Teks : Azaliza
binti Salmin
Assalammualaikum!
Hai, semua! Salam Jumaat! Moga hari ini memberikan sesuatu yang bermakna buat
kalian semua. InsyaAllah.
Saje
nak cerita nih! Aduiii! Pagi ni time nak gi kerja, si Kancil WJJ 21** aku tu
buat hal!
Enjin tak mau hidup! Haaaa! Dah la hari ni encik suami tersayang kena
pi Langkawi! Time-time camni dia nak wat hal pulak! Sudahnye, kena naik Alza
encik suami laa!
not my car! 😖 sekadar hiasan! |
Yang
bestnye, aku ni dah biasa bawak kereta cute miut, tak pasal-pasal pagi ni kena
bawak kereta besar pulak (walaupun Alza tu takdelah besar mana bagi korang)!
Hahaha! Bagi aku, Alza tu besar la! Yelah, Kancil kecik je!
Gigil
wehhh, nak bawak kereta besar, apatah lagi malah berpatah-patah lagi, kereta tu
kesayangan encik suami! Aku tau la apa yang aku maksudkan kesayangan! Sebab,
memang suami aku ni jenis yang sayangkan semua hak dia! Sangat caring! Termasuk
la kami ni,
isteri & anak-anak die! Motor, kereta, semua dijaga tip top
tip!
gambar sekadar hiasan 😍 |
Hmm,
nak parking lagi, pun satu hal. Yelah, kereta besar! Huishhh! Mencabar! Tapi,
aku berjaya parking juga akhirnya walaupun ade senget-benget! Hahaha!
Saje
je nak cerita keterujaan membawa kereta besar secara tiba-tiba! Kahkahkah!
Akhirnya!
Ok
lah! Till then! Bye!
#Salam
kasih sayang!
No comments:
Post a Comment