Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Carian Google
Assalammualaikum dan salam Jumaat nan
barakah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas untuk meneruskan
kehidupan seharian.
Dalam kehidupan ni kan, ada benda yang kita
teringin sangat nak buat, tapi tak buat-buat pun. Pernah tak korang rasa macam
tu? Contoh eii, rasa macam nak mendirikan solat Dhuha, tapi masih teragak-agak
nak buat disebabkan alasan-alasan yang macam…yang macam tak nak buat!
Itulah..inilah…
Pernah tak korang rasa macam tu?
Baru-baru ni, aku menyertai kelas ‘Akademi
Muslimah’ melalui group whatsapp. Zaman sekarang, dengan adanya teknologi,
kelas pun boleh melalui pelbagai cara, kan!? Dalam kelas ni, ada banyak info
berkaitan kehidupan dan metafizik. Aku join untuk mengikuti kelas bertajuk “Titik
Tak Terhijab”.
Antara info-info yang aku perolehi ialah
berkenaan ‘qareen’. Korang tau tak apa itu ‘qareen’?
Sebenarnya, Allah SWT telah assign ‘qareen”
untuk bersama dengan kita setiap masa. Apabila kita mendapat sentuhan dari
malaikat, sentuhan malaikat ini yang berusaha membuatkan kita rasa inspires,
motivates kita untuk berbuat baik, dan menjauhkan dari kejahatan. Maka
sangatlah jelas di sini, jika malaikat membawa kita ke arah yang baik, ‘qareen’
yang bersama kita akan membawa kita ke arah yang sebaliknya. ‘Qareen’ ni kira
macam syaitan a.k.a ‘Jin Qareen’. Jeng jeng jeng!
So, ‘qareen’ ni memang akan constantly dan
sentiasa attack kita, menjauhkan diri kita dari kebaikan. Melalui ape tau?!
Melalui bisikan-bisikan. Sesuatu yang tidak baik dalam pemikiran kita. Dato’
Azizan Osman gelar ‘qareen’ ni sebagai ‘biawak’, manakala Anthony Robbins
panggil ia sebagai ‘small little voice’.
Hmm…….mungkin that ‘small little voice’ tu
la yang menghalang kita dari terus melakukan kebaikan. Tetapi, apa yang
penting, kita kenalah selalu berdoa agar dijauhkan dari terhasut dengan ‘small
little voice’ ni. WAJIB!
Itu antara info yang boleh dan ikhlas aku
kongsikan di sini. Ada banyak lagi info dan ilmu-ilmu yang aku rasa sangat best
dalam akademi ni. InsyaAllah, ada rezeki, aku nak join lagi.
Ok lah! Sampai sini dulu.
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment