Bila pena mula bertinta
Hati tak keruan entah kenapa
Ide diasak menujah minda
Namun kelam tiada bercahaya
Hati diamuk pelbagai rasa
Mengharap suatu tenangkan jiwa
Ingin diĺuah melalui pena dan tinta
Namun...mengapa....
Kau tak kunjung jua
Bagai selautan yang ingin ditumpahkan
Tapi sebutir laksana setahun lamanya
Mengapa begini?
Ke mana hilangnya?
Jauh sungguh perginya
Terasa lemas dalam kancah jiwa sendiri
Payah dilepas
Sukar mencarinya
Andai dapat ditemui
Pasti bahagia melingkari diri
Terasa bebas umpama nuri
Saturday, 26 March 2016
Thursday, 25 February 2016
~~~ & today ~~
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Carian Google
Assalammualaikum, semua, dan salam ceria! Cuaca kat
Malaysia sekarang ni aku rasa sangatlah panas tapi kadang-kadang menyamankan.
Macam pagi ni, anginya punyalah sedap menghembuskan bayunya. Sampai aku yang
membonceng suamiku pun terasa ‘goyangnya’ motor suamiku menahan hembusan sang
bayu itu!
Ok lah! Bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan
kepada kita di Malaysia ni. Panas pun bukan sampai tahap kemarau teruk, kan!?
Jangan merungut. Kat tempat lain dalam peta dunia ni, ada lagi yang teruk dari
Malaysia ni, kan?!
Aku sebenarnya banyak benda nak dibuat, tapi nak juga
luangkan masa tulis serba sedikit entri. Sikit pun jadilah! Aku ingat lagi ilmu
dan nasihat yang sifu ku ajar waktu mula-mula ber’blogging’.
‘Bout my work…hurmm..I’m so exhausted, frankly. Hihihi. Memang
seronok, tapi, biasalah kan. Kalau kerja bertimpa-timpa, as human being, kadang
feel really exhausted. Tak terkejar.
Rupanya, apa yang difikirkan sebelum
bertukar dulu, tidaklah betul mana. Mungkin sebab induk, so, banyaklah kerja.
Kot…….hahaha..
Ini pun aku sambung daaa..pagi tadi punya writing, dah
tengahari baru sambung balik. Customer tak berhenti. Next time, aku cerita
perihal siapakah customer aku di sini.
Till then.
#Salam kasih sayang!
Wednesday, 24 February 2016
~~eMoTiCOns~~
Teks : Azaliza binti
Salmin
Foto : Carian Google
Assalammualaikum.
Semoga semua pelayar-pelayar internet sedang berada dalam keadaan yang
membahagiakan. InsyaAllah. Punya keluarga yang menggembirakan, teman-teman yang
menyenangkan, dan punyai diri yang mengenali diri sendiri.
Apa
aku merepek ni?! Hahaha!
Hurmmm...life
goes on, must goes on. Apapun cabaran, dugaan, atau sebarang kekusutan yang
kita alami dalam seharian, WAJIB kita tempuhi dengan redha. Tak selalu yang
kita angankan, akan menjadi realiti, indah-indah belaka. Tidak! Kena selalu
ingat tu! SUPAYA, apabila kita tidak dapat apa yang kita angankan, tidaklah
kita terlalu ‘down’ sangat-sangat, atau jatuh rebah menyembah bumi, atau frust melebih-lebih. Kita
kan manusia biasa. Kan?! Yang hanya mampu ..…..korang pun tau kan,
sambunglah sendiri. Hihihi.
Mengapa
entri aku kali ini begini? Entahlah. Uols can guess whatever and whatsoever,
coz I don’t mind at all.
Life
must goes on, on and on. Hurmmm. Eh?! Dok sebut tu je, macam tajuk lagu cerita ‘Titanic’,
eik!?
“Life
must goes on” dendangan Celine Dion. Entah, ye kot. Lebih kurang camtu ler
tajuknya. Movie faveret aku tuh! Hahaha!
Ok!
Think whatever u want to think. Guess whatever u want to guess.
