Tuesday, 16 April 2024

Harga Emas Hari Ini

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum WBT ..

Hai, korang!

Nah! Aku nak kongsi di sini harga tertinggi setakat hari ini dalam tahun 2024 😊

😮😱

Nak cecah RM400 dah untuk 1 gram.

Masih berkira-kira untuk memulakan simpanan emas ke, kawan-kawan? Public Gold menyediakan platform yang mudah untuk kita semua mengumpul emas 999.9 berketulenan 24k, hanya dengan RM100 sahaja!

RM100 kita tukarkan kepada emas setiap bulan, konsisten menyimpan, insyaAllah pasti membukit jua.

Tinggi bukit takkan terjadi tanpa timbunan pasir sedikit demi sedikit.

Agitewwww hahaha!

Jom korang, mulakan sekarang sebelum terlewat lagi.

 

💪💪💪


~ pesan Mentor 😉

Jangan lupa! Daftar percuma Sahaja 😊

Klik >>>  https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang!

Saturday, 13 April 2024

MUDAHNYA DI PUBLIC GOLD


 

Teks    :           Azaliza Salmin

Kredit :           Norhasmizar Mokhtar / aidimanz

 

Assalammualaikum WBT ..

Jom aku kongsikan cara mudah memiliki emas di Public Gold 😊

 

KAEDAH MEMILIKI EMAS

 

Secara ringkasnya:

 

1️ OUTRIGHT (FULLPAYMENT)

* Sesuai jika ada bajet sekurang-kurangnya RM 1000

* Boleh mula dengan 1 dinar (4.25g) full payment

 

2️ OUTRIGHT (SEPP)

* Sesuai jika ada bajet bulanan sekitar RM 200

* Boleh mula dengan 1 dinar (4.25g) bayar 6x selama 6 bulan

 

3️ AKAUN EMAS GAP

* Sesuai jika tak suka terikat dengan komitmen

* Bajet kecil hingga bajet besar pun boleh.

* Boleh mulakan serendah RM100.

* Tiada upah simpan dan tiada had simpanan

* Boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri

 

4️ GAP AUTODEBIT (TERBARU)

* Konsep sama seperti GAP

* Sesuai untuk mereka yang ingin disiplinkan diri menyimpan setiap bulan

* Minimum RM 100 dan tiada had maksimum

 

Nota penting:

* Transaksi adalah secara terus ke akaun Rasmi Public Gold.

* Semua kaedah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors, diketuai Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi majlis penasihat syariah Bank Negara Malaysia.

 

https://publicgold.me/azalizasalmin/cara-bermula

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, 10 April 2024

KAYUHAN HAJI 2024

 


Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum WBT ..

Dalam kemeriahan kita berhari raya ni, misi Kayuhan Haji 2024 tetap diteruskan oleh Tn. Ahmad bin Isa, isteri dan seorang lagi peserta kayuhan. Semoga Allah melindungi mereka dan memudahkan urusan mereka bertiga.

Oh ya. Kalau korang memang mengikut entri aku, sebelum ni aku ceritakan ada 4 orang dalam misi ini. Tapi kalau tak silap aku di India kot, seorang peserta dinasihati untuk tidak meneruskan misi atas faktor Kesihatan dan usia beliau. Jadinya, tinggallah 3 orang.

Ok! Mereka sedang buka tempahan poskad Arab Saudi sebab diorang dah sampai pun di bumi Arab tu. Poskad tak banyak, ada 300 je. So kalau korang rase nak menyumbang untuk misi kayuhan diorang, boleh la klik link di bawah, ok!

https://ahmadbmi.my/order/form/158

Semoga hasrat mereka dirahmati Allah, dan semoga sumbangan dari kita semua ni juga diberkati oleh Allah. Aamiin aamiin YRA.

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

sekiranya link tempahan dah tak boleh nak klik, maksudnya tempahan telah penuh atau pun telah ditutup 😊



Tuesday, 9 April 2024

AKAUN GAP JUNIOR PUBLIC GOLD

 

   P/S > aku tak tau kenapa asyik error je bila nak insert image :(


Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum WBT ..

“SELAMAT HARI RAYA” buat semua pembaca 😊

Semoga lebaran kali ini membawa seribu kebahagiaan buat semua. Semoga anugerah Syawal kali ini seindah Ramadhan yang baru berlalu. Aamiin.

Jangan lupa buat para ibu bapa semua, ‘emas’kan sebahagian duit raya anak-anak anda. Simpan di akaun Junior GAP (Gold Accumulation Program), melewati masa-masa sepanjang pembesaran diorang, pasti bertambah-tambah nilainya nanti.

Ha, lain macam ayat aku tu hahahaa.

Emas, dua tiga minggu kebelakangan ni, dah hampir mencecah ke angka RM400 untuk 1 gram. Tapi belum lagi la, as for today (09.04.2024) 1 gram = RM386.00. Kalau korang ada RM100 pun dah boleh mula simpan emas. Meaning, korang akan ada 0.2591 gram emas dengan RM100 yang korang tukarkan di akaun GAP Public Gold.

Emas ni sangat bernilai. Kalau tak mula sekarang, bila lagi? Public Gold telah menyediakan satu platform yang ‘ter’paling mudah dan mampu untuk marhaen macam aku ni memiliki emas.

Marhaen macam aku ni yang tak mampu nak beli emas selepuk macam tu. 😊 Marhaen macam aku ni yang mampu untuk kumpul emas sedikit demi sedikit di akaun GAP. Cukup gram untuk ditukarkan, aku tukar.

Samalah juga dengan akaun GAP Junior, kawan-kawan. Simpan & tukarkan je duit raya anak-anak di situ, cukup 6 gram (contoh), keluarkan goldbar 5 gram. Kemudian kumpul lagi dan lagi.

Itulah fungsi akaun Gold Accumulation Programme (GAP). Tiada unsur riba’ sebab kita beli emas mengikut harga pada hari yang kita beli tu.

Suka aku nak beritahu lagi sekali, harga emas di Public Gold berubah setiap hari, mengikut harga emas semasa, harga emas dunia.

Kalau korang simpan hari ini, belum tentu sama harga emas pada minggu hadapan, atau bulan depan, dan seterusnya. Hari ni korang dapat 0.2591 gram dengan harga RM100. Mungkin bulan depan korang topap lagi RM100, mungkin pada Ketika itu harga 1 gram emas = RM390 (contoh).

RM390 = 1 gram

RM100 = 0.2564 gram

Jadinya, korang dah ada 0.2591g  (beli pada 09.04.2024) + 0.2564g (beli sebulan kemudian, contoh) = 0.5155 gram.

Keep saving. Jangan berhenti. Beli lagi dan lagi. Ada rezeki lebih, simpan lebih sikit. Insya Allah, percayalah. Usaha takkan mengkhianati hasil. 😊

 

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, 31 January 2024

ZIKIR AMALAN

 Teks    :           Azaliza Salmin

 Assalammualaikum WBT ..

It’s almost 1st of February this year.. Alhamdulillah, ya Rabb. Terima kasih di atas segala  kurniaan Mu 😊

Kawan-kawan, kita WAJIB teruskan kehidupan ini dengan berlapang dada, bersyukur dengan segala yang ada, jangan sesekali memperlekehkan orang lain, mempersenda orang lain, kekal sucikan hati kita dengan amalan-amalan soleh demi mencari keredhaan Allah Ta’ala.

Di awal tahun baru ni (walaupun nak masuk bulan 2 dah hahhaa), jom aku nak kongsikan dan nak mengajak korang untuk amalkan zikrullah ini setiap pagi. Cuba tau! Jadikan kebiasaan agar lama-kelamaan menjadi rutin kita setiap pagi.

 

1.    Subhanallahhiwabihamdihi subhanallahil’azim (100 kali)

2.    Allahummasolli’ala sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad (50 kali)

3.    Astaghfirullahal’azim, Allazila’ilaha’illa huwalhoiyyul qayyum wa’atubu’ilaih (100 kali)

 

We can do it! 😊

Till then!

Salam kasih sayang!

InsyaAllah, kita semua mampu! 💖 



Tak rugi jika diamalkan 😍

Wednesday, 27 December 2023

Pilihan di tangan kita

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT ..

Mode cuti still on! Tapi, apabila anak-anak dah meningkat dewasa ni apatah lagi yang sulungku tu dah berkerja, nak bercuti bersama-sama tu agak sukar dah 😊

Yelah, waktu berkerja kami tak sama. Dia cuti seminggu satu hari je. Biasalah tu, kalau kerja swasta. Just cherish, asalkan tak duduk goyang kaki je di rumah. Anak bujang, kan!

Ok! Berkaitan entri-entri aku yang sebelum ni, tentang kegelapan, solar storm dan sebagainya, aku berpendirian untuk bersedia dari segi persiapan. Bukan aku nak meng’iyakan semua tu, ada kemungkinan benda tu tak akan terjadi, wallahu’alam. Tetapi, bersedia  semampu kita juga tak salah. Kalau kejadian tu tak terjadi, alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Things and stuff yang kita dah prepared tu, kita guna je dalam kehidupan harian kita.

Bersedia kemudian tawakkal kepada Allah.

Frankly speaking, disebabkan perkongsian dari Tuan Abdul Khalid Abdul Aziz tu yang sedikit sebanyak mengubah aku, menyedarkan aku tentang akhir zaman ni. Aku tak kata aku percaya 100%, tidak! Tapi disebabkan perkongsian beliau, buat aku anxiety beberapa ketika. Aku jadi takut, cuak dan macam-macam perasaan lagi. Dari situ, aku mula perbaiki diri aku sendiri. Pernah terlintas di hati aku, ‘betul ke aku akan lalui akhir zaman ni?’ ‘Bersedia ke aku andai Allah tarik nyawa aku sekarang? Asbab tak nak melalui dahsyatnya fitnah akhir zaman?’

Kadang-kadang, ada benda yang menjadi titik punca kita berubah, walaupun sedikit cuma. Aku amat bersyukur pada Allah Ta’ala untuk itu.

Pilihan semua di tangan kita, samada nak mempercayai atau tidak, nak bersedia atau tidak, there’s Choice between Birth and Death. Betul tak?

Bagi aku, apa yang paling penting ialah hati. Kalau kita tak nak percaya sekalipun, usahlah kita memburuk-burukkan orang lain. Sekiranya kita nak percaya, janganlah terlalu taksub kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang akan terjadi nanti.

Yang penting, keimanan dalam hati perlu kita jaga. Perbaiki diri demi kebahagiaan di akhirat nanti. InsyaAllah.

 

Till then!

Salam kasih sayang!

Tuesday, 12 December 2023

Dah boleh start pakai mask

 


Teks       :     Azaliza Salmin


Assalammualaikum, korang!

Jom, biasakan diri untuk pakai pelitup muka apabila keluar rumah 😊

Kes kobid dah makin meningkat akhir-akhir ni. Anggap sebagai salah satu usaha untuk jaga diri kita sendiri.


#Salam kasih sayang!