Wednesday 5 April 2017

HAISSHHHH ! ~~~

Teks   :         Azaliza binti Salmin

Hai! Assalammualaikum!

Lama aku tak bagi ulasan tentang drama-drama Slot Akasia TV3 kan?!! Nak ulas ape, sama je jalan ceritanya! Mula-mula tak suka, lepas tu suka! Heroin tetibe terseliuh kaki, hero datang tolong dengan ikhlasnya! Dah 3 drama berturut-turut menunjukkan aksi macam aku cakap tu tau! “Kapten Mukhriz”, “Suami Aku Paling Sweet”, lagi satu bukan dari slot Akasia, tapi TV3 jugak! “Meh Sandar Pada Aku”! ~~~Hmmmmmm~~~Poyo, kan?!!

Penat kadang-kadang tengok drama Melayu TV3 ni. Mengharapkan suatu kelainan dalam jalan penceritaan. Terbaru, “Sshh I Love You”. Eiiyye! Malas nak tengok!

#SlotAkasiaTV3

#Silaberikelainansikit

Tuesday 4 April 2017

WHAT THE FISH !!?!

Teks     :           Azaliza binti Salmin

Assalamualaikum, hai guys!

Hmmm. Makin lama makin kekurangan peruntukan dalam sektor pendidikan terutama dari segi pengurusan pejabat. Sampaikan ink/toner printer pun dah kena beli sendiri! Mungkin tidak di sekolah-sekolah, tetapi di antara sekolah dan kementerian, yang berada di antara tu! Kalau setakat dawai kokot tu masih boleh lagi, rasanya macam dah beratus-ratus kotak dah beli dah untuk kegunaan pejabat, demi negara tercinta! Ceh!

Terbaru ni, ink/toner printer aku beli sendiri dek kerana ketiadaan peruntukan untuk pembelian peralatan pejabat sejak awal tahun! Dah la duduk di kaunter yang memerlukan berhadapan dengan orang awam, nak keluarkan resit lagi! Belum lagi orang minta salinan resit yang lepas-lepas! Semuanya melibatkan toner printer tuh!

Kadang-kadang, bengang pun ade. Yelah, aku pun bukan selamanya berjiwa suci hati nurani, ikhlas segalanya demi negara! Orang kaya makin senang, kite yang sederhana ni macam hape! Ntah ape-ape!! Dok bersidang kat Dewan Rakyat tu takde yang terfikir ke pasal kekurangan peruntukan dalam sektor pendidikan!?! Dalam berita huhahuha juta-juta diperuntukkan, tapi ke mana?!! Pendidikan tu merangkumi pengurusan pejabat, bukan hanya akademik dan sekolah sahaja! Kena ingat tu!

Well, aku cuma menjelaskan kenyataan dan hakikat yang sedang aku sendiri alami bekerja di sektor pendidikan. Mungkin, belum turun kot peruntukannya, atau, entahlah! Malas nak fikir!