Wednesday, 23 August 2017

Cameron Highlands

Teks: Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!
Ok, aku nak share trip ke Cameron Highlands aritu!😍😍
Indahnya!!! Loved loved!

Kami bertolak pada pagi Sabtu, 12hb Ogos 2017. Memang bertolak awal sekitar jam 7.00 pagi. Mula-mula cadangnya jam 5 pagi, tapi oleh kerana suamiku bekerja malam sebelum tu, jadinya dilewatkan sedikit la perjalanan.
Perhentian pertama kalau korang naik ikut Simpang Pulai!
Ada kawasan untuk ambil gambar dari bukit ni!

Sampai di Cameron Highlands dalam pukul 12 tengahari. Huiiisshh! Untuk kamu-kamu yang tak berapa gemar jalan berbelok-belok, aku nasihatkan bawalah minyak/balm atau apa-apa sahaja yang boleh menghilangkan pening anda. Sebabnya, jalan nak naik Cameron berbelok-belok! Maklumlah, nak naik gunung kan! 
Penyelamatku! 😅

Trip ni adalah "budget trip" (aku yang gelarkan!). Sebabnya, bukan nak pergi berjimba-jimba, tapi sekadar nak menikmati keindahan alam di puncak sekaligus nak fe'feeling' oversea giteww! Hahaha! 

Sampai kat Cameron tu, aku nasihatkan korang2 yang mencari nice & beautiful views, pergilah hingga ke Tanah Rata. Jangan patah2 balik even korang dah jumpa 'Strawberry Farm', 'Lavender Farm', 'Cameron Valley'(kalau nak yang betul2 ladang, terus lagi ke depan sampai ke pekan Tanah Rata).
Yummiee! Sila abaikan muka monyok si kecilku! 😁

Oh ya! Aku naik dari Simpang Pulai, ok! Sebab kengkawan nasihatkan naik dari situ as aku ni kuat pening & jalan naik dari Tapah sangaattttt lah mencabar! (Bagi orang seperti aku!) 😉

Aku menginap di kawasan yang tepat! Alhamdulillah! Maksud aku, dari tempat menginap tu, aku berjalan kaki je untuk ke tenpat-tempat indah di Tanah Rata. Kawasan tu berhampiran dengan SJKT Tanah Rata. Syoknyeee! Memang superb!

Kat Cameron ni, dah tak payah susah-susah pasang air-cond! Hotel pun tak pasang! I am serious, babe! Memang sejuk!! Best!
Tempat penginapan kami 😃

So calm..SJKT Tanah Rata

Jalan kaki je amik angin. Loved!!

😍😍

Nice viewwwww..haishhh!! Loved loved!

Trip ni memang trip budget as we're just walked around nice places, breathtaking views there! All in one places there! Berdekatan dengan tempat penginapan kitorang. Agak tidak disangka dan syukur sangat2, sebab ni 1st time aku pergi dengan family, and there it was! Tepat seperti yang diimpikan! Hihihi.

Sesekali bawa anak-anak menikmati sambil mensyukuri keindahan alam, sangat berbaloi tau! 
Yelah, selalunya mesti nak ada kolam mandi, laut, atau aktiviti2 mencabar kan, kalau gi holiday. Tapi kali ini, idok wehh! Sibuk amik gambor je kami 4 beranak! 😊 Hok yang kecik tuh, belikan yoyo untuk dia, udoh! Hahaha!

Once korang dah sampai pekan Cameron, korang takkan sesat dah. Macam kitorang, ulang-alik situ juga. Ko nak ke pasar malam, pasar tani, ulang-alik naik turun jalan yang sama je. Takyah buka waze/maps pun! 

Sebelum pergi tu,actually, aku dah beritahu suami dan anak-anakku, yang aku nak pergi ladang teh. Yang memang betul-betul ladang tau! Yang ko boleh nampak saujana mata memandang. Cewahh! Ko akan jumpa Cameron Valley yang pertama (if ko naik dari Simpang Pulai) but it wasn't what I wish to see/go. Yang tu macam persembahan je sebab atas bukit & tak nampak langsung seperti ladang!
Nice, huh! 😂

Apabila kita di tempat orang, kenalah rajin bertanya, baru jumpa! 😉
Loved loved loved!! 😍😍😍

And yippiiii! Kitorang jumpa that ladang teh 'saujana mata memandang'. Ko kena turun je jalan arah Tapah. You'll find it there.
Actually ada lagi 1 Cameron Valley yang menyediakan laluan pejalan kaki untuk ke pokok-pokok teh.  Tapi dah jumpa yang ni dulu, then kitorang stop untuk amik gambar. Rupanya dihadapan yang ni (lebih kurang 2km) ada lagi Cameron Valley yang lebih terurus sikit untuk jenjalan ambil gambar. Tapi xpelah! Jadilah yang ni!

