Wednesday, 26 December 2018

PULAU TIOMAN - part 3



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

AKTIVITI HARI KEDUA

Ok! And the day started!

Around 9am, kami naik teksi (Kembara, RM25/= sehala) untuk ke Jeti dan seterusnya naik bot bagi mengikuti aktiviti-aktiviti di dalam pakej yang kitorang ambil.
Ready nak naik bot!

Ada enam (6) tempat kitorang pergi dalam pakej ni. Coral Beach, Batu Malang, Shark Point, Salang, Taman Laut, and one more place aku lupa nama tempatnya. Tapi tempat tu just pergi and menyelam tengok coral. Kalau taknak menyelam, ko duduk je atas bot tu. Macam hubby and my youngest! J

Oh ya! Pakej yang aku ambil ni under Chatered Package, RM340/=. Kalau taknak chatered pun boleh, dewasa RM80 kanak-kanak RM30 (lebih kurang). Tapi, bot kongsi-kongsi dengan tourist lain. Kalau chatered ni, itu bot engkau yang punya! Hihihi. Tapi ade la orang yang tolong bawa.
Subhanallah!😍

Dekat Coral Beach ni, ya Allah! Cantik sangat pemandangan dan kebiruan lautnya, Subhanallah! Tempat yang paling cetek pun still ikan-ikan tak takut untuk datang dekat! Seronok tau! Anak kau yang kecik kalau takut nak ke tengah pun boleh nampak and acah-acah nak pegang ikan tu! Serious!
My boys! 😍😎

Lebih kurang sejam mandi-manda kat Coral Beach, tengok ikan guna gogle, memang best! Then, kitorang dibawa ke Batu Malang. Sebab apa dinamakan Batu Malang, aku pun tak tau. Rasanya, budak yang bawa kitorang tu ada beritahu sebabnya tapi aku lupa! Hihihi!
Di Batu Malang ni, kitorang menyelam. Bukan diving betul-betul sampai bawah tu, kalau ko pandai menyelam, ok la! Yang suam-suam suku macam aku ni, setakat menyelam gaya meniarap tu, pun dah nampak bawah laut tu dah seronok yang amat! First time tu! Nampak coral bawah laut, yang bentuk macam Rafflesia pun ada. Tak jejak kaki tau! Tapi pakai jaket keselamatan la, baru berani! Hahaha!

Lepas tu, kitorang di bawa pula ke Shark Point. Sebelum sampai Shark Point ni, bot akan berhenti di satu tempat untuk tengok shark melompat-lompat. Itu kalau kau bertuah la. Ala, yang macam doplphin melompat tu, tapi ini shark yang melompat. Kata budak tu laaaa. Aku ada ambil video shark tu tengah seronok lompat, tapi tang video tu, depa dah nak abih lompat. So tak nampak sangat lompatan depa. Hahahaha!
Kena berani, kalau tak rugi! 😀

Di Shark Point ni sama macam kat Batu Malang. Bot diberhentikan dan tourist silalah menyelam melihat keindahan bawah laut. Memang cantik, Subhanallah! Jangan risau, nama je Shark Point tapi shark kat situ baik-baik. Kata budak bawa bot tu lagiii! J J J

Ok! Lepas abis menyelam kat Shark Point tu, memang betul-betul lunch hour. So, kitorang dibawa ke Salang untuk makan tengahari. Kat sini jeti keempat kalau dari Mersing atau Rompin (like I said in previous post). So, banyak kedai makan, souvenir kat sini. Isi perut dulu, rehat-rehat, then sambung aktiviti semula!

Si kecilku memang suka tengok ombak laut 😄

Selepas lunch di Salang, kami dibawa ke Taman Laut. Haa, kat sini kita turun dari bot juga. Boleh melawat Muzium Taman Laut, berenang dan bagi ikan makan. Actually, masa menyelam dan di Coral Beach, kalaau korang ada bawa roti siap-siap, boleh je bagi ikan-ikan makan. Berdesup ikan datang bila kat tangan ko ada roti. Jinak! Hihihi. Cuma dekat Taman Laut ni, memang ada tempat khas la kononnya untuk ko bagi makan ikan. And katanya, ikan kat Taman Laut besau-besau! Aku tak tau lah, sebab kat Taman Laut aku and anak-anak mandi laut je. Lagipun nak ke tempat bagi makan ikan tu, tengah sangat. Tak bawa roti pulak tu. So, korang yang nak ke sana, ingat! Bawa roti!
Taman Laut

Oh ya! Masa yang diperuntukkan adalah terpulang kat korang. Batu Malang, Shark Point dan semua lah, kalau korang rasa dah puas, beritahu budak yang bawak bot tu. Depa tak tetapkan masa pun except di Coral Beach, 1 jam. Ala, lebih pun diorang tak kisah rasanya.

Selepas Taman Laut, kami dibawa ke …. tak ingat la nama tempat ni, untuk menyelam juga, tapi kitorang tak turun pun sebab nak hujan dah masa tu. Dekat atas darat tempat ni ada replika burung tiong (kalau tak silap aku). Haaa, tengok gambar kat bawah tu, kat situ la tempat terakhir yang kami sampai. Oleh kerana kami taknak terjun dan menyelam, kami terus ajak budak bawa bot tu balik sebab awan dah memang gelap macam nak ribut sangat.

Aktiviti yang kami lakukan hari tu berakhir lebih kurang jam 3 petang. Betul-betul hujan lebat turun sesampai je kami di tempat kami naik bot tu. Then, naik Kembara dan pulang ke Selesa Tioman Apartment, free and easy.

Aktiviti lepas hujan berhenti, my boys mandi swimming pool pulak!! As for me, sengal-sengal badan, lenguh kaki dan tangan terus melanda kerana seronok menyelam dan berenang di tempat-tempat yang diceritakan di atas. Hahhahaha! Bak kata my husband, ‘tadi, mama lah juara!’ Sebab lepas balik dari aktiviti in those pakej, aku yang terbongkang dalam bilik! Hahaha!
Depa ronda naik motor sampai sini!

Burung tiong kan?! Hihi

Suami aku and anak-anak ronda naik motor di kawasan sekitar yang berhampiran sambil membeli makanan untuk makan malam kami. Kebetulan, ada pasar malam masa tu, aku tak tau kat mana sebab tak ikut, tapi hubby cakap kat kawasan yang ada replika burung tu.
Malam tu, kitorang tak keluar sebab makanan dah ada. Kitorang tengok movie through my hard disc. Heh heh heh! Bijak ke bijak?!
Depa ronda sampai sini lagi tau! 😀 Tadi naik bot sampai sini gak!

Ok! Perjalanan cerita dah sampai ke hari terakhir. Gambar-gambar disimpan sebagai kenangan. 😊

 To be continue ya, untuk hari terakhir pula!
  
#Salam kasih sayang!


Crystal clear water!



Aku memang suka berenang & mandi laut! My swimming attire is from #Misclaire ! 😉




Monday, 24 December 2018

PULAU TIOMAN 2018 - part 2


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Ok! Aku sambung cerita post sebelum ni!

Sampai di Jeti Tg. Gemok, Rompin, aku terus cari kaunter Bluewater untuk ambil tiket feri yang telah ditempah melalui pihak Selesa Tioman Apartment sebelum ni. Tapi kan, kaunter tu dah bukan namanya Bluewater, tapi ape ntah, aku pun lupa. Tapi memang takde pun papan tanda tulis Bluewater Company masa tu. So, tanya Customer Service kat situ la.
Memandangkan aku sampai takde la awal sangat, jadi kitorang tak tunggu lama pun. Dalam setengah jam macam tu, feri pun sampai.

Perjalanan dari Tg. Gemok ke Jeti Tekek mengambil masa 2 jam lebih. So, standby ubat mabuk awal-awal untuk mereka yang tak biasa dengan ombak debushh debashh dalam feri tu. Hihihi.

Untuk ke Pulau Tioman, ada 4 perhentian jeti. Tekek adalah perhentian ketiga.  Yang akhir sekali ialah Salang. Yang pertama dan kedua, aku sudah lupa la nama hentian tu!! Hahaha!
So, korang kena tau kat hentian mana perlu turun untuk sampai ke tempat penginapan yang korang dah booking tu. Lain hotel, lain hentian dia, k! Kumpul info-info tu semua dari hotel / tempat penginapan korang sebelum bertolak. J

Sesampai je di Jeti Tekek, akan ada banyak teksi-teksi yang menunggu. Takdelah, banyak sangat, tapi kalau korang dah deal ngan hotel untuk dapatkan satu kenderaan untuk bawa ke hotel, diorang dah siap-siap tunggu di luar jeti. As for me, aku memang saje je nak bagi anak-anak merasa naik Fortuner, dok tang belang tu, so alhamdulillah, dapat gak diorang merasa deruan angina tanpa bumbung atas 4WD tu. Hihihi.

Tapi tu la, yang tak berapa syoknye, pemandu teksi ni walaupun hotel dah suruh ambil kami je, diorang pandai! Yelah, nak cari income lebih kot, so masa time nak ke hotel tu, kami berkongsi dengan 2 orang tourist lain. Redha je laa asalkan anak-anak happy dok belakang. J
Selesa Tioman Apartment

Selesa Tioman Apartment, memang best! Servis pun tiptop. Maybe sebab bukan musim cuti, customer pun tak ramai. So, layanan kepada kami memang best lah! Hihihi. Boleh dikatakan macam tourist guide staf-staf di sana. Diorang sendiri admit, kalau musim cuti sekolah, memang diorang sendiri tidak terlayan. Hahhaa! Best timing aku pegi nihh!
So, petang sampai tu, kitorang tak gi mana-mana. Berendam di kolam renang je sambal mencari info tentang pakej-pakej aktiviti yang ada di Pulau Tioman tu. Survey dan cari dengan pihak hotel je, sangat membantu dan senang!

Kitorang ambil pakej yang mampu je dan mengikut bajet yang ada tapi banyak juga aktiviti yang disediakan. Ok la tu kan! Bercuti semampu kte je, buat ape nak pening-[ening kepala, rite?!! J

Malam hari pertama gak mencabar sikit sebab nak cari kedai makan cam payah nak bergerak. Kitorang sewa motor RM60/= untuk 24 jam. Motor pun alahaiii, hat Boon Siew tu! Hihihihi. Ok la asalkan dapat gerak. Tapi, malan hari pertama tu kitorang minta hotel untuk panggilkan shuttle bawa kitorang ke bawah nak cari makanan. Selesa Tioman Apartment ni letaknya cam atas bukit sikit, that’s why nak makan tu kena turun bawah. Hihihi.
Ni la shuttle Berjaya Hotel :)

Gambar tak berapa nak clear! Hihi!
Tu pasal aku cakap, sebab bukan musim cuti sekolah, shuttle pun ok je bila pihak hotel panggil untuk bawa kitorang ke bawah (sebab shuttle ni Berjaya yang punya!). Kalau tak, korang kena tunggu shuttle tu datang every 30-45 min camtu. Hmmm, so lucky alhamdulillah.
Ni kat Berjaya Hotel. Shuttle hantar sampai sini je,
pastu menapak la kitorang ke warung makan.



Lepas shuttle hantar sampai ke Berjaya Hotel, kitorang pun menapaklah ke warung yang paling dekat. Jauh jugak wehh menapak tu. Tapi takpe, exercise!







Lepas makan, menapak ke Berjaya Hotel dan shuttle pun hantar balik ke Selesa Tioman Apartment! Gitewww.

Okeh! To be continue!

#Salam kasih sayang!