Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT ..
Dalam kemeriahan kita berhari raya ni, misi Kayuhan Haji 2024 tetap
diteruskan oleh Tn. Ahmad bin Isa, isteri dan seorang lagi peserta kayuhan. Semoga
Allah melindungi mereka dan memudahkan urusan mereka bertiga.
Oh ya. Kalau korang memang mengikut entri aku, sebelum ni aku ceritakan
ada 4 orang dalam misi ini. Tapi kalau tak silap aku di India kot, seorang
peserta dinasihati untuk tidak meneruskan misi atas faktor Kesihatan dan usia
beliau. Jadinya, tinggallah 3 orang.
Ok! Mereka sedang buka tempahan poskad Arab Saudi sebab diorang dah
sampai pun di bumi Arab tu. Poskad tak banyak, ada 300 je. So kalau korang rase
nak menyumbang untuk misi kayuhan diorang, boleh la klik link di bawah, ok!
https://ahmadbmi.my/order/form/158
Semoga hasrat mereka dirahmati Allah, dan semoga sumbangan dari kita
semua ni juga diberkati oleh Allah. Aamiin aamiin YRA.
Till then!
Salam kasih sayang!
sekiranya link tempahan dah tak boleh nak klik, maksudnya tempahan telah penuh atau pun telah ditutup 😊 |
No comments:
Post a Comment