Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT ..
Mode cuti still on! Tapi, apabila anak-anak dah meningkat dewasa ni
apatah lagi yang sulungku tu dah berkerja, nak bercuti bersama-sama tu agak
sukar dah 😊
Yelah, waktu berkerja kami tak sama. Dia cuti seminggu satu hari je. Biasalah
tu, kalau kerja swasta. Just cherish, asalkan tak duduk goyang kaki je di
rumah. Anak bujang, kan!
Ok! Berkaitan entri-entri aku yang sebelum ni, tentang kegelapan, solar
storm dan sebagainya, aku berpendirian untuk bersedia dari segi persiapan.
Bukan aku nak meng’iyakan semua tu, ada kemungkinan benda tu tak akan terjadi,
wallahu’alam. Tetapi, bersedia semampu
kita juga tak salah. Kalau kejadian tu tak terjadi, alhamdulillah, syukur
sangat-sangat. Things and stuff yang kita dah prepared tu, kita guna je dalam
kehidupan harian kita.
Bersedia kemudian tawakkal kepada Allah.
Frankly speaking, disebabkan perkongsian dari Tuan Abdul Khalid Abdul
Aziz tu yang sedikit sebanyak mengubah aku, menyedarkan aku tentang akhir zaman
ni. Aku tak kata aku percaya 100%, tidak! Tapi disebabkan perkongsian beliau,
buat aku anxiety beberapa ketika. Aku jadi takut, cuak dan macam-macam perasaan
lagi. Dari situ, aku mula perbaiki diri aku sendiri. Pernah terlintas di hati
aku, ‘betul ke aku akan lalui akhir zaman ni?’ ‘Bersedia ke aku andai Allah tarik
nyawa aku sekarang? Asbab tak nak melalui dahsyatnya fitnah akhir zaman?’
Kadang-kadang, ada benda yang menjadi titik punca kita berubah, walaupun
sedikit cuma. Aku amat bersyukur pada Allah Ta’ala untuk itu.
Pilihan semua di tangan kita, samada nak mempercayai atau tidak, nak
bersedia atau tidak, there’s Choice between Birth and Death. Betul tak?
Bagi aku, apa yang paling penting ialah hati. Kalau kita tak nak percaya
sekalipun, usahlah kita memburuk-burukkan orang lain. Sekiranya kita nak
percaya, janganlah terlalu taksub kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa
yang akan terjadi nanti.
Yang penting, keimanan dalam hati perlu kita jaga. Perbaiki diri demi
kebahagiaan di akhirat nanti. InsyaAllah.
Till then!
Salam kasih sayang!