Wednesday, 21 November 2018

PULAU TIOMAN 2018


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Hai semua!

Pada 27hb Okt 2018 hingga 29hb Okt 2018 yang lepas, (pehh! Skemanya ayat! Hahha!) aku & family buat trip ke Pulau Tioman. Yeahh, that pulau ok! Sekarang ni, anak dah besar-besar, so family vacation kena yang adventurous sikit! Baru best!

Sebenarnya, nak blog pasal itinerary ke Tioman tu untuk uols out there yang sedang berangan-angan atau tengah plan nak ke Pulau Tioman. Boleh la jadikan panduan, betul tak?! J

Memang sebelum pergi, ko kena buat planning dan budget terlebih dahulu, survey2 aktiviti apa yang ada di sana, and all that. Sebab kalau setakat nak sightseeing je, takyah gi Pulai Tioman, ok! Faham? Hihihi, up to you sebenarnya. J

Ok! First sekali, of course ko kena booking dulu tempat mana ko nak menginap. Yang ni, pandai-pandai uols ye! As for me, aku stayed at Selesa Tioman Apartment, booking through Agoda. Cari yang murah & ada pool. Sebab apa nak ada pool? Sebab kalau hujan & tak dapat mandi laut, boleh mandi swimming pool! Yeahh, that’s me!

#SelesaTiomanApartment hanya RM155.00 untuk 1 malam, selesa sangat untuk aku 5 beranak sebab ada 2 bilik which consist 1 queen & 1 single bedding. Aku bawa siap-siap sleeping bag in case nak guna. J

Setel pasal tempat berteduh. Tapi, kena fikir jugak transport dari jeti untuk ke hotel tempat menginap, ok! Yang ni, aku arranged siap-siap dengan pihak hotel, suruh dia booking transport untuk aku dari jeti.

Dekat Tioman ni, transport which they called taxi, ada 2 jenis je tau. Kembara (RM25/=) & 4WD (Fortuner kalau tak silap) RM45/= sekali perjalanan.

Ok. Jeti untuk ke Tioman ni ada 2. Satu dari Mersing dan 1 lagi dari Tg. Gemok, Rompin. Harga tiket feri dari Jeti Tg. Gemok ke Pulau Tioman ni RM70/= untuk dewasa dan RM40/= untuk kanak-kanak (11 tahun ke bawah) pergi dan balik. Guys, tahun 2018 tau masa aku pergi ni! Kalau korang pergi dah tahun 2020, I dunno the recent price! Hihihi!

Sebab apa aku naik dari Jeti Rompin? Sebab aku dari KL, lagi dekat rasanya. Bertolak dari rumah pukul 5.00 pagi camtu, sampai Jeti Rompin around 11 pagi. Feri bertolak jam 11.30 pagi. Tiket feri ni pun aku suruh pihak hotel yang booking, sampai jeti terus gi kaunter & bayar. Bukan apa, sebelum aku ke Tioman pun, aku ada survey2 blog mereka2 yang pernah ke sini. Ada yang menyatakan tiket feri ke Tioman perlu booking awal, supaya ko takdelah dok melangut menunggu feri. Kena prepare awal-awal sebelum pergi, ok!

Ok! To be continue!

Kat bawah ni aku share sikit gambar-gambar di sekitar Selesa Tioman Apartment!


Selesa Tioman Apartment


Dari balkoni apartment
Si bujang sulung 😍

Perjalanan yang panjang..aku buka google maps utk ke Jeti Tg. Gemok, Rompin..kalau dah sampai simpang ni, korang dah dekat dah 😉

Dalam feri sebelum mabuk laut! Senyum lagi! Heh heh!


#Salam kasih sayang!

Saturday, 13 October 2018

~~ aSRaMA (part III) ~~



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Hihihi. Again, tentang kehidupan di asrama.

Yeap! Kalau kita kenang semula zaman-zaman ketika kita di asrama, lepas tu, insiden-insiden menyedihkan zaman sekarang ni juga tentang kehidupan di asrama, pelbagai perasaan dan pemikiran menular dalam kepala kita. Ada gembira (mostly zaman-zaman kita la), dan sangat menakutkan (zaman sekarang ni) untuk dibayangkan apatah lagi kalau kita adalah parents yang tergolong dalam golongan yang nak hantar anak berdikari duduk di asrama. Kan?!!

Kes-kes buli, terutama untuk budak lelaki, sampai ada yang meragut nyawa, huiishh, na’uzubillahhiminzalik! Minta dijauhkan, ya Allah!

Terapkan dalam jiwa anak-anak tentang kehidupan atau tujuan sebenar duduk di asrama, konsep atau apa yang patut dan perlu dilakukan kalau ada unsur-unsur buli dalam pergaulan bersama rakan-rakan ketika di asrama mahupun sekolah, itu adalah benda atau perkara yang paling utama kita sebagai ibu bapa patut asuh dalam diri anak-anak kita, terutamanya anak lelaki. Selebihnya, berserah dan tawakkal pada Allah Ta’ala.

Aku mendoakan agar anak-anak aku yang bertiga tu serta anak-anak korang semua mempunyai jati diri, semangat, dan keyakinan yang tinggi dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar di kala ini. Tidak gentar dengan sesuatu yang bisa ditangani dengan ketajaman akal fikiran, serta meletakkan iman mendahului segala-galanya. Aamiin aamiin insyaAllah.

#Salam kasih sayang!

Thursday, 11 October 2018

~~aSRaMA (part II) ~~


Teks   :    Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum!

Salam Khamis, uols!

Well, maaf la untuk entri sebelum ni. It was just my opinion to some people out there. Yela kan, masing-masing mempunyai pendapat masing-masing.

As for me, sebenarnya bagi aku, aku rasa by sending our child to boarding school, dapat mendidik mereka untuk menjadi lebih berdikari, belajar untuk menguruskan diri sendiri, well maybe I can say, to build up their confidence in managing their own lives.

Bukan maksud aku kalau tak duduk asrama, tak boleh buat semua-semua tu, tak boleh uruskan diri sendiri. Bukan. Tapi, kalau ko ada anak lelaki, ada ko suruh dia basuh baju sendiri? Kemas katil, iron baju?

Or maybe, aku sorang je kot yang tak suruh anak jantan aku buat semua tu. Maybe. Hihi.
Apepun, yang paling utama sebenarnya, masa belajar diorang yang duduk asrama ni lebih teratur. Prep, and all that, bukan semua tu berlaku kalau diorang dok rumah! Well, untuk anak aku la. Anak orang lain semua scheduable!

TETAPI, kalau ada rezeki anak aku dok asrama, ada la. Kalau takde, tak dok asrama la. As simple as that cos’ Allah Ta’ala sebaik-baik pengatur kejadian. Kita hanya merancang je. Kan!!?
Till then!


 #Salam kasih sayang!

Friday, 28 September 2018

~~ aSRaMA ~~


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Hi, guys! Apa khabar? Lama sungguh aku tak ber’blogging. J

Well, mood aku sekata je sekarang nih. Bukan ape, untuk mak-mak macam aku yang ada anak yang akan naik ke tingkatan 1, atau tingkatan 4, macam-macam perkara yang perlu difikirkan.

To cut it short, pasal asrama. Yeahh, boarding school.

Apa masalahnya kalau kita sebagai ibu bapa, nak hantar anak kita masuk ke sekolah asrama? Ok, sekarang aku nak fokus pada anak yang masuk tingkatan 1.

Statement seperti, “kenapa nak hantar asrama?” “nak bagi jadi orang?” “ ya Allah, jauhnya hantar!” ”hantar asrama bukan atas kehendak anak tu sendiri, kesian dia”  and bla bla bla. Apa masalah korang eii?

Hmmm. terpulang pada pemikiran masing-masing. If you feel like you don’t want to let your child been separated from you, than keep them at home! Pastu, takyah la ko nak tanya or say out loud your opinions tentang hantar anak ke sekolah asrama just because ko rasa kalau hantar anak ke asrama tu untuk budak-budak yang bermasalah je! Hello! Budak-budak straight A’s pun confirm akan pilih untuk masuk sekolah berasrama untuk sambung belajar, ko tak pikir?! And those brilliant tu ko rase ade masalah ke, or belum jadi orang sepenuhnya?! Pfttttttt!

Kadang-kadang tak faham dengan pemikiran segelintir orang macam ni.

