Teks : Azaliza binti
Salmin
Foto : Mr. Google
Assalammualaikum, semua!
Hmm…masih dalam mood hari raya
ke? Raya sebulan,kan?! Aku dah tak larat nak makan segala menu raya dah sekarang
ni. Perut cepat sangat muak, cepat sangat sebu. Bagus la,kan. Takdelah
menyantap segala macam makanan kalau tau dah muak dan sebu.
Di pejabat, setiap minggu ada
sahaja sektor yang menganjurkan ‘Unit Terbuka’ bersempena Hari Raya Aidilfitri.
So, memang perut ni sentiasa dihidangkan dengan menu-menu Aidilfitri. Memang
seriously speaking, aku makan ala-ala kadar je. Tapi kalau kat rumah, dua
pinggan nasi aku tibai. Hahahaha. Macam mana nak kurus? ~~~~~krik krik ~~krik
krik~~~~~~~
Hihihi. Tak tahu bila akan
dapat semangat untuk ber’Atkins’ seperti tahun lepas. Bila entah nak jaga diri
sendiri. I mean, bila aku nak betul-betul jaga kesihatan? Takkan la tunggu ada
penyakit barulah nak menyesal segala. Arrgghhh! Minta dijauhkan, Na’uzubillah!
Ada lebih kurang seminggu lagi
kita berhari raya. Oh ya! Aku akan menduduki peperiksaan KPSL gred N27 pada
Selasa & Rabu ini. Doakan untuk aku ya!
Ada 3 paper semuanya, A, B, dan
C. Paper B aku dah lulus, tahun pertama aku menduduki peperiksaan ini, aku dah
lulus. Alhamdulillah. Tinggal Paper A dan B sahaja à Arahan Perbendaharaan &
Undang-undang Umum.
Saje je, nak cuba bertukar angin
ke bidang perkeranian/operasi. Penat menghadap kewangan je. Ini pun boleh
dikira sebagai pembelajaran juga, kan?! Selagi masih bernafas, segala yang kita
lalui dan hadapi memanglah satu kaedah pembelajaran dalam kehidupan. Kan kan
kan?
Oklah. Till then.
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment