Wednesday 23 August 2017

Cameron Highlands

Teks: Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!
Ok, aku nak share trip ke Cameron Highlands aritu!😍😍
Indahnya!!! Loved loved!

Kami bertolak pada pagi Sabtu, 12hb Ogos 2017. Memang bertolak awal sekitar jam 7.00 pagi. Mula-mula cadangnya jam 5 pagi, tapi oleh kerana suamiku bekerja malam sebelum tu, jadinya dilewatkan sedikit la perjalanan.
Perhentian pertama kalau korang naik ikut Simpang Pulai!
Ada kawasan untuk ambil gambar dari bukit ni!

Sampai di Cameron Highlands dalam pukul 12 tengahari. Huiiisshh! Untuk kamu-kamu yang tak berapa gemar jalan berbelok-belok, aku nasihatkan bawalah minyak/balm atau apa-apa sahaja yang boleh menghilangkan pening anda. Sebabnya, jalan nak naik Cameron berbelok-belok! Maklumlah, nak naik gunung kan! 
Penyelamatku! 😅

Trip ni adalah "budget trip" (aku yang gelarkan!). Sebabnya, bukan nak pergi berjimba-jimba, tapi sekadar nak menikmati keindahan alam di puncak sekaligus nak fe'feeling' oversea giteww! Hahaha! 

Sampai kat Cameron tu, aku nasihatkan korang2 yang mencari nice & beautiful views, pergilah hingga ke Tanah Rata. Jangan patah2 balik even korang dah jumpa 'Strawberry Farm', 'Lavender Farm', 'Cameron Valley'(kalau nak yang betul2 ladang, terus lagi ke depan sampai ke pekan Tanah Rata).
Yummiee! Sila abaikan muka monyok si kecilku! 😁

Oh ya! Aku naik dari Simpang Pulai, ok! Sebab kengkawan nasihatkan naik dari situ as aku ni kuat pening & jalan naik dari Tapah sangaattttt lah mencabar! (Bagi orang seperti aku!) 😉

Aku menginap di kawasan yang tepat! Alhamdulillah! Maksud aku, dari tempat menginap tu, aku berjalan kaki je untuk ke tenpat-tempat indah di Tanah Rata. Kawasan tu berhampiran dengan SJKT Tanah Rata. Syoknyeee! Memang superb!

Kat Cameron ni, dah tak payah susah-susah pasang air-cond! Hotel pun tak pasang! I am serious, babe! Memang sejuk!! Best!
Tempat penginapan kami 😃

So calm..SJKT Tanah Rata

Jalan kaki je amik angin. Loved!!

😍😍

Nice viewwwww..haishhh!! Loved loved!

Trip ni memang trip budget as we're just walked around nice places, breathtaking views there! All in one places there! Berdekatan dengan tempat penginapan kitorang. Agak tidak disangka dan syukur sangat2, sebab ni 1st time aku pergi dengan family, and there it was! Tepat seperti yang diimpikan! Hihihi.

Sesekali bawa anak-anak menikmati sambil mensyukuri keindahan alam, sangat berbaloi tau! 
Yelah, selalunya mesti nak ada kolam mandi, laut, atau aktiviti2 mencabar kan, kalau gi holiday. Tapi kali ini, idok wehh! Sibuk amik gambor je kami 4 beranak! 😊 Hok yang kecik tuh, belikan yoyo untuk dia, udoh! Hahaha!

Once korang dah sampai pekan Cameron, korang takkan sesat dah. Macam kitorang, ulang-alik situ juga. Ko nak ke pasar malam, pasar tani, ulang-alik naik turun jalan yang sama je. Takyah buka waze/maps pun! 

Sebelum pergi tu,actually, aku dah beritahu suami dan anak-anakku, yang aku nak pergi ladang teh. Yang memang betul-betul ladang tau! Yang ko boleh nampak saujana mata memandang. Cewahh! Ko akan jumpa Cameron Valley yang pertama (if ko naik dari Simpang Pulai) but it wasn't what I wish to see/go. Yang tu macam persembahan je sebab atas bukit & tak nampak langsung seperti ladang!
Nice, huh! 😂

Apabila kita di tempat orang, kenalah rajin bertanya, baru jumpa! 😉
Loved loved loved!! 😍😍😍

And yippiiii! Kitorang jumpa that ladang teh 'saujana mata memandang'. Ko kena turun je jalan arah Tapah. You'll find it there.
Actually ada lagi 1 Cameron Valley yang menyediakan laluan pejalan kaki untuk ke pokok-pokok teh.  Tapi dah jumpa yang ni dulu, then kitorang stop untuk amik gambar. Rupanya dihadapan yang ni (lebih kurang 2km) ada lagi Cameron Valley yang lebih terurus sikit untuk jenjalan ambil gambar. Tapi xpelah! Jadilah yang ni!

I remembered ada laluan jalan kaki kat ladang teh sebab aku pernah pergi masa form 5! Lawatan sekolah! And that was the last time I went to Cameron Highlands! Until now!😃 Alhamdulillah!
Momen terindah bersama yang tersayang 😘


Ok! Lain kali sambung travelog nih!
Till then! Enjoy!
#Salam kasih sayang!




No comments:

Post a Comment