 #Salam kasih sayang!


Wednesday, 20 June 2018

KETIKA CINTA MENYENTAP - KOLEKSI TARBIAH SENTAP


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Happy Wednesday, guys!

Cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas, aku beraya di kampung belah my other half! Kat Taiping, Perak. This year was his side’s turn. So, #teamrayaperak lah kami! J

Aku bukan nak cerita pasal suasana Hari Raya pun! Hihihi. Aku nak story pasal satu novel aku pinjam dari anak buah husband aku.

Nah! Koleksi Tarbiah Sentap à “Ketika Cinta Menyentap”.

Pehh! That was my 1st time reading their collections! Dan dan abis baca terus aku nak kumpul koleksi dia sedikit demi sedikit. InsyaAllah!

Dah usia-usia macam ni, novel-novel cinta tak main dah! Huhu!

Seriously, memang dah tak berapa minat nak baca novel cintan-cintun, tajuk ala2 klise cam sebelum-sebelum ni. Maksud aku, “Suamiku Abang Bomba”, “Suami Aku Ustaz”, “Awak Sayang Saya Tak”, dan yang seangkatan dan selari dengannya lah!

Malah, bagi aku, remaja-remaja sekarang ni pun patut baca novel-novel yang berbentuk atau lebih ke arah ilmiah, yang mana sedikit sebanyak dapat membantu membentuk peribadi terpuji remaja Muslim.

Betul!

Macam novel “Ketika Cinta Menyentap” ni, banyak info-info berguna yang lebih ke arah keagamaan diterapkan dalam penulisan. Aku rasa, bagi remaja yang sedang meningkat naik, atau lebih kurang macam sedang nak membesar, tercari-cari haluan diri, elok sangat kalau cambahkan minat untuk membaca Koleksi Tarbiah Sentap. Lelaki terutamanya.

Actually, baru satu novel je aku baca dari koleksi ni. Like I said, aku nak kumpul sedikit demi sedikit Koleksi Tarbiah Sentap ni.

Ok lah! Sampai sini dulu!

Ahhaa! Sori lah, sebab tak share intipati dalam novel tu. Sangattttttt mendalam & rasa macam payah nak disinopsiskan by words. Hihihi.

Korang kena baca sendiri dulu, barulah korang akan agreed dengan apa yang aku kata. J

Ok peeps!
#Salam kasih sayang!
#KoleksiTarbiahSentap

Monday, 18 June 2018

2018


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, guys!
Ya Allah! Astaghfirullahal’azim!!!
This is my 1st entry for 2018. What?!! Dah bulan Jun kot!! Aduiyyaiii!
Macam sibok bebenor aku ni, kan?!
Hmmmmm.
Kesian blog aku ni. Walaupun tak glamor (ekekekeee), tapi bila tengok takde entri langsung tahun ni, rasa macam ciannnnnn makhluk-makhluk yang usha blog aku dalam diam. Kosongggg! Pe nak jadi nihh?!!
Well, apa nak jadi, jadilah! Hihihihi.
Come on, Azaliza!
Make something useful through your blog!

#Salam kasih sayang!


Saturday, 30 December 2017

Percutian Hujung Tahun 2017

Teks : Azaliza Salmin

Assalammualaikum! Hi, guys!

Vahh! Dah nak naik sekolah dah wehh! Cuti aku pun nak habis dah! Back to norm, guys! 😄

Last week, aku and my two sisters bawa family masing-masing bersama our beloved mom and dad ke ~~~~~ Pulau Pangkor!!!
Hahaha! Cuti-cuti Malaysia, dude! 
Gempaq macam holiday kat oversea! Hahha!
InsyaAllah, ada rezeki dari Allah SWT, ke oversea lah kami nanti!😊

But, heyy! Pulau Pangkor pun gempaq ape! Hihihi!

Few of pics taken!

Errrrr....

Awat kalau blogging by gadget (handphone), takleh nak upload gambar2 kat gallery? Pasai pa, huh?!!
Adeiii...baru ingat lebih senang nak share story by phone, satu hal pulak dahh...

Ke, aku yang tak tau cara?
Korang tau?
Share ngan aku sikit caranya, pleaseee...🤗🤗

#Salam kasih sayang!