Wednesday, 27 November 2024

Anda simpan di mana?

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, sahabat siber 😊



 *Tentang simpanan*

Baru sahaja seorang sahabat Whatsapp bertanya tentang simpanan TH, ASB dan emas. Beliau sekarang menyimpan di ASB dan Tabung Haji.

Jawapan saya ringkas.

ASB bagus. TH juga bagus. Tetapi tambahkan simpanan emas. Apa yang tak bagus adalah tiada simpanan langsung.

Di sini saya kongsikan kenapa saya sarankan untuk tambah portfolio emas dalam simpanan.

 

📌 Secara umumnya, jika dikira keuntungan simpanan di TH, dividen di ASB dan kenaikan harga emas, *kenaikan harga emas adalah paling tinggi*

📌 Setelah ditolak Zakat sebanyak 2.5% (kecuali TH), emas masih lagi mendahului

📌 Jika mengambil kira inflasi sebanyak 1.8%, peratus kenaikan harga emas masih lagi berada di puncak

 

Maka, pelbagaikan. Jangan tinggalkan emas sebagai salah satu portfolio simpanan kita.

Semoga bermanfaat 😊

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Friday, 22 November 2024

DON DUKUN ~ dari kaca mata aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, sahabat siber 😊

‘DON DUKUN’

Haaaaa…korang dah tengok lom? Lakonan Zul Arifin, Ropie Cecupak, Yusof Haslam dan beberapa pelakon lain yang aku kompem semua orang kenal, aku je tak tau nama depa hahahaa.

Kenapa aku nak tengok filem ni? 


Firstly, sebab masa tu memang tengah family time, semua anak-anak aku ada bersama aku dan suami, lepas tu memang unplanned stuff yang kitorang nak buat bersama selain makan à tengok wayang.

Bila unplanned, makanya memang tak tau filem apa yang sedang ditayangkan. Nak tengok Venom, macam tak nak tengok cerita-cerita yang heavy. Jadinya, kami pilih cerita santai-santai, Don Dukun jadi pilihan.

Apa yang bestnya cerita ni, pelakon dia ada Ropie yang aku suka. Aku suka dengan lawak-lawak Ropie ni. Zul Arifin, of course la kegemaran ramai & dia membawakan watak ber’genre lain dari sebelum-sebelum ni. Watak lucu.

Tapi bagi aku, takde lah lucu sangat pun. Ropie pun sama, kelucuan yang aku harapkan tu tak dapat dalam filem ni. Hahahaa. Rating aku bagi untuk filem Don Dukun ni, 6/10. 😉

Filem ni memang agak bodo-bodo. Aku mengharapkan ada sedikit cerdik di separuh pertama atau di pertengahan cerita. Tapi, nope. #downsekejap

Mungkin generasi baru gemar cerita bodo-bodo macam ni kot. Bagi aku macam tak puas. Bagi la satu point, atau misi, atau apa-apa la yang menjadi pokok cerita filem ini, yang ada ke’serius’an dia sikit. Hidup ni memang la tak boleh serius sangat, tapi lawak memanjang macam ’ngek’ juga rasanya. Hihihiii.

Aku membayangkan filem ’Pontianak Menjerit’. Filem awal tahun 2000, aku tak ingat tahun bila.


Filem ni lawak juga. Tapi ada misi di permulaan cerita hingga membawa ke penyelesaian terakhir. In between tu, ada lawak, ada serius. Bagi aku jalan cerita macam ni yang aku harap ada dalam Don Dukun. ~ nada ~ (mexican spanish) 😊

Tapi takpe lah, mungkin sebab aku dah makin tua kot. Ini bukan lagi genre aku. Hahahaa.

Lagi satu cerita Netflix yang tengah viral sekarang ni.

’Ipar Adalah Maut’. Haaaaaaaaa .......

Nanti-nanti lah nak ulas, hihiii.

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Thursday, 21 November 2024

Coret

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, hai korang!

Aku tak tau siapa yang membaca rencana di blog ku ini. Tapi ku lihat, graf bilangan pembaca menaik walaupun sedikit cuma. Alhamdulillah.

Lama sungguh rasanya tak menulis dari hati sendiri. Seriously memang aku rasa macam tak punya masa untuk bersantai. Even time rehat pun nak tengok Youtube tak sempat! Hahahaaa!

Pada yang terlupa, aku dah bertukar tempat kerja sejak Julai 2024 yang lalu. 😊 Mencari pengalaman baru di sekolah. Memang agak hectic ku rasakan dok sekolah ni, hihiihi.

