Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Carian Google
Kadangkala, kehidupan ini bukan seperti yang diinginkan..segalanya
bagai teka-teki, rahsia yang tak terungkap, yang memaksa diri untuk menerima
semua dengan redha, seolah-olah ingin menguji sejauh mana kesabaran dan
ketaatan diri sebagai hambaNya menerima qada’ dan qadar.
Sering mendengar, kadangkala terlintas di
hadapan mata, bait-bait kata yang mengajak diri untuk bersabar, bina
kebahagiaan dengan apa yang sedia ada, bukan dengan apa yang diharapkan.
Benar, memang benar apa yang didengar, apa
yang terlintas.
Lantas, cuba, usaha untuk membina kebahagiaan
sewajarnya, seperti apa yang diiyakan.
Namun, sering hatinya dicarik, diguris,
mungkin tanpa sedar, tatkala kebahagiaan yang didambakan sedang usaha
diterbitkan.
Bagaimana ingin bertahan? Selama mana mampu
dikawal?
Dia hanya manusia biasa, yang kadangkala
ingin menjadi seperti Siti Khadijah, atau mungkin sesabar suri-suri yang ada,
yang pernah diuji sebegini rupa.
Kerana dia tahu, walau seberat mana yang dia
hadapi, pasti ada insan lain yang lebih hebat diduga. Dia mahu kuat. Dia mahu tabah.
Tapi, dia itu hanyalah dia. Hatinya hanya
mampu setakat yang ia mampu. Walau setinggi mana dia cuba untuk bertahan, walau
sejauh mana dia cuba untuk bersabar, dia kalah jika hatinya tewas.
#Salam
kasih sayang
No comments:
Post a Comment