Wednesday, 24 February 2016

~~eMoTiCOns~~


Teks    :           Azaliza binti Salmin

Foto     :           Carian Google


Assalammualaikum. Semoga semua pelayar-pelayar internet sedang berada dalam keadaan yang membahagiakan. InsyaAllah. Punya keluarga yang menggembirakan, teman-teman yang menyenangkan, dan punyai diri yang mengenali diri sendiri.

Apa aku merepek ni?! Hahaha!

Hurmmm...life goes on, must goes on. Apapun cabaran, dugaan, atau sebarang kekusutan yang kita alami dalam seharian, WAJIB kita tempuhi dengan redha. Tak selalu yang kita angankan, akan menjadi realiti, indah-indah belaka. Tidak! Kena selalu ingat tu! SUPAYA, apabila kita tidak dapat apa yang kita angankan, tidaklah kita terlalu ‘down’ sangat-sangat, atau jatuh rebah menyembah bumi, atau frust melebih-lebih. Kita kan manusia biasa. Kan?! Yang hanya mampu ..…..korang pun tau kan, sambunglah sendiri. Hihihi.

Mengapa entri aku kali ini begini? Entahlah. Uols can guess whatever and whatsoever, coz I don’t mind at all.

Life must goes on, on and on. Hurmmm. Eh?! Dok sebut tu je, macam tajuk lagu cerita ‘Titanic’, eik!?
“Life must goes on” dendangan Celine Dion. Entah, ye kot. Lebih kurang camtu ler tajuknya. Movie faveret aku tuh! Hahaha!

Ok! Think whatever u want to think. Guess whatever u want to guess.

I love u all!

#Salam kasih sayang!

Saturday, 20 February 2016

Gambar sekitar majlis 'Yaasinan'

Teks   :         Azaliza binti Salmin

Foto   :         My Arkib

Assalammualaikum, sahabat! Nak kibas sawang, dah siap kibas dah! Heh heh heh! Mengada awak ye, Azaliza!

Aku nak kongsi sikit gambar-gambar masa ‘Yaasinan’ kat kampong aku aritu! Kalau nak kira berapa hari, memang dah betul-betul banyak hari dah! Hihihi..tapi, aku tetap nak upload kat sini untuk kenang-kenangan.

Biasalah, majlis diadakan pada malam hari. So, di siang hari tu, banyaklah kerja yang perlu dilakukan. Bonda kesayanganku itu memang akan menggunakan tenaga cucu-cucunya untuk membasuh simen. Hahaha! Ingat senang ke nak buat sorang-sorang, kan?! Kesian bonda ku itu kalau buat sorang-sorang. Tak laratlah dia! Aku ambil gambar part ni je lah pulak! Huhu!

Ni pula, antara bunga telur yang aku siapkan. Ha! Orang Johor, biasalah dengan telur pindang, kan! Sedap wooo! Apa?! Tak macam telur pindang? Ha’ah pun! Tak buat betul-betul pun! Hihihi. My mom tak rebus bersama daun-daun yang sepatutnya, tu pasal tak gelap! Tapi rasanya, pehhhh, makan satu nak lagi dan lagi tau!


Ok. Ini antara gambar sewaktu majlis ‘Yaasinan’ berlangsung. Ermm, ye..nampak macam tak ramai, kan? Tapi masih ada di bahagian depan dan belakang yang aku tak ambil gambar-gambarnya. Yelah, banyak kerja perlu dibuat sebagai pembantu tuan rumah. Nak bagi bunga telur, siapkan hidangan, dan macam-macam lagilah! Melayan kerenah si kecil pun satu hal! Hihihi.

Ini adalah anak buahku yang tinggal di Sarawak. Iya, my abangah! Baru berkesempatan jumpa kali ni setelah memang lama betul tak jumpa! Tinggal kat Sarawak, time pulang ke Semenanjung barulah dapat bertemu. Hero aku, korang tau kan, yang mana! Hihihi.

Ok lah! Itu saja buat waktu ni.

Till then!

#Salam kasih sayang!


Sunday, 24 January 2016

III~~ANGEL & HEART~~

Teks               :           Azaliza binti Salmin
Foto                :           Mr. Google




Heart  :           It happened again, babe! It happened again! I hate it!