Apapun, I know I can do it. Kawan-kawan yang ditukarkan ke sekolah sebelum aku pun boleh buat, insyaAllah aku pun mampu. Cuma mungkin di awal-awal kemasukan ni, rasa macam heavy jugak la kerja-kerja kewangan di sekolah. Bagaikan ‘semua di batu jemala patik’, hahahaa. Oppsss!

Ehh?! Aku sebenarnya nak bercerita atau lebih kepada nak mengulas tentang satu filem yang baru ditayangkan di pawagam, yang baru je aku tonton bersama suami dan anak-anakku pada hari Sabtu lepas (16.11.2024).

Tapi panjang pulak mukadimah aku di atas tu, hahahaa! Nampak sangat rindu nak menaip. Ada juga idea-idea yang keluar. Yelah, dah lama peram dihati, ecewahh!

Jadinya, next post lah aku up pasal movie yang aku tonton tu. Alahh, kira macam sekadar ulasan dan komen dari kaca mata penonton je, yang sebelum-sebelum ni pernah aku buat (refer label Ulasan Drama/Filem).

barisan pentadbir ku ~ fantasy ~ sempena sambutan Hari Kanak-Kanak


my colleagues here 

suka-suki kami 💓


Till then!

Salam kasih sayang ~

Wednesday, 20 November 2024

5 ILMU ASAS TENTANG EMAS (part II)

 

Teks    :           Azaliza Salmin (PG1M Copywriting)


Harini saya nak sambung tentang ILMU ASAS TENTANG EMAS semalam.

 Semalam saya dah kongsi 5, hari ini saya nak kongsi lagi 5 asas tentang emas kepada anda.

 

Haa. Ini sambungannya :

 

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas confirm akan merosot dari tahun ke tahun. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.

 

2. Simpan emas bermaksud simpan duit. Beli emas duit tak habis. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja bila-bila masa.

 

3. Waktu terbaik BELI emas ialah bila ada duit untuk simpanan jangka panjang, bukan tunggu harga rendah. Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark, barulah akan faham harga tinggi atau rendah.

 

5. Waktu terbaik JUAL emas ialah bila (a) ada hal kecemasan, (b) ada peluang untuk tukar kepada aset yang lebih menguntungkan e.g. beli rumah di bawah harga pasaran atau rolling bisnes, dan (c) sudah capai target simpanan e.g. menunaikan haji atau umrah, pendidikan anak.

 

Menarik kan! Apa kata anda? 😉

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

#PG1M

Till then!

Salam kasih sayang ~

Tuesday, 19 November 2024

5 ILMU ASAS TENTANG EMAS

 

Teks    :           Azaliza Salmin (PG1M Copywriting)


Hari ini saya nak kongsi 5 ILMU ASAS TENTANG EMAS, sebelum anda memulakan simpanan emas :

 

1. Beli emas mesti boleh dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas tu boleh simpan sendiri.


2. Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen ASB atau Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat untung.


3. Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Ia tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat.


4. Simpan emas sikit-sikit hingga capai target 200g, boleh guna untuk deposit rumah 5 tahun akan datang.


5. Simpan hingga cukup 10 Dinar, dua tahun lagi boleh guna untuk pergi umrah (bagi yang muslim).

 Jom mula! 😊

https://publicgold.me/azalizasalmin

 #PG1M

Till then!

Salam kasih sayang ~

Monday, 18 November 2024

KETAHUI SPREAD EMAS / SUSUTNILAI DI PUBLIC GOLD

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 5 TIPS EMAS UNTUK PELABUR BARU



 1. Ilmu SPREAD ialah ilmu pelaburan emas paling penting yang membezakan kita dengan pelabur-pelabur emas yang lain.

 

2. Pelabur yang tidak memahami SPREAD bakal terlepas peluang untung mengaut untung maksimum dalam pelaburan.

 

3. Lebih teruk lagi, pelabur tersebut mudah ditipu oleh penjual emas.

 

4. SPREAD merujuk kepada peratus perbezaan harga jualan emas (sell) dan harga belian semula (buyback).

 

5. Nilai SPREAD inilah yang menentukan berapa banyak untung yang kita dapat hasilkan bila kita jual balik emas.

 

Public Gold International Bhd. adalah syarikat pengeluar emas berSPREAD rendah. Hanya sekitar 6% - 9% sahaja.

 

#PG1M

https://pgbo.net/PG00059465/

 Till then!

Salam kasih sayang ~

Friday, 15 November 2024

TAK MULA TAK TAHU

 



Bahagia dapat 2...

"Kalau minta cawan kita akan dapat cawan. Tetapi kalau kita minta air, kita akan dapat cawan dan air."

