Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google
Angel : Padamkan segala rasa itu! Kau tak
berhak untuk menyimpan segala rasa
seperti
itu dalam hati kau!
Heart : Tapi rasa ini sungguh indah! Aku tak
mengharapkan apa-apa dari apa
yang
aku rasa! Aku hanya ingin mengecap manisnya!
Angel : Jaannggaaaannnnn!
Heart : Kenapa?
Angel : Nanti kau akan terbuai dengan rasa
itu, lalu kau pasti akan lebih
mengharapkannya
menjadi kenyataan satu saat nanti!
Heart : Bagaimana pula kau tahu? Kau bukan
aku!
Angel : Tapi aku tahu itu pasti akan berlaku!
Aku adalah kau! Aku rasa apa
yang kau
rasa! Manis, indah! Tapi aku tak mahu kau terlalu ikutkan
sangat buaian
perasaan itu!
Heart : Kenapa pula?
Angel : Kerana aku tak mahu kau kecewa!
Benar, kau kata kau tak
mengharapkan
apa-apa dari rasa itu! Tapi itu kerana kau tak mahu
berhenti
dari anganan indah! Kau harus sedar, kau di mana! Kau harus
sedar
kau tak layak untuk merasai keindahan seperti itu! Kau harus
hadapi
kenyataan yang sebenar! Merasai keindahan sebenar dengan apa
yang
kau ada tika ini! Bukan dengan rasa itu!
Heart : Tapi…….aku sayang nak tinggalkan
perasaan itu…….
Angel : Kau harus! Kau wajib cuba! Kehidupan
berpaksikan kepada kenyataan,
bukan
khayalan.
Heart : Aku………………………………..
#Salam kasih sayang
No comments:
Post a Comment