I remembered ada laluan jalan kaki kat ladang teh sebab aku pernah pergi masa form 5! Lawatan sekolah! And that was the last time I went to Cameron Highlands! Until now!😃 Alhamdulillah!
Momen terindah bersama yang tersayang 😘


Ok! Lain kali sambung travelog nih!
Till then! Enjoy!
#Salam kasih sayang!




Monday, 21 August 2017

Happy Monday, peeps!

Teks   :     Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Selamat hari Isnin uols! No Monday blues ok! As for me, memang jarang-jarang la Monday blues! Hihihi. Bukan nak berlagak ke ape, it's a fact.

I love my job!

Bila hari Isnin, kemain semangat berkobar-kobar tak nak minum manis, makan nasi sekali sehari, pagi-pagi buat oat je!
Tiba hari Rabu, pagi-pagi dok teringin bahkan terdetik,"eh, lama dah tak makan ..bla bla bla...hari ni je.."& so on. Kan kan?! Hahaha. Perempuan dengan mafsu-nafsi sebegini payah sikit nak control! 😉

Ok lah! Selamat bekerja, peeps!
Mmuahhh!

#Salam kasih sayang!

Friday, 18 August 2017

Teruskan Perjuangan! :)


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Hai!

Last weekend, aku dan family berjalan-jalan ke Cameron Highlands. Wahhh, what a very breathtakingly views there!! Saaangattttt cantik! ‘Hatiku tertinggal di sini’!
Seriously, sangat cantik, macam kat luar negara. Nanti aku upload gambar-gambar
eii.

Kasi teaser sikit! Oucchhh! 😏

My angels 😍

So, how’s my diet? Diet ke? Pemakanan sihat J. Hihihi. Masih diteruskan. Makan nasi, sekali sehari. Kurangkan minum air manis. Masih dapat dikawal.

Kalau baru start 2 minggu, mana ada Nampak perubahan, kan?! Unkown peoples or even relatives yang jarang-jarang jumpa, kalau terjumpa beramah-mesra sikit-sikit, they probably will ask nicely with sweetest smile, “dah berapa bulan?” Pfttt. And I will make a joke’s laugh (whatever it is) and said, “dah 14 bulan lebih dah, tak mau keluar-keluar” or sometimes nicely said, “ eh, taklah, tak mengandung pun,” and they will covered their shame by, well, you know how people act if they’ve wrongedly made up that statement. Hihihi. I don’t blame them after all. Pfttt. Kena sabar.  Hahaa!
Takpe takpe. Kuatkan semangat, teruskan perjuangan walaupun macam sikit punya hal je!

Bye, babes!


#Salam kasih sayang!

Thursday, 17 August 2017

HARGA MINYAK MALAYSIA (17.08.2017)


Okeyyhh!  Seperti yang dijanjikan minggu lepas, here’s the updates ‘bout harga petrol di negara Malaysia yang tercinta ini.

Khamis, 17hb Ogos 2017

Ron 95 à RM 2.15 (naik RM 0.03) =/
Ron 97 à RM 2.43 (naik RM 0.04) hashtag à redho
Diesel  à RM 2.04 (which is turun RM 0.02) 

So, that’s it! Dunno what to say. Kalau next week naik lagi, hmm, kite cerita panjang sikit naaaa.

Ok bye!


