Friday, 1 September 2023

Kisah Abam Tesla

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT ..

Korang dah tonton podcast Nustix.com The Podcast Show by Caprice lom? Yang jemput abam Tesla dengan isteri pertama dia tu?

Aku saje la tengok, time lunch break hari Jumaat ni tadi.

Ermm, camner nak cite eik .. masing-masing ada pendapat masing-masing, kan. Lagi-lagi la zaman teknologi ni, semuanya pantas, semuanya berlumba-lumba nak bagi pendapat. Ha, termasuk la aku, hihihii.

Takde arr.. bagi aku, aku malas nak komen Abam Tesla tu .. aku tak rasa dia bijak pun, nak cite bab2 agama, nak guide isteri baru dia & so on .. malas nak komen yang tu, sebab aku memang tak rasa dia bijak pun. Hahaha.

Cumanya, untuk isteri pertama dia tu, dalam podcast tu dia kenalkan diri dia sebagai Mac (that’s how they called her, I don’t know how does it spell but the sound is like that 😊), bukan MAC jenama make-up tu ye, tapi MARCH.

Bagi aku, March seorang yang sangat tenang, humble dan redha dengan segala yang telah ditakdirkan untuk dia. Aku kagum dengan dia.

Yang buat aku rasa nak up post ni ialah dek kerana komen-komen netizen la.

Aterr bior lerr dia nak terima segala ketentuan dia dimadukan, yang komerr sakit hati kenapa? Nak cakap yang tak elok, bad words pasal dia, udah kenape?

Dia nak payung emas, bior lerr. Kalau benda tu jadik kat komerr, ha barulah komerr buat apa yang komerr rase betoii sangat tuhh!

Ishh, geram pulak kite membaca komen-komen komerr pasai bini pertama abam tesla tu.

Kalau aku pun, aku takkan jadi macam March tu. Macam yang bini Caprice, Farah Inalis a.k.a Elis, cakap. Wife pun boleh je untuk buat pilihan.

Yesss! Aku kalau berada dalam situasi wife pertama abam tesla tu, aku akan benarkan je dengan keputusan nak kahwin dua, TAPI, do let me free .. that’s it .. 😊

March memilih untuk setia pada suami dia, rela untuk dimadukan, Subhanallah! Kita sebagai perempuan patut sokong dia, sebab dia memilih untuk taat pada suami. Bila tengok keadaan March tu pun, elok je emosi dia. Takde la macam orang hilang pedoman ke hape.

Netizen je yang lebih-lebih tantrum.

Tapi ye la kan, kena faham juga netizen ni, mungkin tengah emo kot dengan isu nihh. Hihihii.

Apepun, kita doakan je la yang terbaik untuk mereka.

Cuma kan, aku rasa, podcast camni macam tak bawa apa-apa kebaikan pun kot. Entahlah, maybe sebab nak publisiti ke, nak meredakan isu poligami ni ke, atau apa pun intense podcast ni dibuat, aku rasa macam takde bawak pekdah pun. 

Sebab dalam tengah tengok abam tesla bercakap, macam mulut ni auto je sebut 'ntah ape-ape je la' etc. Bagi aku ye, AKU PUNYA OPINION tentang podcast ni. 😒

Antara banyak-banyak podcast yang aku dah tengok sebelum ni, aku prefer podcast 'OK! Let's Go' . 😊 Tengok satu episod, terpanggil untuk cari episod-episod lain.

But untuk yang ni, aku tak teruja nak tengok episod yang lain. Hat ni pun tengok tak abess! Hahahaaa 😁

Sekian untuk posting kali ini. Hahhaa, jarang-jarang dah aku up pasal isu-isu semasa Malaysia nihh!

 

Till then! Salam kasih sayang!


Wife pertama abam tesla

Host

Abam Tesla

Caprice

Farah Inalis



No comments:

Post a Comment