Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum, hai semua!
Alhamdulillah. Hampir 2 bulan aku di tempat kerja baru selepas ditukarkan atas
kepentingan perkhidmatan. Ya, aku ditempatkan di sebuah sekolah rendah, dikelilingi
3 buah sekolah lain di sekitar Taman Shamelin Perkasa.
So far so good, alhamdulillah.
Aku dah dapat membiasakan diri dengan kesesakan lalulintas di waktu pagi,
bersaing dengan ibubapa lain yang menghantar anak ke sekolah, bersaing di lampu
isyarat nak masuk kawasan sekolah yang empat (4) di sini. Hahahaa, korang fikir
sendiri la cemaner gaya sesaknya.
Memang mula-mula tu, aku stress, mood aku selalu hilang bila menghadap jem
tu, sangat-sangat stress. Hilang mood aku nk bekerja setiap kali tak lepas
lampu isyarat sebab kereta yang sangat banyakkkkkk! Pehh, memang gangguan jiwa
pada awalnya.
Bukan aku tak mohon untuk ditukarkan ke sekolah yang lebih hampir dengan
kawasan rumah aku, dah mohon dah. Tapi tak dapat dipertimbangkan kata depa. Aku
dah mengadap depan-depan untuk memohon, hantar surat rasmi, tapi tak dapat.
Jadinya, aku akur dengan segala keputusan, sebab aku yakin percaturan yang
Allah buat untuk aku. Aku yakin, permohonan pertukaran aku tak lulus mesti sebab
ada jalan untuk aku atasi stress aku tu.
Yes, alhamdulillah. Aku dah berjaya harmonikan perasaan aku di waktu pagi
tu. Pengorbanan diperlukan untuk itu. I can handle it now,
tq Allah 😊
17 tahun kerja di PPD dan Jabatan Pendidikan, bila ditempatkan di
sekolah, of course 98.9% kerja adalah berbeza and its all new for me. Aku suka. Hihihii. Memang niat aku kalau ditukarkan, aku
nak ke sekolah sebab aku nak belajar corak kerja di sekolah pulak. Allah grant
it to me, terima kasih, ya Rabbi.
”Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”...?
Salam kasih sayang ~