Sama lah jugak,

"Kita kumpul duit, kita dapat duit.

Kita kumpul emas, kita dapat emas dan juga duit."

Sahabat saya pernah pesan, hidup ini kita 'enjoy'. Dalam erti kata nikmati hidup ini sebaiknya. Bila kita berpeluang untuk dapat semua, ambik je. Bukan tamak tapi peluang. Cuma setiap peluang itu jalani dengan penuh adab dan berilmu.

Hari ini jangan lepas peluang untuk simpan emas. Walau dengan RM100 😉

 https://publicgold.me/azalizasalmin

#PG1M

 


Till then!

Salam kasih sayang ~

Monday, 28 October 2024


 

Harga semakin mendaki…

Ada lagi yang masih ragu2 untuk mula menyimpan dengan emas?

Untuk berjaya dalam simpanan emas satu2nya kunci adalah KONSISTEN.

 

KONSISTEN tambah gram.

Beli masa kita ada duit.

Bukan tunggu masa harga emas jatuh.

Sebab bila mana harga emas jatuh, boleh jadi masa itu kita sudah tidak punya duit.

 

KONSISTEN tukar 10% gaji setiap bulan kepada gram emas. Bila ada duit lebih, kita tambah lagi!

 

Beli emas jangan sampai lemas.

Tapi jangan pula terus jadi penunggu yang cemas.

 

KONSISTEN!!

Selamat berjaya semua 😘

#PG1M

 

https://publicgold.me/azalizasalmin

pgbo.net/PG00059465/

https://boards.com/a/8GAM90.Y3ZWPA

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Friday, 11 October 2024

1 Dinar secara EPP x 10 bulan

 

worth savings 


Teks    :           Azaliza Salmin

 

Kenapa ramai gold savers saya selalu pilih 1 dinar secara bayaran bulanan (EPP10)?

💦 Sebab mudah dan mampu milik

💦 Bayaran bulanan lebih kurang ±RM160 sebulan

Students pun ramai dah berjaya kumpul 1 dinar dgn menggunakan kaedah epp 10 bulan 👏👏

 

Nak kumpul duit, bukan suatu perkara mudah. Tapi kumpul emas melalui EPP10, Insyaaallah mudah dan murah.

 

Simpan duit, makin lama makin susut nilai.

Simpan emas, makin lama makin tambah bernilai.

 

Belajar simpan emas dengan ilmu, bermula di sini kawan kawan.  Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00059465

Selepas daftar boleh mulakan belian emas ikut kemampuan kita 😉

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Saturday, 31 August 2024

SANG SAKA BIRU

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Tahukah korang, Public Gold menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)?

Ini menunjukkan Public Gold syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia yang sangat kukuh dan mempunyai kredibiliti yang tinggi.

 

Ini Goldbar 1 gram PDRM FC yang dikeluarkan oleh Public Gold.

 

Bagi yang sudah ada Akaun GAP, boleh keluarkan dengan kaedah Gold In Transit (GIT) pos emas berinsurans ke rumah atau melalui Gold ATM yang berhampiran.

Bagi yang berminat nak dapatkan edisi ini dan masih belum mendaftar akaun Public Gold, klik link di bawah ini atau korang boleh terus wasap untuk saya bantu, ok! 👮🏻‍♂️👮🏻‍♀️

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Friday, 30 August 2024

Tempat kerja baru aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, hai semua!

Alhamdulillah. Hampir 2 bulan aku di tempat kerja baru selepas ditukarkan atas kepentingan perkhidmatan. Ya, aku ditempatkan di sebuah sekolah rendah, dikelilingi 3 buah sekolah lain di sekitar Taman Shamelin Perkasa.

So far so good, alhamdulillah.

Aku dah dapat membiasakan diri dengan kesesakan lalulintas di waktu pagi, bersaing dengan ibubapa lain yang menghantar anak ke sekolah, bersaing di lampu isyarat nak masuk kawasan sekolah yang empat (4) di sini. Hahahaa, korang fikir sendiri la cemaner gaya sesaknya.

Memang mula-mula tu, aku stress, mood aku selalu hilang bila menghadap jem tu, sangat-sangat stress. Hilang mood aku nk bekerja setiap kali tak lepas lampu isyarat sebab kereta yang sangat banyakkkkkk! Pehh, memang gangguan jiwa pada awalnya.

Bukan aku tak mohon untuk ditukarkan ke sekolah yang lebih hampir dengan kawasan rumah aku, dah mohon dah. Tapi tak dapat dipertimbangkan kata depa. Aku dah mengadap depan-depan untuk memohon, hantar surat rasmi, tapi tak dapat. Jadinya, aku akur dengan segala keputusan, sebab aku yakin percaturan yang Allah buat untuk aku. Aku yakin, permohonan pertukaran aku tak lulus mesti sebab ada jalan untuk aku atasi stress aku tu.

