Sunday, 13 December 2015

IT'S END OF THE YEAR!




Teks  :        Azaliza binti Salmin
Foto  :        Carian Google

Dush dash dush dash (konon-konon tengah sapu sawang)! Hahahaha!

Assalammualaikum, sahabat maya ku! Wahhhh! Lamanya tak menjenguk blog!
Iye! Inilah aku, akhir-akhir tahun memang sibuk. Ingatkan, bila dah tukar tempat kerja, takdelah sibuk bebenor! Ghupenye idak! Walaupun kerja memang dah berkurang juga berbanding sewaktu di PPWBP, tetapi ke’havoc’an dek kerana penutupan akaun 2015 memang masih aku rasai di sini, JPWPKL.

Of course lah, Azaliza oii! Awak tu dah memang bahagian kewangan, terima je lah! Hihihihi.

Ye! Memang sibuk. Masih lagi perlu kerja lebih masa. Walaupun tidaklah sampai jam 10 mlm dan ke atas seperti dulu (@ ofis lama), tetapi masih lagi keluar sebelum cerah, balik pula dah gelap. Mmuahahahaaa.

Oklah dulu ye! Banyak nak story mory, but haven’t got the chances to! Lappy saya buat hal lagi! Uwaaaa!

Till then!

#Salam kasih sayang!

Saturday, 14 November 2015

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA~~~

Teks  :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Mr. Google

Assalammualaikum…….

Ya Allah! Sweet nya filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’!

Well, I know that I seem too late to watch this movie..hihihi…but frankly, yup! Aku baru je tonton filem ni! Alahai…….

Tak tau la nak cakap macam mana. Starting yang macam biasa-biasa je, tapi lama-kelamaan hati bagai dibuai. Hmm, best! Fazura was sooooo gorgeous! She really are! Cantik, soft, cantik, cantik dan memang cantik!

At one time, macam sedih pun ade cite nih. Betul! Agaknya, aku memang betul-betul menghayati filem ni, kot. Hihihi. Dengan view yang saaaaangat mempesonakan aku. Bestnya bestnya! Soooo romantic!

Barisan pelakon yang mantap, jalan cerita yang best! Faizal Hussein tetap best, walaupun dia kelihatan tua sikit. Hihihi. He really are, right? Sebab sebelum ni, aku rasa Faizal Hussein ni macam awet muda je. Tapi dalam filem ni, memang nampak garis-garis tua tu. Oopss! Hihihi.

Hmmm…. I really adore Fazura!

Tak tau nak cakap ape lagi. Actually, aku nak cite pasal satu drama/filem muzikal
tajuknya “Hairspray”. Tapi, tergantung kat lappy! Tak sempat-sempat nak habiskan entri tu. Nanti aku cuba sambung. Nantikan ya!

Ok lah! Till then!

#Salam kasih sayang!



Wednesday, 21 October 2015

--DIA--


Teks                :           Azaliza binti Salmin
Foto                :           Carian Google


Kadangkala, kehidupan ini bukan seperti yang diinginkan..segalanya bagai teka-teki, rahsia yang tak terungkap, yang memaksa diri untuk menerima semua dengan redha, seolah-olah ingin menguji sejauh mana kesabaran dan ketaatan diri sebagai hambaNya menerima qada’ dan qadar.
Sering mendengar, kadangkala terlintas di hadapan mata, bait-bait kata yang mengajak diri untuk bersabar, bina kebahagiaan dengan apa yang sedia ada, bukan dengan apa yang diharapkan.
Benar, memang benar apa yang didengar, apa yang terlintas.
Lantas, cuba, usaha untuk membina kebahagiaan sewajarnya, seperti apa yang diiyakan.
Namun, sering hatinya dicarik, diguris, mungkin tanpa sedar, tatkala kebahagiaan yang didambakan sedang usaha diterbitkan.
Bagaimana ingin bertahan? Selama mana mampu dikawal?
Dia hanya manusia biasa, yang kadangkala ingin menjadi seperti Siti Khadijah, atau mungkin sesabar suri-suri yang ada, yang pernah diuji sebegini rupa.
Kerana dia tahu, walau seberat mana yang dia hadapi, pasti ada insan lain yang lebih hebat diduga. Dia mahu kuat. Dia mahu tabah.
Tapi, dia itu hanyalah dia. Hatinya hanya mampu setakat yang ia mampu. Walau setinggi mana dia cuba untuk bertahan, walau sejauh mana dia cuba untuk bersabar, dia kalah jika hatinya tewas.



#Salam kasih sayang


Friday, 18 September 2015

~~MENCINTAIMU~~~


Teks             :        Azaliza binti Salmin

Foto             :        Carian Google

Assalammualaikum, semua! Huwaaaa! Setakat ni memang slot Akasia yang sedang ditayangkan di kaca TV3 menggamit hati untuk aku duduk menonton cerita itu. 

“Mencintaimu”, best kan?!

Tapi tu lah, cerita Melayu. Sorry to say, tapi memang ‘klise’. Hmm. Aku memang syok tengok saat-saat Anissa dah berjanji takkan terpedaya dengan Hisyam lagi, saat-saat Hisyam menolaknya tanpa rasa kesian (walaupun hakikatnya Hisyam tak nak tolak diri Anissa, tapi still dia ketepikan juga,kan). Saat-saat ‘sweet’ antara Anissa dengan Muaz, bos Anissa tu. Memang sweettttt sangat dengan keletah Muaz yang suka berjenaka walaupun meminati Anissa dalam diam.

Sampailah adegan apabila Anissa bernikah dengan Hisyam. What?? Oohhhh, klise dah start. I don’t like it, but dah tengok kan, kena teruskan walaupun memang tak berapa suka sangatlah tengok adegan-adegan ‘konon-konon sweet’ between that couple. Argghhh. Boring. Hihihi. Sorry ei, but IT’S JUST MY OPINION!

Cuba buat lain sikit, cuba tuned kan lain sikit kali ni. Actually, I was just hoping that Anissa will reject Hisyam time tu jugak! Tunjukkan keras hati sikit, pegang janji-janji sendiri, and of course, teruskan ‘sweet moment’ in daily routine between Anissa & Muaz. Make up story tapi TIDAK sekali-kali terima kembali Hisyam. Mungkin, boleh berbaik-baik, tapi untuk jatuh cinta sekali lagi dengan Hisyam, NEVER! Boleh,kan? Baru nampak lain sikit! Hihihi. Kalau cerita aku, boleh la! Hihihi.

Ini pendapat dan luahan hati aku sebagai penonton!

Kalau pasal Anissa dah tak suci, wether it’s true dia dah dinodai oleh Hisyam or not, it doesn’t matter kalau ikut jalan cerita aku. Terus terang pada Muaz, that she is not virgin disebabkan bla bla bla, ok je rasanya. Make up story ada dugaan-dugaan dengan Muaz yang akhirnya akan membuahkan ‘the sweetest moments’. Hihihi. Tak habis-habis aku dengan ‘sweet moments’ je eik! Hihihi.

Yelah, ni kalau ikut cerita macam yang sekarang ni, mesti nanti Hisyam buat hal lagi (walaupun dia tak rela), lepas tu mesti Anissa kembali semula pada Muaz. Tak habis-habis macam tu. Kalau dalam cerita Melayu ni, heroin atau hero mesti bertuah bebenauu! Cuba sesekali buat pelakon tambahan pula yang bertuah. Kan?! Bagi pengajaran sikit pada hero pertama. Heroin pula, janganlah selalunya lucky sesangat, ramai yang menunggu. I mean, ramai sangat peminatnya. Hmm…….

Hihihi. Sudah, sudah. Lebih-lebih pula aku ni. Tapi, itulah aku. Apabila jalan cerita dapat aku agak, mula lah mulut ni membebel. Husband aku pun dah faham dah. “Dia ikut arahan pengarah la, mama”. Hihihi. Lepas menonton saat yang tak best tu, memang aku nak komen dalam blog terus. But, my lappy! Hmmm, budak-budak bertuah tu kerjakan, entah macam mana dah tak boleh nak buka.

Apapun, aku akan terus menonton slot Akasia tu lagi sehingga penghujung. Kita nantikan je lah. Walaupun, KALAU Anissa akan bersama Muaz juga akhirnya, tapi keterujaan aku tu memang dah berkurang dan tak sama seperti saat-saat ketika Anissa menolak Hisyam.

