Sunday, 6 August 2017

WHY?

Teks   :           Azaliza binti Salmin


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!! PLEASE, DON’T!!



Hmm, setiap kali entri, I’m gonna put this word above all! Please, please, my own!!

Agak-agak korang yang tahu tentang ‘Big Why’ ni, korang akan faham. Hihihi. Untuk yang tak tahu, nanti korang akan tahu juga. Alah, dah viral juga dah sekarang ni tentang ‘Big Why’. Ia macam secebis kata-kata semangat untuk diri sendiri when u're doing something good especially when it comes to make a changes to yourself for a good or even better future.

Ok lah, aku share ngan korang apekebende yang aku nak buat. Peringatan untuk diri sendiri jugak!

1st à   TOLONGLAH, my own! TOLONG BERHENTI MAKAN / MINUM BENDA-BENDA MANIS! Nope! Ko mulakan dulu dengan berhenti minum air manis! Please, please! Kalau tak boleh nak buat serta-merta, do it one by one! So, first things above all, SILA MINUM AIR MASAK SAHAJA! Boleh??! I know you can, because you’ve did it once! Remember? Atkins?! Haa! Kan!

2nd à  MAKAN NASI ONCE A DAY! Please, please! Even husband ko bawak balik lauk best-best and you did masak nasi for your husband and child, ko just ratah je lauk-lauk, please! Nasi kalau ko dah makan tengahari, takyah makan lagi dah, ok!! Please, please! You can do it! Kang kalau nak stop karbo serta-merta, there’ll come your excuses! So, mulakan perlahan-lahan, PLEASE!!!

3rd à   ……….ermmm,..?? Buat yang dua ni je dulu! Make sure konsisten! Please! Jangan lupa put that ‘Big Why’ in every entries after this! Please, my own dearie!!

Semoga kuat! Berjuang untuk diri sendiri! Chaiyok!

Bye!


#Salam kasih sayang!
please be BIG my WHY ~~~😓

Saturday, 5 August 2017

Love Vivy

Teks   :        Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, sahabat-sahabar surfers!

Aku sekarang ni rajin melayari blog Vivy (haa! Ada yang tak kenal Vivy?) J. Dia seorang wanita yang mencipta nama bermula dengan blogging, lepas tu membuat jualan fesyen secara online, lalu sangat berkembang sehingga hari ini! Dia adalah ikon fesyen yang sangat disegani di Malaysia. àFashion Valetß

Aku pulak start follow blog dia (Proudduck.com) lepas tengok siri in person ‘bout her à Love Vivy ß J Tapi aku tonton dah time Series 2! Hihihi!

Best! Siri tu menceritakan lepas dia jadi terkenal dengan Fashion Valet, about her life, her works, & her blogs! That’s why aku surfed blog dia, then jatuh cinta pulak nak menyelusuri bagaimana dia bermula sebelum famous gila!

She started blogging in 2008, masa tu dia masih study kat London (LSE-London School of Economics & Political Science). She took Law ok, not fashioned! But she’s really into fashioned when she started her blog. No wonder la, bagaimana dia boleh jadi ikon fesyen sekarang ni!

Sekarang ni aku dah baca sehingga tahun 2010. Rasa macam sayang nak skipped even one of her entries walaupun tahun 2010! Aku saje je nak tau tentang dia dan kehidupannya serta bila kejayaannya bermula through Fashion Valet.

Kadang-kadang, kita sendiri bole ter’inspirasi dengan kejayaan seseorang melalui pembacaan. J

Have fun, guys!


#Salam kasih sayang!

Thursday, 3 August 2017

BULI

Teks   :        Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum, hi guys!

Sekarang ni, trend atau kes buli sangat-sangat hot. Dah macam musim pulak. Kalau buang bayi, memanjang dengar berita tentang kes buang bayi. Kalau buli, berderet-deret kes buli, video buli, yang tular kat media sosial. Bermusim, kan?!

Terbaru, kes buli yang melibatkan pelajar perempuan di Kunak, Sabah. Hmm, speechless. Tak tau nak kate ape. Budak-budak nak membesar, nak tunjuk hero sikit.

Tapi, buli ni perlu disiasat dari akar umbi, maksud aku, punca pergaduhan tersebut. Kadang-kadang, yang memukul ni bukan yang memulakan. Ok, aku bagi contoh, si B ni budak biasa, pendiam dan berkawan seadanya. Si A pula, kuat main, sakitkan hati orang, tapi tidaklah memukul. A hanya gemar menggunakan mulut untuk menyakitkan hati. So, bila si B ni dah sampai tahap geram dan takleh nak sabar dah, B pukul si A ni! Geram sebab asyik dipermain-mainkan! Haa! Bila lebam tangan si A ni, orang akan lihat si B sebagai pembuli. Tetapi, hakikatnya si A yang buat si B pukul! Make sense tak?! Kan?!
That’s why benda-benda macam ni orang tak boleh terus jump into conclusion bila tengok kes buli. Hihi. Aku bukan ape, benda-benda macam ni kadang ter’crossed in my mind jugak.

Tapi, dalam kes buli pelajar perempuan di Kunak tu, atau mana-mana kes buli yang tular nowadays, kebanyakannya berpunca dari kes cemburu, kot. Ada juga kes buli yang macam nak tunjuk hero atau samseng. Hmm, tak taulah budak-budak sekarang ni.

Harapnya, dijauhilah gejala-gejala seperti ini dikalangan anak-anak kita.

Macam anak-anak aku, diorang terlalu minat dengan filem-filem Samsul Yusof. Aku yang tak berapa gemar. Yelah, KL Gangster, cerita taiko-taiko gangster, ah! Memang aku tak suka! Tapi anak-anak aku suka! Apa yang boleh aku lakukan, nasihat dalam bercerita tentang keganasan-keganasan yang macam ala-ala ‘bajet gerek’ je cerita-cerita gangster tu (??? what’s ‘m bubbling nih?!!)

Tapi, filem-filem seram Samsul Yusof aku boleh terima lagi. Hihihi.

Till then!


#Salam kasih sayang!

Wednesday, 2 August 2017

MY NEW BABY

Teks       :       Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum!

Haa! My new baby! Hihihi. Takdelah, sebenarnya bukan baby ape pun! Just tukar si Kancil aku tu je, kepada kembar die abad 21 nih! 😍😍😃

Yup, Kancilku got lots of probs & recently, it always happened & goshhh, my money also flew. Hihihi. So, lebih baik aku rehatkan Kancil aku tu & convert new. Tutup cerita.

Lumrah kehidupan. Baru akan bertukar lama, muda akan menjadi  tua, dan berbagai-bagai lagi la roda kehidupan ini.

Till then! 

#Salam kasih sayang!

Monday, 31 July 2017

Psstt! soalan BITK 2017 !

Teks   :        Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, hi guys!

Ok! Seperti yang dijanjikan sebelum ni (actually, it’s not a promise! J just wanna share!), aku kongsikan sedikit soalan BITK (Bayaran Insentif Tugas Kewangan) yang dapat aku rekod/ingat-ingat lupa/catat/etc, on the exam day aritu. Real soalan BITK tahun 2017 tau! Hihihi.

Oh ya! Sebelum tu, aku just nak bagitau, tujuan aku kongsikan di sini adalah untuk memberi gambaran sedikit sebanyak mengenai corak @ gaya soalan BITK yang tiap-tiap tahun aku amik! Haha! Memang sebelum ni, aku tak pernah nak cuba catat balik soalan-soalan BITK sebab kertas soalan takleh bawak keluar, beb! Tu dia, tahun ni, cheq cuba-cuba catat right after abih exam!

So, voila! Good luck!

Ya, ya i know! You are welcome! J

         Jeng jeng jeng !!!
Ehh! Lupa nak beritahu, aku kongsikan soalan-soalan sahaja tau! Jawapan sila cari sendiri sebab aku pun tak cari@semak lagi jawapan sebenarnya!! Hihihi!