Angel  :           Nape ni? Sabarlah..kau dah ditakdirkan di uji sebegitu rupa! 
                       Redha je lah!

Heart  :           Semudah itu? Memaafkan, buat lagi, maaf balik, buat semula 
                       benda yang sama?! Di mana letaknya keihklasan dalam meminta 
                       maaf tu? Janji takkan berulang, tapi, benda yang sama berlaku
                       setiap kali! Apa tu?!!

Angel  :           Mungkin, dia masih dalam proses pembelajaran…kot..

Heart  :           Begini lama?! Huh!

Angel  :          Sabarlah…….

Heart  :           Mungkin perlu sesuatu yang boleh sedarkan dia dari lena yang 
                       panjang!

Angel  :           Maksud kau?

Heart  :           Apa-apa aje! Yang mampu buat dia sedar! Nah! Bagaimana aku 
                       tidak terus dengan keasyikan aku sendiri, andai begini aturan 
                       kehidupan sebenar aku?! Aku hanya insan biasa! Yang 
                       dambakan kehidupan yang menggembirakan! Aku bukan mahu 
                       sentiasa gembira, tapi aku mahu saat-saat duka aku bertukar 
                       menjadi lebih menenangkan! Bukan asyik ulang kesilapan yang 
                       sama je! Kau faham?!!

Angel  :           Err…hampir….Hmm, dear..kau berserah sahaja pada Yang Maha
                       Esa! Itu lebih menenangkan. Percaya pada aku.


Heart  :           …….Ya…itu yang sentiasa akau lakukan, dan akan terus
                       lakukan…….

Sunday, 17 January 2016

Teks   :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum! Tengah buat ape tu?! Hihihi! Mesti sedang beristirehat bersama keluarga tercinta, kan?!

Kala ini, aku berada di kampung halaman tercinta ku, Kampung Tanjung Selabu, Muar, Johor. Ya iya! Bersama ibunda dan ayahanda tercinta. Malam tadi ada kenduri “Yaasinan” pihak lelaki dan turn ayah aku pula tu. Kalau orang Johor mesti biasa dengar panggilan “Yaasinan” tu. Dalam sesebuah kampung, setiap bulan memang akan diadakan bacaan Yaasin & tahlil di setiap rumah yang terdapat dalam kampung tu secara bergilir-gilir. Belah lelaki dan belah perempuan, masing-masing berlainan tau! Maksudnya, malam tadi dah settled Yaasinan belah ayah aku. Next time, tunggu pula giliran Yaasinan belah mak pula. Haa! Cenggitu!

Oh ya! Abang aku pun ada sekali! Lama tak jumpa satu-satunya abang kandung yang aku ada. Dia bekerja di Sarawak bersama keluarganya. Memang sebab dah lama dia tak pulang ke Semenanjung, seronok mak dan ayah ku. Yelah, anak jantan pulang, satu-satunya pulak tu!
Hihihi.

Ok lah, sampai sini dulu! Nanti aku upload gambar ya!

Till then!

#Salam kasih sayang!

Friday, 15 January 2016

WELL, IT'S NEW YEAR!!

Teks   :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Carian Google

Assalammualaikum, sahabat maya! Selamat Tahun Baru 2016! Walaupun memang dah hampir 2 minggu berlalu, tetap nak wish juga!
Well, well, well…….wild, wild west! Hihihi.. Uols know what?!! Aku telah ditugaskan untuk melakukan tugas baru! Yippiee! The one that I wish for since I’ve been transferred here! Heh heh heh! Thanx to my ex-boss & new boss here!
Wish come true..alhamdulillah! Bukan over excited, tapi teruja lah. Sebelum ni, aku semak invois pesanan tempatan dan kawalan keselamatan, right?! Now, aku dah tak perlu tengok tu semua (cewah! Ayat eksen sungguh!) Hahaha!
Aku ditempatkan di kaunter hasil, which is related to e_Terimaan. Sebelum ni, dari mula aku masuk kerja (2007)sampailah tahun lepas, aku menghadap e_SPKB dan e_Perolehan. This year onwards (insyaAllah), aku menghadap e_Terimaan pula! Lain la, kan dari kerja-kerja sebelum ni. Semangat nih, nak belajar new things! Hihihi!
Apepun, aku perlu selesaikan tugas-tugas yang aku buat tahun lepas hingga siap. Pembayaran memang settled, cuma nak memfailkan those vouchers tu yang belum habis lagi.
Yesss! Semoga aku lebih bersemangat untuk menjalankan tugas dalam kerjaya yang aku pilih ni! Wish me luck, guys! Hoping, I could manage my work properly, sebab ape tau?! Semalam 1st day aku belajar terima hasil tu. Nampak agak-agak chaos, dan aku pun memang nervous! Yelah, bila customer dah beratur, mulalah itu tak kena, ini tak kena. Semuanya seems menggelabah! Hihihi. Hari pertama aku keluarkan resit terimaan, 4 kali perlu dibatalkan! Hahaha! Takpe, kadang-kadang those errors yang membuat kita aware next time! Kan, kan!??!
Ok, sahabat! Hoping uols dalam keadaan happy sentiasa with what u’r doing! Sebab ape?! Sebab, doing things we loved, will never bring stress! InsyaAllah! Just like me! Tapi, langit tak selalu cerah, ok! Remember that!
Ok! Till then!
#Salam kasih sayang!

Sunday, 13 December 2015

IT'S END OF THE YEAR!




Teks  :        Azaliza binti Salmin
Foto  :        Carian Google

Dush dash dush dash (konon-konon tengah sapu sawang)! Hahahaha!

Assalammualaikum, sahabat maya ku! Wahhhh! Lamanya tak menjenguk blog!
Iye! Inilah aku, akhir-akhir tahun memang sibuk. Ingatkan, bila dah tukar tempat kerja, takdelah sibuk bebenor! Ghupenye idak! Walaupun kerja memang dah berkurang juga berbanding sewaktu di PPWBP, tetapi ke’havoc’an dek kerana penutupan akaun 2015 memang masih aku rasai di sini, JPWPKL.

Of course lah, Azaliza oii! Awak tu dah memang bahagian kewangan, terima je lah! Hihihihi.

Ye! Memang sibuk. Masih lagi perlu kerja lebih masa. Walaupun tidaklah sampai jam 10 mlm dan ke atas seperti dulu (@ ofis lama), tetapi masih lagi keluar sebelum cerah, balik pula dah gelap. Mmuahahahaaa.

Oklah dulu ye! Banyak nak story mory, but haven’t got the chances to! Lappy saya buat hal lagi! Uwaaaa!

Till then!

#Salam kasih sayang!

Saturday, 14 November 2015

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA~~~

Teks  :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Mr. Google

Assalammualaikum…….

Ya Allah! Sweet nya filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’!

Well, I know that I seem too late to watch this movie..hihihi…but frankly, yup! Aku baru je tonton filem ni! Alahai…….

Tak tau la nak cakap macam mana. Starting yang macam biasa-biasa je, tapi lama-kelamaan hati bagai dibuai. Hmm, best! Fazura was sooooo gorgeous! She really are! Cantik, soft, cantik, cantik dan memang cantik!

At one time, macam sedih pun ade cite nih. Betul! Agaknya, aku memang betul-betul menghayati filem ni, kot. Hihihi. Dengan view yang saaaaangat mempesonakan aku. Bestnya bestnya! Soooo romantic!

Barisan pelakon yang mantap, jalan cerita yang best! Faizal Hussein tetap best, walaupun dia kelihatan tua sikit. Hihihi. He really are, right? Sebab sebelum ni, aku rasa Faizal Hussein ni macam awet muda je. Tapi dalam filem ni, memang nampak garis-garis tua tu. Oopss! Hihihi.

Hmmm…. I really adore Fazura!

Tak tau nak cakap ape lagi. Actually, aku nak cite pasal satu drama/filem muzikal
tajuknya “Hairspray”. Tapi, tergantung kat lappy! Tak sempat-sempat nak habiskan entri tu. Nanti aku cuba sambung. Nantikan ya!

Ok lah! Till then!

#Salam kasih sayang!