Wednesday 12 March 2014

Entri Pengenalan

Salam ukhuwah pembuka kata buat semua.
Alhamdulillah, walaupun masih berdingkit-dingkit dan di dalam proses pembelajaran menguasai bidang penulisan di alam maya, terhasil juga blog mengenai diri ini.
Telah 12 tahun melayari bahtera rumahtangga. Dikurniakan seorang suami yang sentiasa menjadi peneman sepi, dan 3 orang putera yang mendamaikan jiwa.
Minat dalam bidang penulisan telah lama wujud dalam diri ini. Gemar menulis cerita pendek kala di bangku sekolah, tetapi hanya untuk tatapan sendiri. Minat terkubur begitu sahaja selepas menamatkan zaman bujang. Walau terkubur di dasar hati, namun ia tetap nyala bersinar menantikan saat peluang datang untuk diluahkan segala.
Diri ini hanyalah insan biasa. Tidak memiliki sebarang ijazah mahupun kepakaran dalam bidang tertentu. Tetapi, di sebalik diri ini, tersirat, tersimpan, seribu satu keinginan yang belum terluahkan di dalam mencapai cita-cita terpendam.
Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, diri ini cuba memberanikan hati untuk menggapai bintang di langit menerusi minat yang selama ini terpendam di lubuk hati.
Moga melaluinya, tak dapat tidak
walau secebis, tercapai jua hasrat yang selama ini terpendam. InsyaAllah.
Harapan setinggi gunung, secerah mentari, moga diri ini diterima di kalangan semua blogger dan pembaca.
Serendah hati yang tulus juga, tunjuk ajar, pengalaman, andai dapat dikongsi bersama, merupakan anugerah terindah dan bermakna buat diri ini.
Akhir kata, sudi-sudikanlah menjenguk barang seminit cuma, blog, hasil garapan tulus ikhlas dari diri ini. Salam kasih sayang. Assalammualaikum.

4 comments:

  1. saya juga masih lagi berdingkit-dingkit belajar dalam bidang penulisan...

    http://apen-idariana.blogspot.com/
    http://bff-inspiration.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Selamat berkenalan. Saya pun baru memulakan langkah pembelajaran. Semoga hasilnya akan lebih baik dari hari ke hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal..insyaAllah,sama-sama lah kita berkongsi pengalaman.

      Delete