I
love u all!
#Salam
kasih sayang!
Saturday, 20 February 2016
Gambar sekitar majlis 'Yaasinan'
Teks : Azaliza binti
Salmin
Foto : My Arkib
Assalammualaikum, sahabat! Nak
kibas sawang, dah siap kibas dah! Heh heh heh! Mengada awak ye, Azaliza!
Aku nak kongsi sikit
gambar-gambar masa ‘Yaasinan’ kat kampong aku aritu! Kalau nak kira berapa
hari, memang dah betul-betul banyak hari dah! Hihihi..tapi, aku tetap nak
upload kat sini untuk kenang-kenangan.
Biasalah, majlis diadakan pada
malam hari. So, di siang hari tu, banyaklah kerja yang perlu dilakukan. Bonda
kesayanganku itu memang akan menggunakan tenaga cucu-cucunya untuk membasuh
simen. Hahaha! Ingat senang ke nak buat sorang-sorang, kan?! Kesian bonda ku
itu kalau buat sorang-sorang. Tak laratlah dia! Aku ambil gambar part ni je lah
pulak! Huhu!
Ni pula, antara bunga telur
yang aku siapkan. Ha! Orang Johor, biasalah dengan telur pindang, kan! Sedap
wooo! Apa?! Tak macam telur pindang? Ha’ah pun! Tak buat betul-betul pun!
Hihihi. My mom tak rebus bersama daun-daun yang sepatutnya, tu pasal tak gelap!
Tapi rasanya, pehhhh, makan satu nak lagi dan lagi tau!
Ok. Ini antara gambar sewaktu
majlis ‘Yaasinan’ berlangsung. Ermm, ye..nampak macam tak ramai, kan? Tapi
masih ada di bahagian depan dan belakang yang aku tak ambil gambar-gambarnya.
Yelah, banyak kerja perlu dibuat sebagai pembantu tuan rumah. Nak bagi bunga
telur, siapkan hidangan, dan macam-macam lagilah! Melayan kerenah si kecil pun
satu hal! Hihihi.
Ini adalah anak buahku yang
tinggal di Sarawak. Iya, my abangah! Baru berkesempatan jumpa kali ni setelah
memang lama betul tak jumpa! Tinggal kat Sarawak, time pulang ke Semenanjung
barulah dapat bertemu. Hero aku, korang tau kan, yang mana! Hihihi.
Ok lah! Itu saja buat waktu ni.
Till then!
#Salam kasih sayang!
Sunday, 24 January 2016
III~~ANGEL & HEART~~
Teks : Azaliza
binti Salmin
Foto : Mr. Google
Heart : It
happened again, babe! It happened again! I hate it!
Angel : Nape
ni? Sabarlah..kau dah ditakdirkan di uji sebegitu rupa!
Redha je lah!
Heart : Semudah itu? Memaafkan, buat lagi,
maaf balik, buat semula
benda yang sama?!
Di mana letaknya keihklasan dalam meminta
maaf tu? Janji takkan
berulang, tapi, benda yang sama berlaku
setiap kali! Apa tu?!!
Angel : Mungkin, dia masih dalam proses
pembelajaran…kot..
Heart : Begini lama?! Huh!
Angel : Sabarlah…….
Heart : Mungkin perlu sesuatu yang boleh
sedarkan dia dari lena yang
panjang!
Angel : Maksud kau?
Heart : Apa-apa aje! Yang mampu buat dia
sedar! Nah! Bagaimana aku
tidak terus
dengan keasyikan aku sendiri, andai begini aturan
kehidupan sebenar
aku?! Aku hanya insan biasa! Yang
dambakan kehidupan yang menggembirakan!
Aku bukan mahu
sentiasa gembira, tapi aku mahu saat-saat
duka aku bertukar
menjadi lebih menenangkan! Bukan asyik ulang
kesilapan yang
sama je! Kau faham?!!
Angel : Err…hampir….Hmm, dear..kau berserah
sahaja pada Yang Maha
Esa! Itu
lebih menenangkan. Percaya pada aku.
Heart : …….Ya…itu yang sentiasa akau lakukan,
dan akan terus
lakukan…….
Sunday, 17 January 2016
Teks : Azaliza
Salmin
Assalammualaikum!
Tengah buat ape tu?! Hihihi! Mesti sedang beristirehat bersama keluarga
tercinta, kan?!
Kala ini, aku
berada di kampung halaman tercinta ku, Kampung Tanjung Selabu, Muar, Johor. Ya
iya! Bersama ibunda dan ayahanda tercinta. Malam tadi ada kenduri “Yaasinan”
pihak lelaki dan turn ayah aku pula tu. Kalau orang Johor mesti biasa dengar
panggilan “Yaasinan” tu. Dalam sesebuah kampung, setiap bulan memang akan
diadakan bacaan Yaasin & tahlil di setiap rumah yang terdapat dalam kampung
tu secara bergilir-gilir. Belah lelaki dan belah perempuan, masing-masing
berlainan tau! Maksudnya, malam tadi dah settled Yaasinan belah ayah aku. Next
time, tunggu pula giliran Yaasinan belah mak pula. Haa! Cenggitu!
Oh ya! Abang aku
pun ada sekali! Lama tak jumpa satu-satunya abang kandung yang aku ada. Dia
bekerja di Sarawak bersama keluarganya. Memang sebab dah lama dia tak pulang ke
Semenanjung, seronok mak dan ayah ku. Yelah, anak jantan pulang, satu-satunya
pulak tu!
Hihihi.
Ok lah, sampai
sini dulu! Nanti aku upload gambar ya!
Till then!
#Salam kasih sayang!
Friday, 15 January 2016
WELL, IT'S NEW YEAR!!
Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Carian Google
Assalammualaikum, sahabat maya! Selamat Tahun Baru 2016! Walaupun memang dah hampir 2 minggu berlalu, tetap nak wish juga!
Well, well, well…….wild, wild west! Hihihi.. Uols know what?!! Aku telah ditugaskan untuk melakukan tugas baru! Yippiee! The one that I wish for since I’ve been transferred here! Heh heh heh! Thanx to my ex-boss & new boss here!
Wish come true..alhamdulillah! Bukan over excited, tapi teruja lah. Sebelum ni, aku semak invois pesanan tempatan dan kawalan keselamatan, right?! Now, aku dah tak perlu tengok tu semua (cewah! Ayat eksen sungguh!) Hahaha!
Aku ditempatkan di kaunter hasil, which is related to e_Terimaan. Sebelum ni, dari mula aku masuk kerja (2007)sampailah tahun lepas, aku menghadap e_SPKB dan e_Perolehan. This year onwards (insyaAllah), aku menghadap e_Terimaan pula! Lain la, kan dari kerja-kerja sebelum ni. Semangat nih, nak belajar new things! Hihihi!
Apepun, aku perlu selesaikan tugas-tugas yang aku buat tahun lepas hingga siap. Pembayaran memang settled, cuma nak memfailkan those vouchers tu yang belum habis lagi.
Yesss! Semoga aku lebih bersemangat untuk menjalankan tugas dalam kerjaya yang aku pilih ni! Wish me luck, guys! Hoping, I could manage my work properly, sebab ape tau?! Semalam 1st day aku belajar terima hasil tu. Nampak agak-agak chaos, dan aku pun memang nervous! Yelah, bila customer dah beratur, mulalah itu tak kena, ini tak kena. Semuanya seems menggelabah! Hihihi. Hari pertama aku keluarkan resit terimaan, 4 kali perlu dibatalkan! Hahaha! Takpe, kadang-kadang those errors yang membuat kita aware next time! Kan, kan!??!
Ok, sahabat! Hoping uols dalam keadaan happy sentiasa with what u’r doing! Sebab ape?! Sebab, doing things we loved, will never bring stress! InsyaAllah! Just like me! Tapi, langit tak selalu cerah, ok! Remember that!
Ok! Till then!
#Salam kasih sayang!
Subscribe to:
Posts (Atom)





