Teks : Azaliza
binti Salmin
Foto : Mr.
Google
Heart : Kau
kasihkan, aku?
Angel : Kenapa
kau tanya begitu?
Heart : Saja
tanya..tak boleh kah?
Angel : Tentulah
aku sayangkan kau, kasihkan kau… Kau adalah aku, jangan
sesekali nafikan itu….
Heart : Tapi…..kenapa
kau asyik menghalang aku dari merasai kenikmatan rasa
itu? Padahal kau sendiri
merasa indahnya perasaan itu… Mengapa kau
tak suka apa yang aku
suka?
Angel : ~~~~~~~
Heart : Sepatutnya,
kalau kau sayangkan aku, kau mesti gembira bila melihat aku
bahagia. Bukan begitu?
Angel : Ya,
benar…….
Heart : Jadi,
mengapa mesti kau menghalang aku dari berperasaan begitu?
Angel : Sayangku…….kadangkala,
perasaan indah yang membuai dalam
kalbu itu bukan
sepatutnya untuk kita kecapi. Kadangkala, itu semua
hadir untuk menguji
kita, menguji kejujuran dalam diri kita,
sayang…
janganlah dek kerana
keseronokan yang baru kau kecapi itu, maka kau
melupakan apa yang telah
sedia kau perolehi. Sedangkan perasaan yang
membuai lenamu itu
belum tentu menjadi milikmu. Adakah kau faham
maksudku?
Heart : Entahlah…….
Angel : Aku
tahu kau mengerti. Jangan pura-pura tidak faham, atau memang
kau tak mahu mengerti
maksudku itu.
Heart : Kau
ni banyak sangat helahnya!
Angel : Helah?
Heart : Andai
aku melupakan terus perasaan itu, adakah kau mengerti apa yang
akan aku rasa? Belum
tentu aku akan dapat kecapi perasaan indah yang
aku lupakan itu!
Angel : Kau
ni cakap berbolak-balik!
Heart : Nah!
Sekarang, kau pula yang berpura-pura tak faham, bukan?!
Angel : Aku
pula?
Heart : Senang
cerita, beginilah! Biarkan aku terus dengan keasyikan yang
sedang aku kecapi kini!
Andai aku telah pergi terlalu jauh, kau
cepat-cepat sedarkan
aku! Buat masa ini, aku masih tahu batasku!
Boleh?
Angel : Kau
ni…….
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment