Monday, 1 August 2016

SALAM 27 SYAWAL~~

Teks             :        Azaliza binti Salmin

Foto             :        My Arkib

Assalammualaikum dan salam Isnin buat semua sahabat maya ku! No Monday blues hokayyhh!! Patut dah target untuk memulakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita sejak semalam lagi! Chewahh! Tapi yelah, kita semua manusia biasa. Kadang-kadang, we got some feels neither good nor bad yang kita sendiri tak boleh nak elak. Hanya kita yang tahu.
Gerai 'lomang omak den'

Well, pagi ni sektor tempat aku bekerja mengadakan jamuan sempena Aidilfitri yang masih berbaki 2 hari lagi. Pehh! Boleh tahan seronok gak la this year punye performance dari unit aku-Unit Akaun! Aku plak, merajinkan diri untuk terlibat sama dalam menghias booth! AJK hiasan tu! Kena la sumbang serba sedikit tenaga kerja sebab kalau nak suruh aku sumbang idea, aku ni tak berapa kreatif! Kot! Hahaha!

Apepun, memang best! Apatah lagi booth kitorang berjaya merangkul hadiah dalam kategori ‘Gerai Tercantik’! Gitewww!
One of my 1st best friends here! Ehem ehem!

Takde la besar nau atau banyak nau kategori yang dipertandingkan. Itu je sebenarnye. Mmmuuahahaha! Tapi, off 7 booths, we’re the winner! Errr?? Tak tau betul tak ayat tu! Hihihi!

Sekarang punye trend kan, ‘boomerang’. Aku tak berapa nak gheti la ber’boomerang’ bagai ni. Tapi, member-member aku sangat excited ber’that things! Hihihi! Just for fun!

Ok lah! Till then!
#Salam kasih sayang!

 
Boleh cari aku di mana?? Hihihi!

Thursday, 28 July 2016

MIA BIG FAMILY :-) !


Teks             :        Azaliza binti Salmin

Foto             :        My Arkib

Assalammualaikum dan salam sejahtera, uols! How’s life today?! Aku mendoakan segala yang baik-baik terjadi dalam kehidupan korang semua hari ini dan hari-hari seterusnya. InsyaAllah.

Syawal lepas, aku dan adik-beradik memang dah merancang awal untuk bergambar berjemaah di kedai gambar. Yelah, sebagai kenang-kenangan. Abadikan di dalam sekeping potret buat tatapan keturunan Salmin bin Jamal. Hihihi.

Kitorang ke studio di Jalan Haji Joned, Muar. Bole visit ig: D’narreka Studios, kalau tak silap aku. Memang haru-biru jugaklah dengan keletah-keletah bebudak kecik dalam keluarga besarku. Chaos but fun!

Nah! Aku ‘velanja’ satu gambar lengkap keluarga kembangan Haji Salmin bin Jamal dan Hajah Habsah binti Hassan!

I love my family!

Till then!

#Salam kasih sayang!

Wednesday, 27 July 2016

I'M BACK!!

Teks                      :               Azaliza binti Salmin
Foto                       :               Mr. Google

Assalammualaikum, guys! Lamanya mendiamkan diri, membiarkan labah-labah comel berasak-asak membina sawang masing-masing (boleh ke?). Hahaha!

Kenapa eihh aku payah benar nak konsisten menulis blog? Bukan kena angkat berat pun! Perah otak sikit je nak keluarkan idea. Kan?! Tapi, memerah idea lagi susah kot dari mengerah keringat. Hihihi.

Syawal pun dah nak melabuhkan tirainya. Terlalu banyak things happened sepanjang Ramadhan lepas, kemudian hari raya menjelma. Lots! And the ‘things’ just crossed over my mind je, terpikir jugak nak share di blog. But then, camtulah! Just crossed in my mind je and it was set as memories. Hahaha.

Kerja masih banyak, terkawal. Stress? Ermm, maybe kadang-kadang je sekarang ni. Alhamdulillah. And the best part is, there’s moment yang boleh dikira sweet la, because sometimes I smiled on my way back home, membonceng motosikal encik husband and sometimes droved on my own. Maybe, it decreased my bored working here since last year! Kan?!! (smile face, smile face) J

Ok lah! Till then!
#Salam kasih sayang! 

Friday, 27 May 2016

"Qareen"

Teks    :           Azaliza binti Salmin
Foto    :           Carian Google



Assalammualaikum dan salam Jumaat nan barakah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam kehidupan ni kan, ada benda yang kita teringin sangat nak buat, tapi tak buat-buat pun. Pernah tak korang rasa macam tu? Contoh eii, rasa macam nak mendirikan solat Dhuha, tapi masih teragak-agak nak buat disebabkan alasan-alasan yang macam…yang macam tak nak buat! Itulah..inilah…

Pernah tak korang rasa macam tu?

Baru-baru ni, aku menyertai kelas ‘Akademi Muslimah’ melalui group whatsapp. Zaman sekarang, dengan adanya teknologi, kelas pun boleh melalui pelbagai cara, kan!? Dalam kelas ni, ada banyak info berkaitan kehidupan dan metafizik. Aku join untuk mengikuti kelas bertajuk “Titik Tak Terhijab”.
Antara info-info yang aku perolehi ialah berkenaan ‘qareen’. Korang tau tak apa itu ‘qareen’?

Sebenarnya, Allah SWT telah assign ‘qareen” untuk bersama dengan kita setiap masa. Apabila kita mendapat sentuhan dari malaikat, sentuhan malaikat ini yang berusaha membuatkan kita rasa inspires, motivates kita untuk berbuat baik, dan menjauhkan dari kejahatan. Maka sangatlah jelas di sini, jika malaikat membawa kita ke arah yang baik, ‘qareen’ yang bersama kita akan membawa kita ke arah yang sebaliknya. ‘Qareen’ ni kira macam syaitan a.k.a ‘Jin Qareen’. Jeng jeng jeng!

So, ‘qareen’ ni memang akan constantly dan sentiasa attack kita, menjauhkan diri kita dari kebaikan. Melalui ape tau?! Melalui bisikan-bisikan. Sesuatu yang tidak baik dalam pemikiran kita. Dato’ Azizan Osman gelar ‘qareen’ ni sebagai ‘biawak’, manakala Anthony Robbins panggil ia sebagai ‘small little voice’.
Hmm…….mungkin that ‘small little voice’ tu la yang menghalang kita dari terus melakukan kebaikan. Tetapi, apa yang penting, kita kenalah selalu berdoa agar dijauhkan dari terhasut dengan ‘small little voice’ ni. WAJIB!

Itu antara info yang boleh dan ikhlas aku kongsikan di sini. Ada banyak lagi info dan ilmu-ilmu yang aku rasa sangat best dalam akademi ni. InsyaAllah, ada rezeki, aku nak join lagi.

Ok lah! Sampai sini dulu.
#Salam kasih sayang!


Thursday, 26 May 2016

Salam Khamis, 19 Sya'aban

Teks             :        Azaliza binti Salmin
Foto             :        Mr. Google

Assalammualaikum! Salam Khamis everybody! Semoga hari ini mendatangkan kebaikan dan segala yang baik-baik untuk anda semua! InsyaAllah!

Hmmm…….nanti-nanti je lah aku nak komen pasal cerita “Duda Terlajak Laris” tu! Hihihi. Bukan komen, cuma ulasan sahaja, atau mungkin pendapat aku sebagai seorang penonton. 
Lama sungguh aku tak post any ulasan drama/filem under label “ulasan drama/filem”. Kan?!!!

Lately, customer-customer aku seperti biasa. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Bukan takde terus, maksud aku sedikit je. Masa yang ada aku gunakan untuk menyemak kembali those invoices syarikat Kawalan Keselamatan last year yang mana masa bulan Disember 2015, bayaran atas dasar ‘blanked approval’. Aku kat sini baru aku tau ape kebende ‘blanked approval’ tu. Bayaran dilakukan tanpa invois, tetapi bersama surat iringan/arahan dari unit yang terbabit.

Selain tu, aku still terlibat dengan bayaran untuk sewaan mesin fotostat. Kerja. Macam tu lah!

Yang penting ape?!!! Yang penting ape, kawan-kawan?!!!
Yess!! Yang penting happy! Istiqomah dengan apa yang kita lakukan. Lakukan dengan ikhlas!

Well, saje je nak share, from Bahagian Dakwah JAKIM. Untuk semua dan untuk diri aku sendiri especially!

“Sebenarnya, rasa kosong yang kita rasa tu bukan rasa kosong. Tetapi rasa terbeban dengan dosa. Sebab tu setiap rasa kosong tu tak menenangkan.”


Till then! Salam kasih sayang!

Wednesday, 18 May 2016

Hai!


Teks       :       Azaliza binti Salmin

Foto       :       Carian Google

Assalammualaikum & hai, guys! Happy Wednesday to everyone! JJ

Hmm…dah 11 Sya’aban dah..sekejap je rase mase berlalu. Dulu mase sekolah, rase lamenye nak habis sekolah, bila la nak menginjak ke alam pekerjaan. Hah! Now?! Rase macam nak patah balik mase pulak! Bestnye zaman-zaman sekolah dulu! Spashly teen ages!

“dalam kehidupan ini..yang terindah.. melalui usia remaja”

Really agree with that! Hihihi!

Tapi, we cannot turn back time, babe! We are what we are today. So, live with it and be happy with it! Kan?!

Aku sebenarnya tak tau nak tulis ape. Mmuahahahaa!

Sebelum terlambat, kot-kot aku tak sempat nak post any entry pasni, aku nak ucapkan “Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak” untuk viewers semua! Have a blessed Ramadhan onwards! InsyaAllah!

~~Ramadhan Ini~~  Krik krik! Krik krik! Hahaha!

Love uols!

Salam kasih sayang!



Tuesday, 3 May 2016

Sang Hati

Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google

Hati ini rindu masa-masa yang terisi
Hati ini rindu saat-saat yang menceriakan
Hati ini rindu pada rasa cinta Sang Pencipta
Hati ini rindu mendambakan kasih dari-Nya
Karna apa?
Karna hati ini bosan dengan segala rasa yang ada kala ini
Karna hati ini penat mencari di manakah silapnya
Karna hati ini masih tercari-cari ruang dan masa untuk bermula
Tapi,ya?
Sampai bila wahai sang hati?
Sampai kiamat?
Jika tika itu sampai, sudah terlambat wahai sang hati