Teks : Azaliza binti Salmin
Assalamualaikum, hai guys!
Hmmm. Makin lama makin kekurangan peruntukan
dalam sektor pendidikan terutama dari segi pengurusan pejabat. Sampaikan
ink/toner printer pun dah kena beli sendiri! Mungkin tidak di sekolah-sekolah,
tetapi di antara sekolah dan kementerian, yang berada di antara tu! Kalau
setakat dawai kokot tu masih boleh lagi, rasanya macam dah beratus-ratus kotak
dah beli dah untuk kegunaan pejabat, demi negara tercinta! Ceh!
Terbaru ni, ink/toner printer aku beli sendiri
dek kerana ketiadaan peruntukan untuk pembelian peralatan pejabat sejak awal
tahun! Dah la duduk di kaunter yang memerlukan berhadapan dengan orang awam,
nak keluarkan resit lagi! Belum lagi orang minta salinan resit yang lepas-lepas!
Semuanya melibatkan toner printer tuh!
Kadang-kadang, bengang pun ade. Yelah, aku pun
bukan selamanya berjiwa suci hati nurani, ikhlas segalanya demi negara! Orang
kaya makin senang, kite yang sederhana ni macam hape! Ntah ape-ape!! Dok bersidang
kat Dewan Rakyat tu takde yang terfikir ke pasal kekurangan peruntukan dalam
sektor pendidikan!?! Dalam berita huhahuha juta-juta diperuntukkan, tapi ke
mana?!! Pendidikan tu merangkumi pengurusan pejabat, bukan hanya akademik dan sekolah sahaja! Kena ingat tu!
Well, aku cuma menjelaskan kenyataan dan hakikat
yang sedang aku sendiri alami bekerja di sektor pendidikan. Mungkin, belum
turun kot peruntukannya, atau, entahlah! Malas nak fikir!
No comments:
Post a Comment