Ok lah! Sampai sini dulu.

#Salam kasih sayang!


Sunday, 6 September 2015

II~~Angel & Heart~~


Teks    :   Azaliza binti Salmin
Foto    :   Mr. Google

Heart  :    Kau kasihkan, aku?
Angel  :    Kenapa kau tanya begitu?
Heart  :    Saja tanya..tak boleh kah?
Angel  :    Tentulah aku sayangkan kau, kasihkan kau… Kau adalah aku, jangan
           sesekali nafikan itu….
Heart  :    Tapi…..kenapa kau asyik menghalang aku dari merasai kenikmatan rasa
           itu? Padahal kau sendiri merasa indahnya perasaan itu… Mengapa kau
           tak suka apa yang aku suka?
Angel  :    ~~~~~~~
Heart  :    Sepatutnya, kalau kau sayangkan aku, kau mesti gembira bila melihat aku
           bahagia. Bukan begitu?
Angel  :    Ya, benar…….
Heart  :    Jadi, mengapa mesti kau menghalang aku dari berperasaan begitu?
Angel  :    Sayangku…….kadangkala, perasaan indah yang membuai dalam
           kalbu itu bukan sepatutnya untuk kita kecapi. Kadangkala, itu semua
           hadir untuk menguji kita, menguji kejujuran dalam diri  kita, sayang…
           janganlah dek kerana keseronokan yang baru kau kecapi itu, maka kau
           melupakan apa yang telah sedia kau perolehi. Sedangkan perasaan yang
           membuai lenamu itu belum tentu menjadi milikmu. Adakah kau faham
           maksudku?
Heart  :    Entahlah…….
Angel  :    Aku tahu kau mengerti. Jangan pura-pura tidak faham, atau memang
           kau tak mahu mengerti maksudku itu.
Heart  :    Kau ni banyak sangat helahnya!
Angel  :    Helah?
Heart  :    Andai aku melupakan terus perasaan itu, adakah kau mengerti apa yang
           akan aku rasa? Belum tentu aku akan dapat kecapi perasaan indah yang
           aku lupakan itu!
Angel  :    Kau ni cakap berbolak-balik!
Heart  :    Nah! Sekarang, kau pula yang berpura-pura tak faham, bukan?!
Angel  :    Aku pula?
Heart  :    Senang cerita, beginilah! Biarkan aku terus dengan keasyikan yang
           sedang aku kecapi kini! Andai aku telah pergi terlalu jauh, kau
           cepat-cepat sedarkan aku! Buat masa ini, aku masih tahu batasku!
           Boleh?

Angel  :    Kau ni…….

#Salam kasih sayang!

Friday, 4 September 2015

~~Angel & Heart~~

Teks   :   Azaliza binti Salmin
Foto   :   Mr. Google

Angel  :    Padamkan segala rasa itu! Kau tak berhak untuk menyimpan segala rasa
           seperti itu dalam hati kau!
Heart  :    Tapi rasa ini sungguh indah! Aku tak mengharapkan apa-apa dari apa
           yang aku rasa! Aku hanya ingin mengecap manisnya!
Angel  :    Jaannggaaaannnnn!
Heart  :    Kenapa?
Angel  :    Nanti kau akan terbuai dengan rasa itu, lalu kau pasti akan lebih
           mengharapkannya menjadi kenyataan satu saat nanti!
Heart  :    Bagaimana pula kau tahu? Kau bukan aku!
Angel  :    Tapi aku tahu itu pasti akan berlaku! Aku adalah kau! Aku rasa apa 
           yang kau rasa! Manis, indah! Tapi aku tak mahu kau terlalu ikutkan 
           sangat buaian perasaan itu!
Heart  :    Kenapa pula?
Angel  :    Kerana aku tak mahu kau kecewa! Benar, kau kata kau tak
           mengharapkan apa-apa dari rasa itu! Tapi itu kerana kau tak mahu
           berhenti dari anganan indah! Kau harus sedar, kau di mana! Kau harus
           sedar kau tak layak untuk merasai keindahan seperti itu! Kau harus
           hadapi kenyataan yang sebenar! Merasai keindahan sebenar dengan apa
           yang kau ada tika ini! Bukan dengan rasa itu!
Heart  :    Tapi…….aku sayang nak tinggalkan perasaan itu…….
Angel  :    Kau harus! Kau wajib cuba! Kehidupan berpaksikan kepada kenyataan,
           bukan khayalan.

Heart  :    Aku………………………………..

#Salam kasih sayang

Saturday, 15 August 2015

~~~GOOD OLD DAYS~~~~

Jamuan Hari Raya anjuran Kelab Kebajikan PPWBP pada 13/08/2015--> mengembalikan kenangan apabila kitorang yang dh bertukar, dijemput...sangat happening & best! Really and will missed those times!
Teks   :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         My Arkib

Assalammualaikum, semua! Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Hari ini hari terakhir kita berada dalam bulan Syawal. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas lagi dan meneruskan kehidupan ini.

Kali ini, aku nak bercerita mengenai hubungan dua hala antara ofis lama tempat aku bekerja dengan ofis baru aku, yang mana aku tersepit di antara keduanya. Hahaha.

Aku pernah bercerita mengenai kesibukan dan bebanan tugas yang melampau di tempat kerja lamaku, PPW Bangsar & Pudu, kan? Tahun ini, sebahagian kerja telah diambil oleh tempat baru aku, which is JPWP. Segala tuntutan di bawah OS42000 dan tuntutan perubatan zon Bangsar dan Pudu, telah diserahkan kepada pihak Unit Akaun, JPWP in order to ease a bit the burden. Ok lah,kan. Kuranglah sikit beban tugas walaupun tak banyak, tapi kami bersyukur.

Then, I’d been transferred here. PPW menghadapi saat-saat genting yang mana lepas aku bertukar, Pen. Akauntan Kanan PPW pula bertukar kerana kenaikan pangkat.
And you know what? Till now the post there still empty, nobody was placed there. Lagi haru diorang jadinya.

Tup tup last two weeks, a task force had been given kepada Unit Akaun, JPWP yang mana kami diarahkan untuk membantu PPW sehari dalam seminggu untuk menyemak baucer-baucer tuntutan perjalanan bagi sekolah-sekolah di bawah mereka. As for me, of course aku faham sebab aku memang pernah bekerja kat situ! Tapi, sahabat-sahabat aku yang di Unit Akaun, JPWP ni lah yang seems merungut sikit. Yelah, dengan nak buat kerja diorang lagi, lepas tu nak kena pergi PPW lagi bantu semak baucar, yang bagi aku tak mampu nak tandingi langsung kesibukan  bagi sape-sape yang pernah berada di PPW.

Can uols feel what I feel? Di JPWP, aku ditanya mengapa sampai tak tersemak langsung baucar-baucar tuntutan perjalanan sekolah, apa yang dibuat, sampai aku rasa apa yang aku jawab tu tak mampu nak menyamai keadaan sebenar di PPW. Then, bila di PPW aku ditanya lagi how’s the surroundings at JPWP, dan aku tak dapat nak nafikan that my heart still kat PPW! Tapi, aku akui kerja di JPWP lebih terurus sedikit kerana kita tidak dicampur-adukkan untuk melakukan pelbagai kerja (seperti di PPW). But, keseronokan di tempat kerja tu, aku belum perolehi lagi seperti mana aku di PPW. Pergi kerja, buat kerja, balik kerja. That’s all. Yang mana kalau aku di PPW, those things happened a day @ PPW, will remain sampai ke rumah, sampaikan aku boleh tersengih-sengih sendiri bila teringatkan semula keletah-keletah kitorang di pejabat. That’s what I really missed! Really, really, really…….hmmmm…….

Well, whatever it is, life must goes on. Teruskan kehidupan dengan positif. Fikirkan yang baik-baik, lakukan yang baik-baik. InsyaAllah, yang datang pasti yang terbaik.
Hihihi. Macam pernah dengar, kan ayat ni.

Ok lah. That’s all for now. Lain kali, aku cuba cari masa untuk keep updating my blog! Till then! Assalammualaikum!

#Salam kasih sayang!