Saturday 30 December 2017

Percutian Hujung Tahun 2017

Teks : Azaliza Salmin

Assalammualaikum! Hi, guys!

Vahh! Dah nak naik sekolah dah wehh! Cuti aku pun nak habis dah! Back to norm, guys! 😄

Last week, aku and my two sisters bawa family masing-masing bersama our beloved mom and dad ke ~~~~~ Pulau Pangkor!!!
Hahaha! Cuti-cuti Malaysia, dude! 
Gempaq macam holiday kat oversea! Hahha!
InsyaAllah, ada rezeki dari Allah SWT, ke oversea lah kami nanti!😊

But, heyy! Pulau Pangkor pun gempaq ape! Hihihi!

Few of pics taken!

Errrrr....

Awat kalau blogging by gadget (handphone), takleh nak upload gambar2 kat gallery? Pasai pa, huh?!!
Adeiii...baru ingat lebih senang nak share story by phone, satu hal pulak dahh...

Ke, aku yang tak tau cara?
Korang tau?
Share ngan aku sikit caranya, pleaseee...🤗🤗

#Salam kasih sayang!

Wednesday 22 November 2017

~~~ONLY THE BRAVE~~~

REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Believe me, I totally forgot about “My Big Why”. Huhh!
Bukan lupa sebenarnya, but “sengaja melupakan”. Boleh gitu? Haishhh!

Assalammualaikum. Hai, guys!

Aku sebenarnya tak dapat nak melupakan (lupa lagi..??) rasa terharu, sedih, atau entah apa rasa dalam hati ini selepas menonton filem “Only The Brave”. Ha, tak pernah dengar? Memang pun. Filem ni tidaklah dipromosikan dengan hebat. Apatah lagi barisan pelakon yang tak berapa terkenal. Atau mungkin aku yang tak kenal diorang. Hahaha! 


Well, apa yang boleh aku katakan tentang filem ni, memang best. Based on true incident. Kiranya macam “unsung heroes”, pengarah menceritakan usaha dan kehebatan kumpulan ini yang digelar “Granite Mountain Hotshots” dalam memadam kebakaran hutan di kawasan Presscott, Arizona.
Filem ni dah ditayangkan di Malaysia sejak 2hb November lepas, semalam baru aku berkesempatan menontonnya. Suamiku yang nak tengok sangat, sebab dia memang suka cerita-cerita macam tu. Aku ikutkan je, dan sungguh aku tak sangka, filem ni betul-betul menyentuh hati aku. 

Malangnya untuk kitorang pada awalnya, kitorang ke GSC, tapi dah tak ditayangkan rupanya. Baru 2 minggu, tapi tak tayang dah. So, kitorang ke TGV dan nasib baik ade lagi. Fuhh. (Kami dating berdua je semalam! Aww!) 😍😍

Apa yang buat aku teringat-ingat sangat sebenarnya, tang babak akhir ketika 19 orang anggota hotshot tu ditemui berselubung sebab mengelakkan kebakaran yang tak dapat diorang elakkan. Sangatttttt menyentuh hati!!!! Mat saleh ni buat babak yang sedih camtu sekejap nauuu! Tapi, dia punya..apa orang kata eikk…dia punya feel tu sangat terbawa-bawa sampai sekarang! Feel yang sangat menyentuh kalbu, bukan perasaan dah. Menusuk.

But this is my opinion je, hokeyh. Tak tau la kalau korang takde apa-apa rasa sangat bila tengok filem nih. Huhuhu. Kot-kot aku je yang terlebih feeling.


But, memang iye. Sangat best and sedihh ending dia. Diorang tunjuk gak hero-hero sebenar anggota Granite Mountain Hotshots tu yang terkorban.
Oh ya! Ada 20 orang anggota kumpulan ni, yang terselamat sorang je. Korang tengoklah sendiri eii, kalau nak tau sape yang terselamat, dan camner diorang boleh terkorban. Tak rugi, beb!
Tapi kena tunggu la filem ni keluar kat Astro, sebab kat wayang takut dah tak tayang dah. Macam aku kena. Huhuhu.

Ok lah. Sampai sini dulu. Actually, aku nak cite pasal satu drama bersiri Cina ni. Dah lama nak share, tapi tak buat-buat gak! Tajuknya “You Are My Destiny”. Nantilah bila feel nak menaip tu dah mai, aku share naa. Biasalah, aku. Korang tau je la. Dalam kepala hotak ni ade je nak share, tapi nak outputkan by my fingers on keyboard ni, malas sungguh! Hmmm.
 
Sedihhhh! Ni pelakon yang melakonkan balik aksi anggota sebenar bergambar depan pokok ni lepas diselamatkan dari terbakar. 😢
Till then, guys!

#Salam kasih sayang!

Friday 17 November 2017

AGAIN!! IT'S END OF THE YEAR!

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, guys!

Yuuuhuuuuu! It’s end of the year! Haha! Walaupun aku tau, belum pun bulan Disember, tapi bagi aku dan kengkawan yang seangkatan dengan aku dalam bidang perakaunan nih, closing time is near and near! Yuuhuuuu! Ready to balik lambat, guys! Hahaha!

Actually, since aku ditempatkan di kaunter hasil ni, idak ler teman sesibuk teman-teman yang lain di luar nun! Hehehe (sengih jahat!)

Yelah! Rotate la, kan, bidang kerja tu. Supaya masing-masing merasa bagaimana sibuknya bila menghampiri akhir tahun SETIAP tahun. I’ve been in that scenes for years, you know! Kadang-kadang, rindu pulak rasanya kesibukan tu. Macam pasar borong! Macam bursa saham pun ada! So, memoriable! J


Next year, anak den yang kecik tu dah masuk darjah 1 kauuu! Makin meningkat usia den. Hmm, apa perubahan ke arah kebaikan yang telah den lakukan? Korang? Hihihi. Moga-moga, ada terselit satu atau dua perubahan ke arah lebih positif yang telah kita laksanakan. InsyaAllah.


Till then!

#Salam kasih sayang!

Monday 23 October 2017

PERKHIDMATAN MENAIP DOKUMEN

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum.
Hai, semua!
Ok! Entri kali ni, aku nak promo sikit tentang perkhidmatan yang ingin, akan, dan boleh aku lakukan!
Bukan apa, kadang-kadang kita akan ter’inspired’ oleh seseorang untuk kita lakukan things yang boleh kita lakukan! Thanks to my sifu, Cikgu Monalita Mansor!

Ok! Pendekkan cerita!

PERKHIDMATAN MENAIP DOKUMEN

Bismillahhirrohmanirrohim.
Mulai sekarang dan sampai bila-bila sekiranya masih diperlukan, aku akan memulakan perkhidmatan menaip dokumen. Aku ingin membantu mereka-mereka atau anda semua yang mencari orang yang boleh membantu menaip :-

* DOKUMEN
* LAPORAN
* JURNAL
* TESIS
* BUKU
* KARANGAN
* KERTAS KERJA
* SURAT
* TENDER
* ARTIKEL
* NOVEL
* PERJANJIAN PERNIAGAAN, etc
* APA SAHAJA BENTUK DOKUMEN

Aku sangat suka menaip. Dan dengan kemahiran yang aku ada selama menjadi Pembantu Tadbir ni, boleh aku gunakan untuk membantu anda semua yang memerlukan perkhidmatan seperti ini.
Kepada anda yang memerlukan perkhidmatan menaip dokumen, besar sungguh kesudian aku untuk membantu anda semua yang tidak sempat atau tidak gemar menaip panjang berjela. Aku sedia membantu dengan menyediakan perkhidmatan menaip dokumen ni.

Untuk memudahkan anda semua tidak kira siapa pun anda, aku menyediakan perkhidmatan menaip dokumen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam format Microsoft Words. Sila rujuk butiran berikut :-

1.    BAHAN UNTUK DITAIP BOLEH DIHANTAR MELALUI –

i-             Email : azalizasalmin@gmail.com @ aza_aloha@yahoo.com

ii-            Maklumkan melalui Whatsapp / SMS ke nombor 016-5151421

iii-           Serahan tangan kepada mereka yang berhampiran (sila call/whatsapp/sms nombor yang tertera terlebih dahulu)

          
2.    MAKLUMAT BAHAN YANG PERLU DITAIP –
- Sila beri maklumat lengkap mengenai bahan yang ingin ditaip untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
- Contoh maklumat :-
a) Format       :           Microsoft Words
b) Font           :           Times New Roman
c) Font Size   :           12
d) Line Spacing:       1.5
e) Sebarang maklumat lain yang perlu sekiranya ada.

3.    PENGHANTARAN DOKUMEN
- Dokumen yang telah siap akan dihantar melalui emel bagi memastikan dokumen cepat diterima oleh pelanggan. Tetapi sebarang cara penghantaran, boleh dibawa berbincang, sebab kalau korang hantar melalui pos, and nak suruh aku pos balik, itu semua boleh dibawa berbincang. Tapi aku yakin, nowadays, emel lebih mudah kan, kan, kan!?!!

4.    KADAR UPAH MENAIP
- Setiap muka surat RM 5.00
- Muka surat 101 dan seterusnya, RM 3.50


Ok! Senang, kan! Aku ingin memudahkan kerja korang semua. Jika memerlukan perkhidmatan aku, sila hubungi emel atau nombor yang tertera, ya!
Aku amat mengalu-alukan siapa-siapa yang memerlukan bantuan!

Sekian, terima kasih.
 
Need my help? 'm ready to help you! 😊

Later on when I got free time, I’ll make it an official entry. InsyaAllah.
Korang-korang yang memerlukan perkhidmatan menaip, boleh la hubungi aku ye! Kot2 ada kenalan korang ke, yang tengah nak cari service camni, boleh suggest aku kat diorang k!
& guess what?!! Hmmm…
Pelanggan pertama yang memerlukan perkhidmatan menaip dokumen dari aku, akan dapat SPECIAL GIFT especially from ME! I will post him/her yang mengambil khidmat aku dalam entri blog ni after I did the service to them! (?? Betul tak ayat aku? Hihihi)

Ok, guys! Till then! (tak sabar pulak nak dapat customer!) Hahahaha!


#Salam kasih sayang.

Saturday 21 October 2017

~~deep inside~~

Teks   :    You know me, right. The owner of this blog. 

Assalammualaikum.

Pernah tak korang rasa ..hmmm, aku sendiri tak tau nak coret apa yang aku rasa. L So sad. If only life can be as happy as ***y. Hmm, or anyone else yang beruntung.
Astaghfirullahal’azim.
Nothing. Ya. Yup, memang lama aku tak update entry. Takde mood nak mencoret. Don’t know where the courage flew.
.
.
No ideas.
.
.
No heart.
.
.
Even I always felt like thousands words in my heart need to be throw out by clicking the keyboard, yet, I don’t feel the heart to jot down those feelings.
.
.
Always trust that Allah is always there. Doa. Doa. Doa.
.
.
Ya Allah. Please give me back the courage. Aamiin.


#Salam kasih sayang.


Tuesday 26 September 2017

ABANG LONG FADIL 2



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, guys! Hai!

Last weekend, aku n family pergi menonton wayang cerita “Abang Long Fadil 2” arahan Syafiq Yusof. Yes, adik kepada Syamsul Yusof, anak kepada Yusof Haslam. Hehhehh!
Sila abaikan suamiku yang sedang ketiduran tu ye! Acah-acah je tu! Sedang menunggu tayangan bermula 😊

Best. Lawak. Family’s movie. Bergelak ketawa bersama while watching. 98.5% satisfied, even if you bring along your 6 years old child also, they will laugh together. Really. Great.
Walaupun filem ni boleh dikategorikan mustahil & tak mungkin, tapi, rekaan watak dan situasi ciptaan dalam filem ni disembunyikan/dipatahkan/or whatsoever tak tau nak sebut, oleh lawak-lawak selamba oleh pelakon-pelakon yang hebat. Hmm, I am weak in expressing my feeling/thought by words lah! Adeii, macam mana nak jadi pengulas camni! Hahaha!
Okay, continue.

Memang seronoklah filem ni. Berbanding filem arahan abangnya tu, aku 100% lebih suka filem yang macam ni. Anak-anak pun boleh tengok tanpa kerisauan ibu bapa. Takdelah tunjuk sangat gangster ala-ala ‘bajek gerek’ nau dalam cerita-cerita ciptaan Syamsul Yusof tu. Sori ya! Just my 2 cents as a parents J.

Cuma, ending cerita ni macam sejibik cerita ‘Fast & Furious’ ke berapa, aku tak ingat. Tukar kontena berisi gazelion wang kertas di tempat yang hanya pelakon utama je tau. Kan kan??! Cuma tak tiru sangat watak Toretto je. Huhuhu!
Alah, pengarah muda lagi. Next time, boleh kembangkan dan luaskan sedikit pemikiran dan idea dalam mencipta filem-filem genre macam ni, yang takde tiru mana-mana filem barat. InsyaAllah.

Ok lah! Sekian saja untuk waktu ini.
#Jangankecam saya
#Hanyasecebispandangan
#Darikacamatapenonton

Peace yo!

#Salam kasih sayang!

Thursday 21 September 2017

HARGA PETROL MALAYSIA 21-27.09.2017

Teks  :   Azaliza binti Salmin

Khamis, 21hb September 2017

Ron 95 à RM 2.19 (turun RM0.02) aahhahh! Turun! Alhamdulillah!
Ron 97 à RM 2.49 (turun RM0.03)  Alhamdulillah! 
Diesel  à RM 2.10 (turun RM 0.04)  Alhamdulillah, walaupun memang tak guna J

Hmm, 1st week ever since aku update pasal harga minyak di Malaysia, minggu yang menampakkan penurunan untuk ketiga-tiga jenis minyak.
Aku tidak mahu dikatakan ‘bias’ (or whatsoever the spelling is!), sebab aku adalah warganegara Malaysia yang adil dan saksama. Gituuu! Hahaha!

Anyway, thank you Malaysia sebab turun juga harga minyak kali ni. Harap-harap tiada udang di sebalik mee.
Tapi, kan, aku pelik juga dengan orang-orang kita ni! Sebab, kalau harga minyak naik, kalau dalam group whatsapp berdesas-desus info pasal harga naik!
This time, I mean minggu ni, takde pulak any whatsapp yang dihantar menunjukkan harga minyak untuk minggu ni! Takkanlah pasal harga minyak turun, senyapppp je ‘kaki-kaki’ yang selalu menghantar info tu. Kan?!! Not fair lah, kalau camtu. And I don’t want to be like that! I’m a fair lady J. Hahhaa!

Ok lah! I love my country!

Till then.


#Salam kasih sayang!

Wednesday 20 September 2017

Go wItH THe fLOw

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum & salam sayang buat semua!
Apa khabar? J J

Ya ya..I know. Been missing for couple of days, last month dah keep on track in posting some entries so that my blog tidaklah sunyi. Huhu. But then, sunyi semula, tapi ok la, takdelah lama nau!

Lots of things happened in our country. Rasanya banyak yang sedih. On top of all, kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah dekat Keramat Hujung, KL. Dekat juga ngan area rumah aku. Aku sendiri nampak tapi kepulan asap je la, pagi-pagi Subuh 14 September 2017 while I was sidai baju. Memang dah agak, mesti ada kebakaran, and yes! It was. L

Kebetulan masa hari tu, aku cuti sebab nak bawa ayah aku temujanji ulangan kat IJN. Hmm, Al-Fatihah untuk semua mangsa.

Dan yang sedih jugakkkkkk, was …………………






 --------------?????????







Khamis, 14hb September 2017

Ron 95 à RM 2.21 (naik RM0.01) 
Ron 97 à RM 2.52 (naik RM0.04) 
Diesel  à RM 2.14 (naik RM 0.09) 

Yes, darling. Ini harga last week punye, sebab aku tak update last week.
Naik, okehhh!

Kalau korang tengok harga diesel sebelum-sebelum ni, static sekali & turun dalam 3 kali kalau tak silap aku. Turun pun bukan banyak, RM0.01 each.
Tapi, look! Kalau naik, hahh! Terus RM0.09 sekali naik! Ambik kau!

Sedih, kan?! Yelah, aku pun secara kebetulan je dapat tau flow naik turun harga petrol kat Malaysia ni since aku update every week. Before this, mana ada! Just go with the flow je. Tapi, since last few weeks dok update harga petrol Malaysia, baru tau camaner rentaknya. Rasanya dalam 4 minggu update, Petrol 95 takde yang turun aihh! Kalau ada pun, RM0.01 je! Then, kalau naik, hah, mencanak-canak even RM0.04!! Kalau dikumpul dalam sebulan, cer kira tengok berapa naiknya compared to yang turun!! Cesss!

Apepun, semoga Malaysia aman damai sentiasa. Itu yang penting.

Till then.

#Salam kasih sayang!

  

Monday 11 September 2017

Kita di suatu masa dulu ~~~

REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Teks   :    Azaliza binti Salmin

First of all, kredit to #EzamNordin sebab entri aku kali ni, aku post apa yang lalu kat wall FB aku yang di share oleh #PenMerah[dot]com. Rasanya macam dah beberapa kali terbaca post yang camni, and everytime baca tu, feeling nostalgic sesangat! Tu yang aku nak kongsikan kat sini. Maybe, korang pun dah pernah baca juga post ni!
Again,
Kredit : Ezam Nordin

Siapa yang lahir pada tahun 50’60’70’80’an..?

1-    Kita yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

2-    Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.
(Very true! Aku sukaaaa sangat menaip dulu-duluuu!)

3-    Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.
(Sangattt! Guess aku record lagu ape?!! Hahaha!)

4-    Kitalah generasi semasa kanak-kanak bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget.
(Betul! Aku dulu kalau pukul 3pm je dah senyap-senyap keluar rumah sebab nak main! Kids nowadays?!! Dok ghumah lagi seronok bagi diorang! Takyah tengok anak orang lain! Anak-anak aku camtu wehh! Adeeiihh!)

5-    Kitalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon/sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya…kerana kita adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. (Missed my teen ages times! Huhu) Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kita pun tetap biasa ber 😊😃 di grup Facebook/WhatsApp.

6-    Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

7-    Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik membayangi kita.

8-    Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk berpindah saluran sana sini.
(Ermm, yang ni aku tak rasanya, sebab TV masa aku kecik dulu ade kaler dah!)

9-    Kitalah generasi terakhir yang pernah begitu menharapkan datangnya posmen menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati.
(Yang ni betoii! Tapi bukan alamat rumah, sebab rumah aku dalam Kem, so surat memang lambat kalau sampai! Aku guna alamat rumah my best friend, Azilah Jokariah! J And by the way, aku tak tunggu surat cinta dari kekasih hati, ok! Aku dulu rajin sangat2 cari pen pals! Sangat suka, and normally aku cari dari majalah “Galaxy”! Haa, pernah dengar tak nama majalah tu?! Heh heh!)

1-    Generasi yang bawa RM0.10 – RM0.50ke sekolah tapi boleh makan sampai kenyang kat kantin…

Itulah kita……


Alangkah indah zaman kecil-kecil dulu. Hmm, hehehe!

Till then, guys!

#Salam kasih sayang!