Thursday, 7 September 2017

HARGA PETROL MALAYSIA 07.09.2017

NAIK RM0.04 weyyhhh, WHAT??!!

Khamis, 07hb September 2017

Ron 95 à RM 2.20 (naik RM0.04) 
Ron 97 à RM 2.48 (naik RM0.04) 
Diesel  à RM 2.05 (naik RM 0.01) 

What to expect? What to say? What to think? And how to express the depressed inside????
Terima kasih Malaysia.

~~END~~


Wednesday, 6 September 2017

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA UNTUK KUMPULAN PELAKSANA

REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!


Teks      :      Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum, guys!

Ni nak habaq mai sikit nih! Untuk AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana), JPA ada membuat tawaran --> CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA UNTUK KUMPULAN PELAKSANA <--

Syok dengar wehh! Ada juga peluang untuk staf-staf sokongan (seperti aku) untuk ditaja dalam menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Nak cerita banyak pun tak berapa reti nak elaborate. So, korang boleh klik sini untuk maklumat dan penerangan lebih lanjut, ok!

Cepat! Cepat!
Grab the chances!!

Apa?!!
Aku????

Heh heh heh heh heh heh!!!
Suprise, beb!

Dahhhhh!

P/S --> Cepat tau, korang! Sebab permohonan ni last date die 15 September nihh! 😂😂
Bagi yang baca entri ni lepas dari tarikh tu, hmm, next time yaaa!

Thursday, 31 August 2017

HARGA PETROL MALAYSIA 31.08.2017

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

31hb Ogos masih tidak terkecuali untuk sebab harga petrol di Malaysia, naik atau turun! Hahaha! Ayat aku lahhh, cam tak kene je! Hihihi.

Khamis, 31hb Ogos 2017

Ron 95 à RM 2.16 ( naik RM 0.01)
Ron 97 à RM 2.44 (naik RM 0.01)
Diesel  à RM 2.04 (naik RM 0.03)  

Cheq tak tau nak habaq pa! Hmm, 4th Sept 2017 cuti ye...cuti je pun..

Apepun, guys, wishing ya'all --》

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
 dan 
SALAM AIDILADHA!

Lots of loves!

Bye!

Saturday, 26 August 2017

Me & 90's

Teks       :       Azaliza binti Salmin

Salam hujung minggu, guys!

Aku sesaje tengah godek-godek Youtube tengok lagu-lagu lama zaman aku muda remaja dulu. Huhuhu. You know me, very de 90's, hokayh! 😄😄
Sesekali, layan kan aje!

Memori zaman remaja terimbau kembali. Zaman form 1 -form 3, dok ngan mak ayah lagi. Hari Sabtu je pergi rumah member sebab nak tengok CD konsert Backstreet Boys! Hahaha! Gile boybands dari US je aku ngan kengkawan aku dulu!
(Tapi, layan juga lagu-lagu jiwang kumpulan Stings dan yang sewaktu dengannya tuh!)

Back to 2017!
Haa! Tengah-tengah layan Youtube, terlayan jugalah  cerita-cerita/ konsert my favourite boyband tu, Backstreet Boys.
Tu yang tetibe rasa kembali ke zaman 90'an tu! Hahaha!

Nak tergelak aku tengok diorang nih mase ni!

😁😁
Tua dah diorang-diorang ni, especially Kevin! Hihihi. Tapi, idaklah tua gayut camaner. Maksud aku, sudah berusia berbanding dulu, muda belia. Yelah, aku muda remaja masa tu, diorang tengah muda tapi dah belia! MMuahahaha!

Kevin, Brian, AJ, Howie D, & Nick.
I admired AJ the most, but it was LAST time, hokayh! Hihihi. Now, suara AJ dah tak sehebat dulu. Dulu cam serak-serak sedap nauuu! Sekarang dah macam, ermm, suara Nick yang sedap dan macam tak berubah. Biasalah, seiring usia lah katakan! Nick tu lebih kurang baya aku je. Tua 3-4 tahun je dari aku! 
Like he cares! Hahahaha!


See AJ?! Hmm, hihihi!
AJ now..same style with his sunglasses but without hat 😇
My favourite boyband ever!

Ohh ya! Link yang aku bagi kat atas tu ialah time Backstreet Boys ni di interview kat Spain, disuruh untuk nyanyi lagu hits Spain skang nih --> Despacito! 
Tergelak-gelak aku nengok diorang cuba nyanyi! Hahaha!

Bye!
#Salam kasih sayang!


Friday, 25 August 2017

Daily Routines = Rutin Harian

REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Hai, guys! Salam Jumaat yang mulia!
Aduhh! Minggu ni rasanya macam aku telah melupakan ‘My Big WHY’ tu! Rasa macam minum manis kerap sangat dalam sehari. Makan nasi still boleh kawal, sekali dalam sehari. Aduiii!

Lama dah aku tak story pasal my daily routines at work. So far, masih di tempat kerja lama. Masih lagi dalam bilik ni, mengutip semua bayaran yang diterima, mengeluarkan surat bagi pembayar-pembayar yang liat nak bayar balik apa yang sepatutnya dibayar, dan bermacam-macam lagilah. Hihihi.
Tetapi, kerja masih terkawal dan tidaklah begitu terbeban seperti ‘dulu-duluuuu’. Kikiki.

Cuti Sabtu dan Ahad ni, ada banyak jemputan kahwin yang diterima. InsyaAllah, akan pergi mana yang berkesempatan. Cewah!! Macam retis gitew! J

I love writing! Loved loved!! Hahaha!
Till then!

#Salam kasih sayang!

Thursday, 24 August 2017

HARGA PETROL MALAYSIA 24.08.2017


Assalammualaikum, guys!

Well well well!
Oleh kerana aku tak bawa kereta hari ini, jadinya tidak dapatlah aku mendengar #PHDKool membebel. Hahaha!
Tapi, aku update juga harga terkini petrol di Malaysia.

Khamis, 24hb Ogos 2017

Ron 95 à RM 2.15 (kekal) pfftt~~~
Ron 97 à RM 2.43 (kekal) ~~~~
Diesel  à RM 2.01 (turun RM 0.03)  ~~tak pakai diesel~~

Lalalalala. Hmm, pfttt.


Dahhh! J

Wednesday, 23 August 2017

Cameron Highlands

Teks: Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!
Ok, aku nak share trip ke Cameron Highlands aritu!😍😍
Indahnya!!! Loved loved!

Kami bertolak pada pagi Sabtu, 12hb Ogos 2017. Memang bertolak awal sekitar jam 7.00 pagi. Mula-mula cadangnya jam 5 pagi, tapi oleh kerana suamiku bekerja malam sebelum tu, jadinya dilewatkan sedikit la perjalanan.
Perhentian pertama kalau korang naik ikut Simpang Pulai!
Ada kawasan untuk ambil gambar dari bukit ni!

Sampai di Cameron Highlands dalam pukul 12 tengahari. Huiiisshh! Untuk kamu-kamu yang tak berapa gemar jalan berbelok-belok, aku nasihatkan bawalah minyak/balm atau apa-apa sahaja yang boleh menghilangkan pening anda. Sebabnya, jalan nak naik Cameron berbelok-belok! Maklumlah, nak naik gunung kan! 
Penyelamatku! 😅

Trip ni adalah "budget trip" (aku yang gelarkan!). Sebabnya, bukan nak pergi berjimba-jimba, tapi sekadar nak menikmati keindahan alam di puncak sekaligus nak fe'feeling' oversea giteww! Hahaha! 

Sampai kat Cameron tu, aku nasihatkan korang2 yang mencari nice & beautiful views, pergilah hingga ke Tanah Rata. Jangan patah2 balik even korang dah jumpa 'Strawberry Farm', 'Lavender Farm', 'Cameron Valley'(kalau nak yang betul2 ladang, terus lagi ke depan sampai ke pekan Tanah Rata).
Yummiee! Sila abaikan muka monyok si kecilku! 😁

Oh ya! Aku naik dari Simpang Pulai, ok! Sebab kengkawan nasihatkan naik dari situ as aku ni kuat pening & jalan naik dari Tapah sangaattttt lah mencabar! (Bagi orang seperti aku!) 😉

Aku menginap di kawasan yang tepat! Alhamdulillah! Maksud aku, dari tempat menginap tu, aku berjalan kaki je untuk ke tenpat-tempat indah di Tanah Rata. Kawasan tu berhampiran dengan SJKT Tanah Rata. Syoknyeee! Memang superb!

Kat Cameron ni, dah tak payah susah-susah pasang air-cond! Hotel pun tak pasang! I am serious, babe! Memang sejuk!! Best!
Tempat penginapan kami 😃

So calm..SJKT Tanah Rata

Jalan kaki je amik angin. Loved!!

😍😍

Nice viewwwww..haishhh!! Loved loved!

Trip ni memang trip budget as we're just walked around nice places, breathtaking views there! All in one places there! Berdekatan dengan tempat penginapan kitorang. Agak tidak disangka dan syukur sangat2, sebab ni 1st time aku pergi dengan family, and there it was! Tepat seperti yang diimpikan! Hihihi.

Sesekali bawa anak-anak menikmati sambil mensyukuri keindahan alam, sangat berbaloi tau! 
Yelah, selalunya mesti nak ada kolam mandi, laut, atau aktiviti2 mencabar kan, kalau gi holiday. Tapi kali ini, idok wehh! Sibuk amik gambor je kami 4 beranak! 😊 Hok yang kecik tuh, belikan yoyo untuk dia, udoh! Hahaha!

Once korang dah sampai pekan Cameron, korang takkan sesat dah. Macam kitorang, ulang-alik situ juga. Ko nak ke pasar malam, pasar tani, ulang-alik naik turun jalan yang sama je. Takyah buka waze/maps pun! 

Sebelum pergi tu,actually, aku dah beritahu suami dan anak-anakku, yang aku nak pergi ladang teh. Yang memang betul-betul ladang tau! Yang ko boleh nampak saujana mata memandang. Cewahh! Ko akan jumpa Cameron Valley yang pertama (if ko naik dari Simpang Pulai) but it wasn't what I wish to see/go. Yang tu macam persembahan je sebab atas bukit & tak nampak langsung seperti ladang!
Nice, huh! 😂

Apabila kita di tempat orang, kenalah rajin bertanya, baru jumpa! 😉
Loved loved loved!! 😍😍😍

And yippiiii! Kitorang jumpa that ladang teh 'saujana mata memandang'. Ko kena turun je jalan arah Tapah. You'll find it there.
Actually ada lagi 1 Cameron Valley yang menyediakan laluan pejalan kaki untuk ke pokok-pokok teh.  Tapi dah jumpa yang ni dulu, then kitorang stop untuk amik gambar. Rupanya dihadapan yang ni (lebih kurang 2km) ada lagi Cameron Valley yang lebih terurus sikit untuk jenjalan ambil gambar. Tapi xpelah! Jadilah yang ni!

I remembered ada laluan jalan kaki kat ladang teh sebab aku pernah pergi masa form 5! Lawatan sekolah! And that was the last time I went to Cameron Highlands! Until now!😃 Alhamdulillah!
Momen terindah bersama yang tersayang 😘


Ok! Lain kali sambung travelog nih!
Till then! Enjoy!
#Salam kasih sayang!