Tuesday, 26 April 2016

KEKASIH


Kekasih,
Terkadang aku terlalu mendambakanmu..
Mengharapkan dikau dan aku seperti dahulu..
Mengimpikan kebahagiaan yang kita ciptakan bersama..
Melalui hari-hari indah berdua bersama cinta kita..
Airmata ini mengalir memikirkan semua ini..
Takut akan masa depan yang tidak pasti..
Tatkala melalui semua ini, lagi dan lagi..
Mengapa, kekasih?
Mengapa begitu cetek akalmu untuk memikirkan semua itu?
Mengapa terlalu sukar untuk dikau buka mata seluas-luasnya?
Melihat semuanya dari sudut berbeza..
Menganggap apa yang dikau fikirkan itu adalah yang paling benar..
Tiada yang salah dengan apa yang dikau wasangkakan terhadap aku..
Tidakkah dikau sedar bagaimana rasanya kiranya aku perlakukan dikau sedemikian rupa?
Sentiasa wasangka dengan tingkahmu..
Mengapa tidak terdetik dihatimu untuk berfikir apa perasaan aku?
CInta paling agung….
Bantu aku, ya Allah…….

Monday, 25 April 2016

It's Monday!

Ni masa tahun 2009!  My loved mom & dad, my dearest abangah, & mia hermanas! Kaklong, me, noa, & nadia!

Teks     :           Azaliza binti Salmin
Foto     :           Carian Google

Assalammualaikum, semua! Salam pagi Isnin semua!
Bulan Rejab dah ni. Tak lama lagi Sya’aban, pastu Ramadhan! Lepas tu, raya! Hihihi! Macam budak-budak!
Bukan ape! Aku sebenarnya cuti hari ni! Keluar dengan mia hermanas! Mencari baju dan kelengkapan nak menyambut Syawal! Al-maklumlah, kitorang sume dah ada handbags (anak2)! Hihihi!
Sebenarnya, memang every year aku dan adik-beradikku yang pompuan, kitorang keluar bersama dalam 1 hari! Macam gathering gitew! Nanti aku cerita lagi eihh!
Till then!
Salam kasih sayang!



Sunday, 24 April 2016

IV~~ANGEL & HEART~~


Teks       :               Azaliza binti Salmin
Foto       :               Carian Google



Angel    :               Kau kenapa? Termenung je…….
Heart    :               Itu lebih baik, kan? Daripada merepek, membebel tak tentu hala..
                               kau juga yang akan bosan nanti…
Angel    :               Come on! Ceritakan pada aku! I am you, right?!
Heart    :               …………..Sampai bila ini semua akan berakhir? Kau tau tak bila?
Angel    :               Mana mungkin aku tahu bila pengakhiran cerita kau ini!!?
Heart    :               Eh?! Bukan kau kata tadi kau adalah aku?!
Angel    :               Memanglah! Errmm, entah! Aku tak tahu bila nak berakhir semua itu. Tapi 
                               aku pasti, ia akan berakhir juga nanti. Kau sabar je lah!
Heart    :               Penatnya nak tunggu…aku cuba untuk terima segala yang telah ditentukan 
                               buat aku. Aku cuba untuk redha terima semuanya dengan harapan dan 
                               doa yang dia akan berubah suatu hari nanti. Bukan aku suruh ubah apa pun, 
                               hanya satu sikapnya itu sahaja yang buat aku tidak tahan!
Angel    :               …Hmm….semasa permulaan cerita kau dengan dia, bagaimana kau boleh 
                               menerimanya? Maksud aku, kau tentu sudah tahu sikapnya yang kau tak 
                               tahan tu, kan?
                               Mengapa kau menerima juga untuk memulakan cerita itu?
Heart    :               Kerana aku pasti dia akan berubah setelah bersamaku dan setelah 
                               mengenali aku! Tapi.......
Angel    :               Masih belum kenal lagi kot?
Heart    :               Aku rasa pun begitu. Macam masih tidak kenal lagi aku siapa..setelah 
                               beberapa waktu bersama, mengharungi semuanya bersama. Masih 
                               memikirkan aku yang bukan-bukan.......
Angel    :               …….Sabarlah…….

Heart    :               …….Itu yang aku lakukan…sampai aku sudah bosan…….

Thursday, 21 April 2016


Teks   :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Mr. Google

Assalammualaikum..hi, guys..!

Lately, pelanggan-pelanggan aku semakin hari semakin berkurangan. Yelah, sudah menginjak ke bulan April. Ramai yang telah memperbaharui permit-permit mengajar dan ibu bapa kepada para pelajar bukan warganegara telah melunaskan yuran mereka untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan.
Ni bukan aku tau! Hihihi! Suasana kerja tu lebih kurang!

Yes! Pelajar yang berstatus bukan warganegara pada sijil kelahiran mereka serta yang memang foreigner, perlu membayar levi atau yuran pelajar/warganegara asing yang mana untuk pelajar sekolah rendah berjumlah RM 120.00 manakala sekolah menengah RM 240.00. Kalau awal-awal tahun, pehhh! Memang tak menang tangan, macam yang pernah aku ceritakan pada entri yang lepas-lepas.

Selain itu, untuk sekolah-sekolah swasta termasuk tadika, taska, pusat tuisyen, dan sebagainya, guru-guru mereka juga perlu mempunyai permit mengajar yang sah yang perlu diperbaharui setiap tahun. Kadar bayarannya memang tak mahal! RM 1.00 sahaja untuk IPS dan sekolah swasta, manakala RM 2.00 untuk tadika.

Itu adalah pelanggan-pelanggan maujud aku. Hihihi. Ada juga pelanggan maya tau! Maksud aku, bukan maya macam di jalur lebar. Tetapi, maya melalui dokumen-dokumen. Contoh, cikgu yang bersara pilihan sendiri, so ada terlebih bayar gaji mereka. So, mereka pulangkan semula lebihan tersebut melalui cek/bank draf berserta dokumen-dokumen sokongan yang
semuanya disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian, disemak di pihak kewangan di sini, then barulah disemak oleh aku. Kalau tiada masalah, aku kunci masuk ke dalam system e_Terimaan dan keluarkan resit bayaran menandakan lebihan gaji itu telah dibayar oleh cikgu yang bersara tu. Hmmmm, macam tu lah. Tapi, tahu-tahu je lah berapa ramai cikgu di W. P. Kuala Lumpur ni. Tu contoh je tau! Bukan yang bersara je aku buat! Yang masuk kuarters, keluar kuarters, cuti bersalin, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, berhenti itu, berhenti ini, it’s all under me! Exhausted but enjoyed!

Gitu lah rutin harianku, tidak terlepas dari akaun dan kewangan! Ha! Laporan every month pun aku perlu buat! Biasalah, akaun kan! Sat gi, tak imbang, ha! Mau kelam-kabut nak siasat acaner tetiba boleh ada 2.6b dalam laporan! Oooppsss! Merepek jauhhhh!
Kalau ade pun, mesti ade yang derma tuhhh! Hahahahaha!

Ok lah! Till then!

Salam kasih sayang!

Thursday, 14 April 2016

Bisakah dia?

Terdengar bisikan syahdu
Irama senandung beralun di kalbu
Bahagia didamba
Kasih dicipta
Disemai antara paksa dan rela
Bisakah dia menggapai bahagia?
Mampukah dia mengejar ceria?
Atau semuanya hanyalah senda
Yang memaksanya untuk menerima segala
Tapi
Selama mana  mampu menginjak perkasa
Kerana dia itu semut merah nan kerdil
Tapi bisa menggigit pedih

Saturday, 26 March 2016

Pena & Tinta

Bila pena mula bertinta
Hati tak keruan entah kenapa
Ide diasak menujah minda
Namun kelam tiada bercahaya
Hati diamuk pelbagai rasa
Mengharap suatu tenangkan jiwa
Ingin diĺuah melalui pena dan tinta
Namun...mengapa....
Kau tak kunjung jua
Bagai selautan yang ingin ditumpahkan
Tapi sebutir laksana setahun lamanya
Mengapa begini?
Ke mana hilangnya?
Jauh sungguh perginya
Terasa lemas dalam kancah jiwa sendiri
Payah dilepas
Sukar mencarinya
Andai dapat ditemui
Pasti bahagia melingkari diri
Terasa bebas umpama nuri


Thursday, 25 February 2016

~~~ & today ~~

Teks    :           Azaliza binti Salmin

Foto    :           Carian Google


Assalammualaikum, semua, dan salam ceria! Cuaca kat Malaysia sekarang ni aku rasa sangatlah panas tapi kadang-kadang menyamankan. Macam pagi ni, anginya punyalah sedap menghembuskan bayunya. Sampai aku yang membonceng suamiku pun terasa ‘goyangnya’ motor suamiku menahan hembusan sang bayu itu!

Ok lah! Bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita di Malaysia ni. Panas pun bukan sampai tahap kemarau teruk, kan!? Jangan merungut. Kat tempat lain dalam peta dunia ni, ada lagi yang teruk dari Malaysia ni, kan?!

Aku sebenarnya banyak benda nak dibuat, tapi nak juga luangkan masa tulis serba sedikit entri. Sikit pun jadilah! Aku ingat lagi ilmu dan nasihat yang sifu ku ajar waktu mula-mula ber’blogging’.

‘Bout my work…hurmm..I’m so exhausted, frankly. Hihihi. Memang seronok, tapi, biasalah kan. Kalau kerja bertimpa-timpa, as human being, kadang feel really exhausted. Tak terkejar. 

Rupanya, apa yang difikirkan sebelum bertukar dulu, tidaklah betul mana. Mungkin sebab induk, so, banyaklah kerja. Kot…….hahaha..

Ini pun aku sambung daaa..pagi tadi punya writing, dah tengahari baru sambung balik. Customer tak berhenti. Next time, aku cerita perihal siapakah customer aku di sini.

Till then.


#Salam kasih sayang!