Monday 17 March 2014

Monday Blues


Haa!! Dapat pun aku masukkan gambar beruang koala ni! Selepas penat aku godeh segala yang ada di skrin.

Dah tengahari dah pun, baru aku nak men'update blog ku. Beruang koala tu hanya percubaanku sahaja nak memasukkan gambar. Maklum la, aku mengakui diri ini slow sikit bab gajet ni.

Semangat betul nak ber'blog'ing ni. Maklum la, aku dah dapat laptop sendiri. Yehuu! Cuma, nak mencari masa sahaja untuk fokus pada kelas. Itu sahaja yang belum tercapai. Mana tidak, di rumah sudah pasti aku sibuk dengan urusan rumah. Di pejabat pula, urusan kerja. Kang kalau aku syik mengadap laptop saja, aku juga yang kena! Ha! Laptop ni aku pinjam dari ayah. He he he. Orang tua ku tu tidak akan guna punya laptop ni. Baik aku yang gunakan.

Ok! Masa untuk memperbaiki tugasan yang telah disemak oleh Cikgu Monalita. Bila lagi? Masa rehat ni lah yang boleh!

1 comment: