Tuesday 26 September 2017

ABANG LONG FADIL 2



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, guys! Hai!

Last weekend, aku n family pergi menonton wayang cerita “Abang Long Fadil 2” arahan Syafiq Yusof. Yes, adik kepada Syamsul Yusof, anak kepada Yusof Haslam. Hehhehh!
Sila abaikan suamiku yang sedang ketiduran tu ye! Acah-acah je tu! Sedang menunggu tayangan bermula 😊

Best. Lawak. Family’s movie. Bergelak ketawa bersama while watching. 98.5% satisfied, even if you bring along your 6 years old child also, they will laugh together. Really. Great.
Walaupun filem ni boleh dikategorikan mustahil & tak mungkin, tapi, rekaan watak dan situasi ciptaan dalam filem ni disembunyikan/dipatahkan/or whatsoever tak tau nak sebut, oleh lawak-lawak selamba oleh pelakon-pelakon yang hebat. Hmm, I am weak in expressing my feeling/thought by words lah! Adeii, macam mana nak jadi pengulas camni! Hahaha!
Okay, continue.

Memang seronoklah filem ni. Berbanding filem arahan abangnya tu, aku 100% lebih suka filem yang macam ni. Anak-anak pun boleh tengok tanpa kerisauan ibu bapa. Takdelah tunjuk sangat gangster ala-ala ‘bajek gerek’ nau dalam cerita-cerita ciptaan Syamsul Yusof tu. Sori ya! Just my 2 cents as a parents J.

Cuma, ending cerita ni macam sejibik cerita ‘Fast & Furious’ ke berapa, aku tak ingat. Tukar kontena berisi gazelion wang kertas di tempat yang hanya pelakon utama je tau. Kan kan??! Cuma tak tiru sangat watak Toretto je. Huhuhu!
Alah, pengarah muda lagi. Next time, boleh kembangkan dan luaskan sedikit pemikiran dan idea dalam mencipta filem-filem genre macam ni, yang takde tiru mana-mana filem barat. InsyaAllah.

Ok lah! Sekian saja untuk waktu ini.
#Jangankecam saya
#Hanyasecebispandangan
#Darikacamatapenonton

Peace yo!

#Salam kasih sayang!

No comments:

Post a Comment