Teks :
Azaliza binti Salmin
Assalammualaikum!
Ok! Aku sambung cerita post
sebelum ni!
Sampai di Jeti Tg. Gemok,
Rompin, aku terus cari kaunter Bluewater untuk ambil tiket feri yang telah
ditempah melalui pihak Selesa Tioman Apartment sebelum ni. Tapi kan, kaunter tu
dah bukan namanya Bluewater, tapi ape ntah, aku pun lupa. Tapi memang takde pun
papan tanda tulis Bluewater Company masa tu. So, tanya Customer Service kat
situ la.
Memandangkan aku sampai
takde la awal sangat, jadi kitorang tak tunggu lama pun. Dalam setengah jam
macam tu, feri pun sampai.
Perjalanan dari Tg. Gemok
ke Jeti Tekek mengambil masa 2 jam lebih. So, standby ubat mabuk awal-awal
untuk mereka yang tak biasa dengan ombak debushh debashh dalam feri tu. Hihihi.
Untuk ke Pulau Tioman, ada
4 perhentian jeti. Tekek adalah perhentian ketiga. Yang akhir sekali ialah Salang. Yang pertama
dan kedua, aku sudah lupa la nama hentian tu!! Hahaha!
So, korang kena tau kat
hentian mana perlu turun untuk sampai ke tempat penginapan yang korang dah
booking tu. Lain hotel, lain hentian dia, k! Kumpul info-info tu semua dari
hotel / tempat penginapan korang sebelum bertolak. J
Sesampai je di Jeti Tekek, akan ada banyak teksi-teksi yang menunggu. Takdelah, banyak sangat, tapi kalau korang
dah deal ngan hotel untuk dapatkan satu kenderaan untuk bawa ke hotel, diorang
dah siap-siap tunggu di luar jeti. As for me, aku memang saje je nak bagi
anak-anak merasa naik Fortuner, dok tang belang tu, so alhamdulillah, dapat gak
diorang merasa deruan angina tanpa bumbung atas 4WD tu. Hihihi.
Tapi tu la, yang tak berapa
syoknye, pemandu teksi ni walaupun hotel dah suruh ambil kami je, diorang
pandai! Yelah, nak cari income lebih kot, so masa time nak ke hotel tu, kami
berkongsi dengan 2 orang tourist lain. Redha je laa asalkan anak-anak happy dok
belakang. J
![]() |
Selesa Tioman Apartment |
Selesa Tioman Apartment,
memang best! Servis pun tiptop. Maybe sebab bukan musim cuti, customer pun tak
ramai. So, layanan kepada kami memang best lah! Hihihi. Boleh dikatakan macam
tourist guide staf-staf di sana. Diorang sendiri admit, kalau musim cuti
sekolah, memang diorang sendiri tidak terlayan. Hahhaa! Best timing aku pegi
nihh!
So, petang sampai tu,
kitorang tak gi mana-mana. Berendam di kolam renang je sambal mencari info
tentang pakej-pakej aktiviti yang ada di Pulau Tioman tu. Survey dan cari
dengan pihak hotel je, sangat membantu dan senang!
Kitorang ambil pakej yang
mampu je dan mengikut bajet yang ada tapi banyak juga aktiviti yang disediakan.
Ok la tu kan! Bercuti semampu kte je, buat ape nak pening-[ening kepala,
rite?!! J
Malam hari pertama gak
mencabar sikit sebab nak cari kedai makan cam payah nak bergerak. Kitorang sewa
motor RM60/= untuk 24 jam. Motor pun alahaiii, hat Boon Siew tu! Hihihihi. Ok
la asalkan dapat gerak. Tapi, malan hari pertama tu kitorang minta hotel untuk
panggilkan shuttle bawa kitorang ke bawah nak cari makanan. Selesa Tioman
Apartment ni letaknya cam atas bukit sikit, that’s why nak makan tu kena turun
bawah. Hihihi.
![]() |
Ni la shuttle Berjaya Hotel :) |
![]() |
Gambar tak berapa nak clear! Hihi! |
Tu pasal aku cakap, sebab
bukan musim cuti sekolah, shuttle pun ok je bila pihak hotel panggil untuk bawa
kitorang ke bawah (sebab shuttle ni Berjaya yang punya!). Kalau
tak, korang kena tunggu shuttle tu datang every 30-45 min camtu. Hmmm, so
lucky alhamdulillah.
![]() |
Ni kat Berjaya Hotel. Shuttle hantar sampai sini je, pastu menapak la kitorang ke warung makan. |
Lepas shuttle hantar sampai
ke Berjaya Hotel, kitorang pun menapaklah ke warung yang paling dekat. Jauh
jugak wehh menapak tu. Tapi takpe, exercise!
Lepas makan, menapak ke Berjaya Hotel dan shuttle pun hantar balik ke Selesa Tioman Apartment!
Gitewww.
Okeh! To be continue!
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment