Saturday, 30 March 2019

LONELY WEEKEND

Teks :  Azaliza Salmin


Assalammualaikum!

Kenapa tajuk entri aku macam tu kali ni?

Hahhaa..
Actually, aku tak lonely pun. Ada je anak-anak aku yang bertiga tu. :)
Cumanya yang lonely tu, nak menguruskan perjalanan menghantar pulang anak-anakku yang berdua tu pulang ke asrama. Tu yang I'm alone to do that things! Dua hala pulak tu!

Tapi, I take it as challenge! Tengah jadi single mom sekejap ni kan! Hihihi!

My hubby? Aku tak story pulak kat blog kali ni.

Well, if you look back at my entry two years ago, time camni berlangsungnya acara tahunan negara kita iaitu LIMA.
Dulu, LIMA'17, this time around, my hubby was also on his duties there, at LIMA'19. Almost two weeks, mehhh! Time school holidays plak tu! Hmmm, ate! Nak wat lagu mane?!! Udah gheja!

After all, sesekali jadi single mom ni, penat jugak! Tapi, ok la jugak. Belajor!

Till then!
Assalammualaikum!

Thursday, 21 March 2019

MEERACLE


Teks   :    Azaliza binti Salmin
Foto   :    Carian Google


Assalammualaikum!

Ok! Hari ni aku nak bercerita tentang satu produk terbaru yang aku #dropship dan sekaligus gunakan!

It’s a #Meeracle Serum & Cleanser! J
Yeah, that’s it! Zahira MacWilson as duta produk!
(tapi after 31.03.19, kontrak beliau dengan Meeracle telah tamat)...

Meeracle terdiri dari 2 item iaitu serum dan pencuci muka. Terbaru, ada lip matte, tapi belum dikomersialkan sangat pasal lip matte Meeracle ni. Biasalah, sesuatu produk ni kalua dah mula dipercayai dan diyakini oleh orang ramai, ia akan berdingkit-dingkit ke satu peringkat lagi, iaitu menambah koleksi-koleksi di dalam jenama itu sendiri.
Bagi aku, SEMUA orang akan menggunakan pencuci muka. Betul tak?!! Aku yang paling koman ni pun, dengan make-up semua tak pakai, tapi at least, bila bangun pagi and sebelum tidur atau balik kerja, mesti akan bersihkan muka dulu. Untuk kesegaran dan kebersihan kulit muka lah katakan! Betul tak?!
Ni dia Meeracle Serum tu!

Sedikit info mengenai kepentingan Serum, yelah, kot-kot ada orang yang macam aku ni tertanya-tanya ‘apekebende maksud serum tu’ kan…

Serum ni adalah sejenis cecair yang memberi pekatan yang mengandungi bahan aktif untuk menyerap masuk terus ke dalam kulit untuk menyihatkan kulit kita.
Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kita kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

SATU FAKTA PENTING!

Dengan Meeracle Serum, korang dah tak perlu dah nak apply krim atau pelembap yang lain! Lagi pula, Meeracle Serum ni sesuai dengan semua jenis kulit tau!! Dan yang paling best, ia tahan sehingga 2 bulan dan penggunaanya sangat-sangat menjimatkan masa nak-nak untuk mereka-mereka yang berkerja!

Hmmm! Best kan!??!

Jadi, jom kita sama-sama mulakan penjagaan kulit wajah kita dengan Set Meeracle yang #awesome! Set Meeracle ni berharga RM128.00 yang mana kalau nak beli loost harga Meeracle Cleanser ialah RM49.00 manakala Meeracle Serum berharga RM79.00.

Mampu milik punya!!

Korang boleh klik je link aku ni untuk terus sembang-sembang dengan aku! Tak kisahla kalau nak beli ke, nak tanye-tanye tentang #Meeracle ke, I’m free with it! InsyaAllah! This is it à  www.wasap.my/60165151421/meeracleme

Ok! Till then!

#Salam kasih sayang!

Tuesday, 5 March 2019

PETUA NENEK



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Korang tonton tak drama #PetuaNenek ?

Kalau tak tengok, hmm, rugi rugi.

Sebabnya, drama ni memang best! Seronok, taklah heavy sangat penceritaannya, dan yang paling penting, TAK KLISE! Seriously tak #klise I told you!

Jalan cerita yang funny, happy go lucky, penuh dengan petua-petua berguna yang aku rasa boleh diamalkan zaman sekarang ni sebab mesti ramai yang tak tau tentang adanya petua zaman dahulukala yang masih relevan untuk digunapakai nowadays!

Sejuta tahniah buat #AAidaProductionsSdnBhd sebagai penerbit, #AlongKamaludin sebagai pengarah cerita ni. Cerita yang sangattttttt santai dan terbaik untuk tontonan seisi keluarga! Budak-budak pun seronok tengok tau! Karakter ‘Abang Ucop’ yang bodo-bodo camtu, memang lawak la!

Tapi yang paling best dan yang paling aku suka, watak Qaseh lakonan Adibah Yunus memang menjadi! Ni watak happy go lucky tau! Ala-ala bodo pun ada gak sikit-sikit! Hahhhaa!

Pemilihan pelakon untuk karakter Nenek Embun pun aku rasakan terbaik sekali! Dia memang pandai berlakon untuk watak apa pun, kan!!
Ha! Yang kiri tu Rahimi 😄

Ending yang best! Babak sebelum ending tu yang aku rasa klimaks dan puas hati betul la! Babak tang Qaseh dihalau keluar oleh rakan serumahnya tu, lepas tu tak diendahkan oleh kawan baiknya Nash (lakonan Raja Afiq DFKL), dan ditolak mentah-mentah oleh Rahimi (tak tau nama sebenar pelakon ni), memang sedih time ni!

Tapiiiiii, dia punya ending tu sangat memuaskan hati! Cara dia solve the klimaks tu, pehhh, blushing, touching dan macam-macam la!

Saya suka! Saya suka! Saya suka!
Haaaaaaaaaaaaaa!

Nampak tak drama macam mana yang tak dapat kritikan aku langsung! Hahaha!
Fun and easy!

Tahniah #TV3 sebab tayangkan drama ini #PetuaNenek untuk slot Dahlia!
Baru lah lain dari kebiasaan yang #klise ! J

Ok lah! Bye!

#Salam kasih sayang!

Thursday, 28 February 2019

WAKTU BEKERJA FLEKSI


Teks   :    Azaliza binti Salmin
Foto   :   Carian Google

Assalammualaikum, uols!

Yeahh! Starting 1st Mac 2019 tomorrow, waktu kerja berperingkat 1, 2, dan 3 akan diubah kepada Waktu Bekerja Fleksi (WBF). WBF ni memerlukan semua penjawat awam masuk kerja in between 7.30am till 8.30am. Maksud aku, kena thumb print masuk/punch card masuk pada tempoh itu. Jangan lebih 8.30am !! That’s the rules! Kalau terlebih, ko dikira lewat la.

So, kalau dh thumb print in before 7.30am atau tepat-tepat 7.30am, ko boleh balik jam 4.30pm. Sekiranya thumb print in after 7.30am till 8.30am, masa ko balik ialah selepas 9 jam bekerja dikira selepas ko thumb print in pagi tu. Err, ermm, faham tak?

Aku bagi contoh ye.

                 " Arissa datang kerja dan mengetik waktu masuk pada jam 7.50am.
                    7.50am + 9 jam waktu bekerja = 1650 which is 4.50pm.
                    Maknanya, Arissa layak mengetik waktu pulang pada 4.50pm. "

Haaaa, camtu. Faham ke faham?!! J

And so, say welcome to Waktu Bekerja Fleksi!! Best, kan!!

P/S à I am a punctual workers and my kehadiran tak pernah merah TANPA sebab asbab yang munasabah! Chill yo! J
Ini bukan ayat kerek, ok! This is me cos’ I love my job! Cheers!

#Salam kasih sayang!

Monday, 25 February 2019

HoLA 2019!


Teks   :    Azaliza binti Salmin





Assalammualaikum!

Hai, semua! Apa khabar?

Aku sihat-sihat sentiasa. Alhamdulillah.

Apa?!

Tak tanya pun?!!?

Hahahaha!

Well, Happy New Year, peeps! Late wished, huh! Nak masuk bulan Mac dah oiii!

Awal bulan Februari 2019 yang lepas, aku telah ditukarkan tugasan kerja tau! Aku dah tidak bertugas di Kaunter Hasil, dah! Aku buat kerja lain pula! Kira gaji cikgu! Hihihi! Yeah, that’s what I want, to learn new things pula! Key in gaji orang! Belajar, beb!

Setakat ni, boleh la. Seronok! Yela, baru lagi, seronok la! Satgi 3–4 bulan nanti, hmm taktau lah!

Well, my own! Lagi 3-4 bulan nanti, post entri tentang ni semula ya! #throwback
Hahaha!

Ok la! Sampai sini dulu my introduction 2019! Mmuahh!

#Salam kasih sayang!

Wednesday, 26 December 2018

PULAU TIOMAN - part 3



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

AKTIVITI HARI KEDUA

Ok! And the day started!

Around 9am, kami naik teksi (Kembara, RM25/= sehala) untuk ke Jeti dan seterusnya naik bot bagi mengikuti aktiviti-aktiviti di dalam pakej yang kitorang ambil.
Ready nak naik bot!

Ada enam (6) tempat kitorang pergi dalam pakej ni. Coral Beach, Batu Malang, Shark Point, Salang, Taman Laut, and one more place aku lupa nama tempatnya. Tapi tempat tu just pergi and menyelam tengok coral. Kalau taknak menyelam, ko duduk je atas bot tu. Macam hubby and my youngest! J

Oh ya! Pakej yang aku ambil ni under Chatered Package, RM340/=. Kalau taknak chatered pun boleh, dewasa RM80 kanak-kanak RM30 (lebih kurang). Tapi, bot kongsi-kongsi dengan tourist lain. Kalau chatered ni, itu bot engkau yang punya! Hihihi. Tapi ade la orang yang tolong bawa.
Subhanallah!😍

Dekat Coral Beach ni, ya Allah! Cantik sangat pemandangan dan kebiruan lautnya, Subhanallah! Tempat yang paling cetek pun still ikan-ikan tak takut untuk datang dekat! Seronok tau! Anak kau yang kecik kalau takut nak ke tengah pun boleh nampak and acah-acah nak pegang ikan tu! Serious!
My boys! 😍😎

Lebih kurang sejam mandi-manda kat Coral Beach, tengok ikan guna gogle, memang best! Then, kitorang dibawa ke Batu Malang. Sebab apa dinamakan Batu Malang, aku pun tak tau. Rasanya, budak yang bawa kitorang tu ada beritahu sebabnya tapi aku lupa! Hihihi!
Di Batu Malang ni, kitorang menyelam. Bukan diving betul-betul sampai bawah tu, kalau ko pandai menyelam, ok la! Yang suam-suam suku macam aku ni, setakat menyelam gaya meniarap tu, pun dah nampak bawah laut tu dah seronok yang amat! First time tu! Nampak coral bawah laut, yang bentuk macam Rafflesia pun ada. Tak jejak kaki tau! Tapi pakai jaket keselamatan la, baru berani! Hahaha!

Lepas tu, kitorang di bawa pula ke Shark Point. Sebelum sampai Shark Point ni, bot akan berhenti di satu tempat untuk tengok shark melompat-lompat. Itu kalau kau bertuah la. Ala, yang macam doplphin melompat tu, tapi ini shark yang melompat. Kata budak tu laaaa. Aku ada ambil video shark tu tengah seronok lompat, tapi tang video tu, depa dah nak abih lompat. So tak nampak sangat lompatan depa. Hahahaha!
Kena berani, kalau tak rugi! 😀

Di Shark Point ni sama macam kat Batu Malang. Bot diberhentikan dan tourist silalah menyelam melihat keindahan bawah laut. Memang cantik, Subhanallah! Jangan risau, nama je Shark Point tapi shark kat situ baik-baik. Kata budak bawa bot tu lagiii! J J J

Ok! Lepas abis menyelam kat Shark Point tu, memang betul-betul lunch hour. So, kitorang dibawa ke Salang untuk makan tengahari. Kat sini jeti keempat kalau dari Mersing atau Rompin (like I said in previous post). So, banyak kedai makan, souvenir kat sini. Isi perut dulu, rehat-rehat, then sambung aktiviti semula!

Si kecilku memang suka tengok ombak laut 😄

Selepas lunch di Salang, kami dibawa ke Taman Laut. Haa, kat sini kita turun dari bot juga. Boleh melawat Muzium Taman Laut, berenang dan bagi ikan makan. Actually, masa menyelam dan di Coral Beach, kalaau korang ada bawa roti siap-siap, boleh je bagi ikan-ikan makan. Berdesup ikan datang bila kat tangan ko ada roti. Jinak! Hihihi. Cuma dekat Taman Laut ni, memang ada tempat khas la kononnya untuk ko bagi makan ikan. And katanya, ikan kat Taman Laut besau-besau! Aku tak tau lah, sebab kat Taman Laut aku and anak-anak mandi laut je. Lagipun nak ke tempat bagi makan ikan tu, tengah sangat. Tak bawa roti pulak tu. So, korang yang nak ke sana, ingat! Bawa roti!
Taman Laut

Oh ya! Masa yang diperuntukkan adalah terpulang kat korang. Batu Malang, Shark Point dan semua lah, kalau korang rasa dah puas, beritahu budak yang bawak bot tu. Depa tak tetapkan masa pun except di Coral Beach, 1 jam. Ala, lebih pun diorang tak kisah rasanya.

Selepas Taman Laut, kami dibawa ke …. tak ingat la nama tempat ni, untuk menyelam juga, tapi kitorang tak turun pun sebab nak hujan dah masa tu. Dekat atas darat tempat ni ada replika burung tiong (kalau tak silap aku). Haaa, tengok gambar kat bawah tu, kat situ la tempat terakhir yang kami sampai. Oleh kerana kami taknak terjun dan menyelam, kami terus ajak budak bawa bot tu balik sebab awan dah memang gelap macam nak ribut sangat.

Aktiviti yang kami lakukan hari tu berakhir lebih kurang jam 3 petang. Betul-betul hujan lebat turun sesampai je kami di tempat kami naik bot tu. Then, naik Kembara dan pulang ke Selesa Tioman Apartment, free and easy.

Aktiviti lepas hujan berhenti, my boys mandi swimming pool pulak!! As for me, sengal-sengal badan, lenguh kaki dan tangan terus melanda kerana seronok menyelam dan berenang di tempat-tempat yang diceritakan di atas. Hahhahaha! Bak kata my husband, ‘tadi, mama lah juara!’ Sebab lepas balik dari aktiviti in those pakej, aku yang terbongkang dalam bilik! Hahaha!
Depa ronda naik motor sampai sini!

Burung tiong kan?! Hihi

Suami aku and anak-anak ronda naik motor di kawasan sekitar yang berhampiran sambil membeli makanan untuk makan malam kami. Kebetulan, ada pasar malam masa tu, aku tak tau kat mana sebab tak ikut, tapi hubby cakap kat kawasan yang ada replika burung tu.
Malam tu, kitorang tak keluar sebab makanan dah ada. Kitorang tengok movie through my hard disc. Heh heh heh! Bijak ke bijak?!
Depa ronda sampai sini lagi tau! 😀 Tadi naik bot sampai sini gak!

Ok! Perjalanan cerita dah sampai ke hari terakhir. Gambar-gambar disimpan sebagai kenangan. 😊

 To be continue ya, untuk hari terakhir pula!
  
#Salam kasih sayang!


Crystal clear water!



Aku memang suka berenang & mandi laut! My swimming attire is from #Misclaire ! 😉




Monday, 24 December 2018

PULAU TIOMAN 2018 - part 2


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Ok! Aku sambung cerita post sebelum ni!

Sampai di Jeti Tg. Gemok, Rompin, aku terus cari kaunter Bluewater untuk ambil tiket feri yang telah ditempah melalui pihak Selesa Tioman Apartment sebelum ni. Tapi kan, kaunter tu dah bukan namanya Bluewater, tapi ape ntah, aku pun lupa. Tapi memang takde pun papan tanda tulis Bluewater Company masa tu. So, tanya Customer Service kat situ la.
Memandangkan aku sampai takde la awal sangat, jadi kitorang tak tunggu lama pun. Dalam setengah jam macam tu, feri pun sampai.

Perjalanan dari Tg. Gemok ke Jeti Tekek mengambil masa 2 jam lebih. So, standby ubat mabuk awal-awal untuk mereka yang tak biasa dengan ombak debushh debashh dalam feri tu. Hihihi.

Untuk ke Pulau Tioman, ada 4 perhentian jeti. Tekek adalah perhentian ketiga.  Yang akhir sekali ialah Salang. Yang pertama dan kedua, aku sudah lupa la nama hentian tu!! Hahaha!
So, korang kena tau kat hentian mana perlu turun untuk sampai ke tempat penginapan yang korang dah booking tu. Lain hotel, lain hentian dia, k! Kumpul info-info tu semua dari hotel / tempat penginapan korang sebelum bertolak. J

Sesampai je di Jeti Tekek, akan ada banyak teksi-teksi yang menunggu. Takdelah, banyak sangat, tapi kalau korang dah deal ngan hotel untuk dapatkan satu kenderaan untuk bawa ke hotel, diorang dah siap-siap tunggu di luar jeti. As for me, aku memang saje je nak bagi anak-anak merasa naik Fortuner, dok tang belang tu, so alhamdulillah, dapat gak diorang merasa deruan angina tanpa bumbung atas 4WD tu. Hihihi.

Tapi tu la, yang tak berapa syoknye, pemandu teksi ni walaupun hotel dah suruh ambil kami je, diorang pandai! Yelah, nak cari income lebih kot, so masa time nak ke hotel tu, kami berkongsi dengan 2 orang tourist lain. Redha je laa asalkan anak-anak happy dok belakang. J
Selesa Tioman Apartment

Selesa Tioman Apartment, memang best! Servis pun tiptop. Maybe sebab bukan musim cuti, customer pun tak ramai. So, layanan kepada kami memang best lah! Hihihi. Boleh dikatakan macam tourist guide staf-staf di sana. Diorang sendiri admit, kalau musim cuti sekolah, memang diorang sendiri tidak terlayan. Hahhaa! Best timing aku pegi nihh!
So, petang sampai tu, kitorang tak gi mana-mana. Berendam di kolam renang je sambal mencari info tentang pakej-pakej aktiviti yang ada di Pulau Tioman tu. Survey dan cari dengan pihak hotel je, sangat membantu dan senang!

Kitorang ambil pakej yang mampu je dan mengikut bajet yang ada tapi banyak juga aktiviti yang disediakan. Ok la tu kan! Bercuti semampu kte je, buat ape nak pening-[ening kepala, rite?!! J

Malam hari pertama gak mencabar sikit sebab nak cari kedai makan cam payah nak bergerak. Kitorang sewa motor RM60/= untuk 24 jam. Motor pun alahaiii, hat Boon Siew tu! Hihihihi. Ok la asalkan dapat gerak. Tapi, malan hari pertama tu kitorang minta hotel untuk panggilkan shuttle bawa kitorang ke bawah nak cari makanan. Selesa Tioman Apartment ni letaknya cam atas bukit sikit, that’s why nak makan tu kena turun bawah. Hihihi.
Ni la shuttle Berjaya Hotel :)

Gambar tak berapa nak clear! Hihi!
Tu pasal aku cakap, sebab bukan musim cuti sekolah, shuttle pun ok je bila pihak hotel panggil untuk bawa kitorang ke bawah (sebab shuttle ni Berjaya yang punya!). Kalau tak, korang kena tunggu shuttle tu datang every 30-45 min camtu. Hmmm, so lucky alhamdulillah.
Ni kat Berjaya Hotel. Shuttle hantar sampai sini je,
pastu menapak la kitorang ke warung makan.



Lepas shuttle hantar sampai ke Berjaya Hotel, kitorang pun menapaklah ke warung yang paling dekat. Jauh jugak wehh menapak tu. Tapi takpe, exercise!







Lepas makan, menapak ke Berjaya Hotel dan shuttle pun hantar balik ke Selesa Tioman Apartment! Gitewww.

Okeh! To be continue!

#Salam kasih sayang!