Tuesday, 15 August 2017

~~~LA LA LA~~~

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Hai!
Dia dah mula dah nak skip blogging! J J Hahaha!
Macam-macam alasan dah,, nak mai balik dalam mood diaaa!
Haisshhhhhhh!
Cuba konsisten, macam Vivy tuhh! Hishh!

Hahahaha!
Babai, guys!


#Salam kasih sayang!

Saturday, 12 August 2017

Pemakanan Sihat - (1)

Teks   :    Azaliza binti Salmin


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Actually, entri-entri tentang makanan sihat ni sesaje je aku share untuk tatapan bersama. Aku bukan pakar pemakanan tau! Aku cuma kongsikan apa yang aku tahu tentang pemakanan sihat dan betul. Should be the title is “Pemakanan Sihat”, kan?! Ok! I’ll correct it after this.

Aku bukan doktor, or any kind of them. My weight also above my BMI should be. Senang cerita, obes! Tapi, jauh di sudut hati ini naakkkkk sangat jaga pemakanan mengikut yang sepatutnya. Bukan susah pun. Tapi, sebab nak ubah kebiasaan yang dari dulu kita amalkan, tu yang rasa macam payah nauu! Maybe, through entri-entri dari diri aku sendiri, boleh ubah cara pemakanan aku yang biasa dari dulu tu, kepada yang sepatutnya. Motivated by myself lah kononya! Ehem!

Aku mengikuti sebenarnya, JK1M by Kevin Zahri, jenguk-jenguk juga ilmu tentang Atkins, errm, sape lagi? Rasanya tu je lah yang sentiasa aku follow tentang bab-bab diet & pemakanan sihat ni.

Dan daripada diorang-diorang ni yang aku dapat rumuskan, JAUHI GULA adalah perkara paling asas untuk gaya hidup sihat. Iya! Trust me! Segala makanan yang bergula, adalah sangat perlu dielakkan daripada mengambil dalam kuantiti yang lebih dari sepatutnya. Aku nak ceritakan pun tak berapa gheti ayat-ayat kesihatan ni. Hmm, macam ni. Tenaga diproses melalui gula yang kita makan. 

Apabila gula yang kita makan diambil secara berlebihan, gula yang tidak diproses akan tersimpan di dalam badan yang lama-kelamaan jadi makin banyak jika kita tidak berhenti mengambil gula daripada yang sepatutnya. Ia akan disimpan dan bertukar jadi lemak sebab dah terlebih. Faham tak? Gula diproses berdasarkan keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Kalau ko seharian kerja dok kat meja je, jadinya, kuranglah tenaga yang diperlukan, so, badan proses sikit je la gula yang ada dalam badan. Dah kalau pagi ko minum teh tarik, tengahari ko minum teh’o ais limau, malam ko minum kopi, gula akan berlebih-lebih dalam badan sebab tenaga yang ko perlukan tidaklah banyak mana. Kan?

Kalau mengikut Atkins pula, gula memang dilarang sebabnya lebih kurang macam yang aku terangkan tadi. Atkins melarang pengambilan gula 100%. Dalam setiap makanan yang disarankan oleh Atkins dalam proses Induksi, gula diperoleh dari protein dan lain-lain. Karbo hanya diambil sebanyak 10gm sahaja sehari sepanjang tempoh induksi. Tempoh induksi ni dalam Atkins kira macam tempoh untuk turunkan berat badan sehingga mencapaikan berat badan ideal. Badan akan memproses tenaga daripada karbohidrat dan gula yang ada dalam badan. Apabila karbo dan gula dah takde dalam badan, badan akan mencari sumber lain untuk memproses tenaga. Haa, tu yang boleh cepat kurus tu kalau diet Atkins nih! Sepanjang proses ni, badan akan memberi tindakbalas contohnya seperti ‘ketosis’  iaitu mulut akan jadi berbau sikit. Jadi, kena minum air banyak.

Itu sedikit sebanyak info yang aku pelajari dari Atkins. Tak taulah sampai ke tidak cara penyampaian aku tu! Harap korang faham, sebab penerangan aku tu mengikut apa yang aku faham. Hihihi.


Macam program JK1M tu, best sebenarnya. Ramai yang dah berjaya melalui program ni (Atkins pun ramai yang dah berjaya! Yang kuat semangat!). Ia bukan sahaja mengajar kita tentang jumlah kalori yang patut diambil oleh kita setiap hari mengikut apa yang badan kita lakukan seharian, ia mengajak kita untuk bersenam sekali! Buat yang ringan-ringan je. Dan senaman yang paling ringan dan mudah yang aku buat (tu pun malas memanjang! Pfftt!), à squat!
this is squat!

Senang je, tapi ikut mood je kalau nak buat! Tu la, lagi satu yang perlu dalam diri aku ni ialah KONSISTENSI! Huh!

Aku bukan taknak daftar program JK1M, tapi, tu la. Program ni dibuat dalam group tau. So, bila group masing-masing ni ade buat gathering ke ape, bab nak pi tu yang cam payah sikit. Ye! Aku tau, ada yang gemar dengan cara hidup bersosial dengan dunia luar sekali-sekala. But for me, I got heart to be taken care first. You know what I mean, right. Ya, ya! I know. Dah kalau my other half tak berapa gemar hidup-hidup sosial ni selain sosial dengan family sendiri, aku tak boleh buat apa-apa. Kang kalau melawan kang, Allah tak redha, then mesti tak kurus-kurus! Hahaha! Whatever!

So, if you guys out there ada sikit lebih kurang macam aku ke, don’t worry. Jom kita buat secara slow but steady! Please, my own! Perlahan-lahan takpe asalkan buat dan amalkan, daripada takde langsung!

Ok! Next time, kita cerita lagi pasal satu lagi benda asas iaitu BANYAKKAN MINUM AIR MASAK!

Till then!


#Salam kasih sayang!

Thursday, 10 August 2017

HARGA MINYAK MALAYSIA :-


 Okeyyhh!  Mulai hari ni, aku akan update untuk korang harga minyak di Malaysia yang akan berubah setiap hari Khamis. Kan, kan?!! Pffttt.

Khamis, 10hb Ogos 2017

Ron 95 à RM 2.12 (naik RM 0.05) Pffttt.
Ron 97 à RM 2.39 (naik RM 0.07) Pffttt.

Diesel  à naik RM 0.01 tapi aku tak tau berapa RM seliter skang nih sebab tadi Kool.fm, dak AG ngan Haiza #koolkanada tak beritahu harga dia. But, still naik jugak even RM 0.01. Pffttt.

Minggu lepas pun naik. Pffttt.


Ok bye!