1)      Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk melakukan pindah peruntukan Perbelanjaan Mengurus bagi perkara-perkara berikut KECUALI :-
(a)    Program
(b)   Dasar Baru atau One-Off
(c)    Aktiviti di dalam program yang sama
(d)   Objek am di dalam aktiviti yang sama

2)      Pelaksanaan Perakaunan Akruan akan menyebabkan Akaun Hasil Disatukan ditutup dan dihantar ke :-
(a)    Penyata Perubahan Aset Bersih / Ekuiti
(b)   Penyata Kedudukan Kewangan
(c)    Penyata Prestasi Kewangan
(d)   Penyata Aliran Tunai

3)      Baucar Jurnal hendaklah mengandungi dokumen-dokumen berikut KECUALI :-
(a)    Salinan baucar asal
(b)   Baki peruntukan mencukupi bagi tahun perbelanjaan itu dibuat
(c)    Surat kelulusan Perbendaharaan / Pegawai Kewangan Negeri disertakan
(d)   Nama Kementerian / Jabatan yang menyediakan baucar jurnal tersebut berserta nombor kepala dan pecahan kepala Jabatan

4)      Pilih urusniaga yang TEPAT mengenai Akaun Amanah :-
(a)    Kutipan tiket didebitkan ke Akaun Amanah
(b)   Pembelian mesin rumput dikreditkan ke Akaun Amanah
(c)    Bayaran penyelenggaraan mengurangkan baki Akaun Amanah
(d)   Pelaburan Simpanan Tetap Akaun Amanah direkodkan sebagai perbelanjaan


5)      Akaun Amanah hendaklah ditutup apabila :-
(a)    Telah mencapai maksud penubuhannya
(b)   Mencapai baki debit di Buku Akaun Amanah
(c)    Telah mencukupi tempoh hayat yang ditetapkan dalam Arahan Akaun Amanah

(d)   Tidak aktif lagi untuk tempoh setahun

Saturday, 29 July 2017

M C y'alls!

Teks   :        Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum! Hi, guys!

Aku sejak dua tiga hari lepas dok usha-usha lagu-lagu hits sepanjang zaman spashly era 90’an. Ala, sesaje je. Si bujangku tu lately kerap download lagu-lagu masa kini, aku pun terjebak sama tetapi aku dengan lagu aku la. Hihihi.

Lagu-lagu zaman remaja meningkat dewasa. Cewah!

By the way, aku bukanlah peminat Mariah Carey, tetapi aku memang suka lagu-lagu nyanyiannya. Semalam, saje je tengok video klip lagu “Thank God I Found You” dendangan Mariah Carey berduet dengan 98’ Degrees.


Ape yang aku nak katakan, cantiknyeeee Mariah Carey dalam video klip lagu-lagu lama dia! Terserlah cantiknya dia! Kalau tengok yang sekarang, hmm, lainnyeeee! Cer kalau korang ada perasan iklan pasal cerita life dia kat chanel E! tu. Huishhh, jauh benar bezanya!

Yelah, maybe dia nak kekalkan kejelitaan dia, inject sana, inject sini. Kan?! Teknologi sekarang. Padahal, semua-semua tu lagilah membuat wajah nampak ‘plastik’ & scary!
Hihihi.
Berbeza, kan?! Memang berbeza! Hihihi

Till then!

#Salam kasih sayang!

Thursday, 27 July 2017

EXAM BITK 2017

Teks             :        Azaliza  binti Salmin

Assaammualaikum, guys! Salam Khamis yang indah buat semua!

Kelmarin, hari Selasa 25.07.2017, aku menduduki peperiksaan BITK (Bantuan Intensif Tugas Kewangan) buat kali ke …….. err, hehhehheh!

Nanti aku kongsikan beberapa soalan yang dapat aku ingat. Manalah tau, tahun-tahun depan ada yang mencari-cari contoh soalan BITK, ye tak?!

Oh! Aku menduduki peperiksaan itu di PICC, Putrajaya. Lunch hour aku luangkan masa bersama sahabat lama yang pernah kerja sebumbung sebelum ini but then naik pangkat & dipindahkan ke jabatan lain di Putrajaya. One of my best ‘kakak’ friend! J
BFF

We had some talks & chats. Supposed ade lagi 2 orang sahabat yang nak datang, tetapi tidak dapat datang due to sebab-sebab yang kitorang faham! J

Ok lah! Nanti aku share soalan BITK 2017 eii!
 Ehh??!! Aku tak story lagi la pasal my new baby eii?! What??! Baby?! Hihihi! Just wait ok!

(ape ke hal nye 'caption' pic tu font lagu tu?! den type "bff" sebenaqnya! huhuhu)

Till then!


#Salam kasih sayang!