Yes, alhamdulillah. Aku dah berjaya harmonikan perasaan aku di waktu pagi tu. Pengorbanan diperlukan untuk itu. I can handle it now, tq Allah 😊

17 tahun kerja di PPD dan Jabatan Pendidikan, bila ditempatkan di sekolah, of course 98.9% kerja adalah berbeza and its all new for me. Aku suka. Hihihii. Memang niat aku kalau ditukarkan, aku nak ke sekolah sebab aku nak belajar corak kerja di sekolah pulak. Allah grant it to me, terima kasih, ya Rabbi.

”Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”...?

Salam kasih sayang ~







Thursday, 20 June 2024

EMAS PELINDUNG KEKAYAAN

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 


Emas Pelindung Kekayaan

Satu daripada sebab penting kita perlu simpan emas adalah untuk melindungi wang daripada dicuri oleh inflasi dan ketidakstabilan ekonomi.

Kesan daripada inflasi dan ketidakstabilan ekonomi menyebabkan harga barang meningkat.

Emas dapat menstabilkan keadaan ini dengan baik. Apabila inflasi tinggi, harga barang naik, harga emas juga naik. Keadaan ini menjadikan kuasa beli penyimpan emas kurang terkesan.

Walaupun kadar inflasi pada masa ini di bawah 2.0%, namun adalah penting untuk kita lindung kekayaan untuk masa hadapan.

Andaikan anda mempunyai sejumlah simpanan dalam bentuk simpanan tunai dan simpanan berdividen (cth: Tabung Haji / ASNB). Pulangan bagi simpanan dalam Tabung Haji & ASNB dalam 5 tahun kebelakang, adalah kurang daripada 5.5% setahun.

Emas menunjukkan prestasi yang baik. Dari website goldprice.org, kenaikan harga emas dalam tempoh 5 tahun ke belakang adalah sekitar 90%, iaitu purata 18% setahun. 😁

Oleh sebab itu, pakar kewangan menyarankan agar kita perlu ada emas dalam portfolio kewangan kita. Tuan Azizi Ali menyarankan 10% simpanan emas, manakala Mr Robert Kiyosaki mencadangkan 25% simpanan emas dalam portfolio kewangan kita.

Tak mampu simpan banyak, simpanlah sikit demi sikit. Hanya perlu simpan 1 gram 1 bulan secara konsisten.

Simpan emas untuk lindungi kekayaan.

 Bagi yang belum ada simpanan emas, mulakan hari ini.

https://publicgold.me/azalizasalmin

#PG1M

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuesday, 11 June 2024

Daftar Public Gold dengan saya ya! =)

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

kumpul dinar macam ni, huii untung banyak kawan-kawan! 😍


Assalammualaikum, hai kawan-kawan! Semoga korang semua dalam keadaan sihat, bahagia, ceria dan sentiasa dalam redha Allah, insyaAllah =)

Korang dah mula ke belum tu, simpan emas di Public Gold?

Aku kan.. aku tak tau la, mungkin belum rezeki aku, atau mungkin aku yang tak expose sangat, tak buat all out betul-betul ke kan, dalam mengajak orang ramai buka akaun emas di Public Gold.

Sebab apa, dealer-dealer lain fuhhh, penangan orang yang sign up bawah diorang kemain ramai! & macam senang je diorang dapat klien yang berminat dengan Public Gold ni..

Aku.. aku pun buat live kat tiktok, up status memang aku la sebab aku ni agak introvert kalau nak bercakap dengan orang hihiii .. buat live tu pun ikut mana dan je 😊

Tapi, takpe.. insyaAllah, Allah mesti dah aturkan yang terbaik buat aku..

Aku bukan apa, petang-petang ni tetibe rasa nak meluah pulak. Kadang kan dengan cara ekspresikan apa yang terbuku dalam hati, akan buat kita rasa lega, akan buat kita redha dan kaji balik kenapa kita tak miliki semua-semua yang kita rasa ‘pehhh, senangnya diorang dapat klien’ etc …

Betul tak? Hmm, betul betul betul!

So, terima kasih la kat korang yang sudi baca luahan hatiku ini hihihii..

So kalau korang belum ada akaun Public Gold, cepat daftar kat sini tau dan terus hubungi aku untuk aku guide korang sampai korang dapat miliki goldbar atau dinar atau semua item-item emas yang ada di Public Gold 😊

Daftar tau!

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang!