Monday 31 October 2016

"QUOTES"

Teks            :         Azaliza binti Salmin

Foto            :         Mr. Google

Assalammualaikum. Salam Isnin buat semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Aamiin Aamiin Ya Rabb.

Ok. Hari ni aku nak menulis mengenai “Quotes” atau dalam bahasa Melayu disebut “Pepatah”, kalau tak silap aku. 

Aku suka dengan ‘quotes’ ni tau. Ia seolah-olah melambangkan apa yang kita rasa atau alami, melalui kosa kata yang indah. Especially English quotes. Aku bukan membangga-banggakan bahasa penjajah tu, tapi memang aku suka bahasa Inggeris. Jangan tanya kenapa, kerana aku sendiri tak tau mengapa.

Apa yang boleh aku bingkiskan, kadang-kadang aku rase, penyampaian dalam bahasa Inggeris ni lebih sopan dan tak mengecilkan hati orang bila kite nak luah sesuatu yang kite pendam. Bagi aku la. Aku minta maaf ye. Seriously aku bukan tak suka bahasa kebangsaan kita. Mustahil! Sebab aku pun bukan lancar sangat dengan bahsa penjajah tu! Aku cuma suka kalau nak luah sesuatu tu, dalam bahasa Inggeris. Tu pun bercampur-aduk, kan. Entah la! Tak tau kenapa. Hihihi.

          “Love began with a smile,
           
           Growing with a kiss,
           
           End with tears..

When you were born, you were the one crying & everyone around you is smiling..

Live your life, so that when you die, you’re the one smiling & everyone around you is crying

Best, kan?! Ada lagi!

          “If you love something, set it free
           
                   If it comes back to you, it yours to keep
           
                          But if it doesn’t, it was never meant to be”

Haa! Yang ni kalau korang nak tau, aku ambil dari majalah Ujang atau Gila-Gila masa darjah 5! Seriously, babe! Aku hafal, sebab aku rasa quotes ni best! And yes! Bila dah besar macam ni, quotes ni memang membawa makna. Kan, korang!!?!

Actually, banyak lagi quotes yang aku simpan since sekolah. Tapi, mana entah bukunya. Dari majalah Siswa, Quest, memang banyak kata-kata indah yang diselitkan. “Time waits for no men”. Hmm, lagi tak ingat dah.

Dalam entri sebelum-sebelum ni pun ada secara tidak sengaja aku titipkan kata-kata indah. Tak tau la perasan ke tak. Hahaha!

Last but not least, pepatah yang aku baru terjumpa dan menambat hati aku untuk mengingati the words;

          “Andai kita sudah dilupakan,
               Maka belajarlah untuk melupakan”

Hah, gitew! 

Till then!

#Salam kasih sayang!





No comments:

Post a Comment