi, kali ini aku benar-benar
terkesan.
Aku sedih.
#Salam kasih sayang.
No comments:
Post a Comment