Thursday 8 September 2016

SYUKUR ITU INDAH


Teks  :         Azaliza binti Salmin

Foto  :         Mr. Google


Kita hidup di gunung, merindukan pantai

Kita hidup di pantai, merindukan gunung

Kalau kemarau, kita tanya bila hujan?

Di musim hujan, kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar

Setelah keluar, berkeinginan untuk pulang

Waktu sunyi, mencari keramaian

Waktu ramai, mencari ketenangan

Ketika bujang, mengeluh keinginan untuk berkahwin

Sudah berkeluarga, mengeluh belum memiliki anak

Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup
         

       Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki….
          
             Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki…….

          Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki…….

          Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar……

          Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini……

          Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan Nampak buruk……

          Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun kecil. Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku…….

          Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

          Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan……

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki

Bersyukurlah atas keluarga yang kita miliki

Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki

Bersyukurlah atas kesihatan yang kita miliki

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur

~~~Syukur itu indah~~~


p/s : peringatan untuk diri sendiri


Till then…


Salam kasih sayang…

Tuesday 6 September 2016

FRIEND IN NEED, IS A FRIEND INDEED

Teks             :        Azaliza binti Salmin

Foto             :        Mr. Google

Assalammualaikum, sahabat. Apa khabar anda semua? Harapannya sentiasalah di dalam keadaan yang sihat lagi ceria hendaknya. InsyaAllah. Agar kita semua diberi keberkatan di dalam kehidupan di dunia ini, yang pasti dengan izin dari Allah SWT.

Pernahkan anda semua mengalami suatu keadaan di mana rakan baik anda hendak pergi jauh? Eh?! Apa skema sangat bahasa aku hari ni, nih?!! Hahaha!

Takde! Maksud aku, pernah tak korang merasa kehilangan seorang sahabat yang selama ini menjadi tempat untuk korang luahkan segalanya? Hmm, untuk aku, takdelah luah segala-galanya! Cuma, macam, seseorang yang kita rasa mudah untuk berterus-terang. Yup! Lebih kurang macam tu lah! Pernah tak? Mestilah pernah kan?! Maybe…….

Yessss! One of my favourite friends are going to futher his studies abroad. And yes! He’s the one that I can share some of my stories.

Forget it! Just pray for their success as they’ve made us feel good once, kan?! When they’re around us! InsyaAllah, babe! Me really pray for your happiness!
"Bertemu tidak jemu,
Berpisah tidak gelisah,
Jika kasih kerana Allah SWT"
~~Salam 5 waktu, sahabat~~

‘Kapten Mukhriz’ dah abis! Ending yang biasa-biasa je. Memang frust! Pertengahan cerita yang sangat aku dambakan, apa yang dimimpikan si Ariana tu jadi kenyataan! Dushh! Barulah lain sikit! Tang Mukhriz cakap dia nak kena lepaskan seorang dari dua orang isteri die tuhh! Mimpi rupanya! Haisshhhhh! Baru macam nak ‘inter-mission’ debak debuk lain sikit cerita Melayu, ghupenya still the same. Pengarah drama Melayu kat Malaysia ni mesti taknak buat jalan cerita yang lain sikit, takut orang tak dapat terima kot. Entahlah!

Ok lah! Cakap banyak pun tak jadi ape!

Till then!


#Salam kasih sayang!