Friday 31 March 2017

JUMAAT 31.03.2017

Teks   :         Azaliza binti Salmin


Hai! Assalammualaikum, semua!

Ya! Dah! Encik asben kesayanganku sudah kembali ke pangkuanku dan anak-anak! Minggu lepas! Hahaha! Syukur, Alhamdulillah!

Nak bagitau tu je sebenarnya! Yelah, tetibe boleh terberhenti pulak countdown aku tu! Hihihi. Sibuk la. Well, aku masih di tempat kerja lama, bahagian kaunter kutipan hasil. Belum ada sebarang pertukaran lagi, walaupun aku macam dah nak mencuba benda baru pula!

Tengoklah nanti macam mana. Samada aku ingin ke tempat lebih tinggi, atau turun ke sekolah di mana segala permulaan urusan kewangan & akaun. Heh heh heh!

Sekarang ni musin tak menentu. Pagi hingga tengahari, panas terik, tapi hujan lebat di petang hari. Hmm, bersyukur sahajalah Malaysia tidak ditimpakan dengan bencana yang lagi dahsyat, kan!? Panas dan hujan tu kan biasa! Syukur syukur, ya Allah! J

Ok lah! Till then uols!

#Salam kasih sayang!



Tuesday 21 March 2017

SELASA 21.03.2017

Teks   :         Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Hihihi. Dah macam countdown pula tajuk aku! Countdown bile my hubby nak balik dari tugasan luar! Hahaha! Mengade-ngade!

Actually, kan, memang since kahwin lebih kurang 14 tahun lepas, aku jarang ditinggalkan kerana tugasan oleh suamiku. Bukan tak pernah, tapi paling lama pun dalam 4 hari. But this time, dah nak seminggu dah! Hahaha! Cabaran! Nasib baik anak-anak dah besar. Mmuahahaha!

Ate! Udah koje, nak buat lagu mane lagi, kan! Aku pun kalau ditugaskan untuk kerja luar seperti itu, tak tolak punya aihh! Bila lagi nak bekerja sambal cuci-cuci mata!

Oh ya! Suami aku kena bertugas di LIMA, Langkawi. J

Hmm, kena fikir nak masak ape petang ni dan esok untuk budak-budak yang di rumah tu! Kalau payah sangat nak fikir, beli sahaja! Hahaha!

Ok lah! Till then!


#Salam kasih sayang!

Monday 20 March 2017

ISNIN 20.03.2017

Teks   :         Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Salam Isnin yang indah! Hari ini, Allah SWT menurunkan hujan di Subuh hari, memberi kedinginan yang mengasyikkan, membuat mata memberat untuk dibuka, betapa malas untuk memulakan rutin harian. Tapi, semua perasaan itu mampu ku tepis, kala memikirkan anak-anak yang akan ditinggalkan siang hari nanti, kelaparan andai aku melayan keasyikan dingin pagi tadi.

Hahahaha! Giteww! Sekali bermadah, haa! Ambik kau! Tapi, jenuh wei nak memikir ayat yang indah-indah! Berapa kali punya ‘backspace’ daa! My talent dalam bermadah sudah lama tiada. Sangattt lama!

Cuti sekolah tak ke mana-mana, kerana sekolah yang bercuti dan aku bukanlah guru. Hujung minggu lepas, aku membawa anak-anakku berjalan-jalan, bagi menggantikan hari-hari yang akan aku tinggalkan mereka dek kerana tuntutan kerja. Nak buat macam mane, kan?! Pandai-pandai lah nak membahagiakan anak-anak kite, ye tak?!


Ok lah, sampai sini je dulu.

Till then!


#Salam kasih sayang!

Friday 17 March 2017

CERITA PAGI JUMAAT

Teks   :        Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Hai, semua! Salam Jumaat! Moga hari ini memberikan sesuatu yang bermakna buat kalian semua. InsyaAllah.

Saje nak cerita nih! Aduiii! Pagi ni time nak gi kerja, si Kancil WJJ 21** aku tu buat hal!
not my car! 😖 sekadar hiasan!
Enjin tak mau hidup! Haaaa! Dah la hari ni encik suami tersayang kena pi Langkawi! Time-time camni dia nak wat hal pulak! Sudahnye, kena naik Alza encik suami laa!

Yang bestnye, aku ni dah biasa bawak kereta cute miut, tak pasal-pasal pagi ni kena bawak kereta besar pulak (walaupun Alza tu takdelah besar mana bagi korang)! Hahaha! Bagi aku, Alza tu besar la! Yelah, Kancil kecik je!

Gigil wehhh, nak bawak kereta besar, apatah lagi malah berpatah-patah lagi, kereta tu kesayangan encik suami! Aku tau la apa yang aku maksudkan kesayangan! Sebab, memang suami aku ni jenis yang sayangkan semua hak dia! Sangat caring! Termasuk la kami ni,
gambar sekadar hiasan 😍
isteri & anak-anak die! Motor, kereta, semua dijaga tip top tip!

Hmm, nak parking lagi, pun satu hal. Yelah, kereta besar! Huishhh! Mencabar! Tapi, aku berjaya parking juga akhirnya walaupun ade senget-benget! Hahaha!

Saje je nak cerita keterujaan membawa kereta besar secara tiba-tiba! Kahkahkah! Akhirnya!

Ok lah! Till then! Bye!


#Salam kasih sayang!

Thursday 9 March 2017

Yuhuuuu!

Teks    :           Azaliza Salmin


Assalammualaikum! 

Bulan Mac sudaaa untuk tahun 2017 ni! & this is my very 1st entry for this year! Hahha!

Hmm, what else to say other than no idea, no idea, and still no idea! Ceh! Omputih kate ape tau?! ‘Cliché’ u know?! Klise! Macam drama-drama Melayu kite skarang nih, uols!! Very de cliché!

Sihat korang? Aamiin aamiin, moga-moga anda semua berada dalam keadaan yang anda sendiri harapkan. Sihat, gembira, kaya, dan berjaya!

Sekarang ni, tengah hangat pasal isu kes pembunuhan orang Korea Utara tuuu! Hishh, menakutkan juga bila tengok berita terkini tentang pergolakan hubungan antara 2 negara ni! Mana tak nye, kite semua terlibat sekali la kan?! Malaysia dan Korea Utara, negara komunis!

Moga-moga, jalan perdamaian antara 2 negara ini dapat dicari dan kesepakatan dapat dicapai demi menjaga hubungan baik sebelum ini yang terjalin. Tapi, baik ke? Entahlah. Yang pasti, akibat daripada isu pembunuhan tersebut telah mencetuskan pelbagai kesan dan reaksi yang kadang-kadang macam takut untuk aku fikirkan. Hmm, berdoa sajelah untuk kebaikan dan kesejahteraan Malaysia. Aamiin aamiin, insyaAllah.

Ok lah! Till then!

#Salam kasih sayang!