Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google
Kita
hidup di gunung, merindukan pantai
Kita
hidup di pantai, merindukan gunung
Kalau
kemarau, kita tanya bila hujan?
Di
musim hujan, kita tanya bila kemarau?
Duduk
di rumah, berkeinginan untuk keluar
Setelah
keluar, berkeinginan untuk pulang
Waktu
sunyi, mencari keramaian
Waktu
ramai, mencari ketenangan
Ketika
bujang, mengeluh keinginan untuk berkahwin
Sudah
berkeluarga, mengeluh belum memiliki anak
Setelah
ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup
Ternyata, sesuatu nampak
indah kerana belum kita miliki….
Bilakah
kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada,
tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki…….
Jadilah
peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita
miliki…….
Mungkinkah
sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup
mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar……
Tapi,
kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini……
Begitu juga
bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat
keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan Nampak buruk……
Jadi,
janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun kecil. Janganlah menutup
hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku…….
Syukuri
apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.
Kerana
hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu
dipertanggungjawabkan……
Bersyukurlah
atas nafas yang masih kita miliki
Bersyukurlah
atas keluarga yang kita miliki
Bersyukurlah
atas pekerjaan yang kita miliki
Bersyukurlah
atas kesihatan yang kita miliki
Bersyukur
atas rahmat dan nikmat yang kita miliki
Bersyukur
dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara
Semoga
kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur
~~~Syukur
itu indah~~~
p/s : peringatan untuk diri sendiri
Till then…
Salam kasih sayang…
No comments:
Post a Comment