Monday 31 October 2016

"QUOTES"

Teks            :         Azaliza binti Salmin

Foto            :         Mr. Google

Assalammualaikum. Salam Isnin buat semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Aamiin Aamiin Ya Rabb.

Ok. Hari ni aku nak menulis mengenai “Quotes” atau dalam bahasa Melayu disebut “Pepatah”, kalau tak silap aku. 

Aku suka dengan ‘quotes’ ni tau. Ia seolah-olah melambangkan apa yang kita rasa atau alami, melalui kosa kata yang indah. Especially English quotes. Aku bukan membangga-banggakan bahasa penjajah tu, tapi memang aku suka bahasa Inggeris. Jangan tanya kenapa, kerana aku sendiri tak tau mengapa.

Apa yang boleh aku bingkiskan, kadang-kadang aku rase, penyampaian dalam bahasa Inggeris ni lebih sopan dan tak mengecilkan hati orang bila kite nak luah sesuatu yang kite pendam. Bagi aku la. Aku minta maaf ye. Seriously aku bukan tak suka bahasa kebangsaan kita. Mustahil! Sebab aku pun bukan lancar sangat dengan bahsa penjajah tu! Aku cuma suka kalau nak luah sesuatu tu, dalam bahasa Inggeris. Tu pun bercampur-aduk, kan. Entah la! Tak tau kenapa. Hihihi.

          “Love began with a smile,
           
           Growing with a kiss,
           
           End with tears..

When you were born, you were the one crying & everyone around you is smiling..

Live your life, so that when you die, you’re the one smiling & everyone around you is crying

Best, kan?! Ada lagi!

          “If you love something, set it free
           
                   If it comes back to you, it yours to keep
           
                          But if it doesn’t, it was never meant to be”

Haa! Yang ni kalau korang nak tau, aku ambil dari majalah Ujang atau Gila-Gila masa darjah 5! Seriously, babe! Aku hafal, sebab aku rasa quotes ni best! And yes! Bila dah besar macam ni, quotes ni memang membawa makna. Kan, korang!!?!

Actually, banyak lagi quotes yang aku simpan since sekolah. Tapi, mana entah bukunya. Dari majalah Siswa, Quest, memang banyak kata-kata indah yang diselitkan. “Time waits for no men”. Hmm, lagi tak ingat dah.

Dalam entri sebelum-sebelum ni pun ada secara tidak sengaja aku titipkan kata-kata indah. Tak tau la perasan ke tak. Hahaha!

Last but not least, pepatah yang aku baru terjumpa dan menambat hati aku untuk mengingati the words;

          “Andai kita sudah dilupakan,
               Maka belajarlah untuk melupakan”

Hah, gitew! 

Till then!

#Salam kasih sayang!





Wednesday 26 October 2016

MEMBACA

Teks            :         Azaliza binti Salmin

Foto            :         Mr. Google & My Arkib

Assalammualaikum!

Ok! Hari ni, aku nak bercerita mengenai “MEMBACA”. Hmm, poyo tak? Hahaha! Like I care! 

Entri sebelum ni, ‘menulis’. Hari ni, ‘membaca’ pulak.

Kalau dulu masa kecil, ada sahaja kawan-kawan yang akan bagi sebuah buku cantik diorang yang namanya ‘Autograph’. Kan, kan?! Haa, kat situ kite dok tulis biodata kite kan. Mesti akan ada hobi, warna kegemaran, kawan baik, dan sebagai-bagainya, kan. Hihihi. Apa kaitannya dengan tajuk aku arini? Entah!! Mmuaahhahahaha!

 Takde la! Actually, aku nak bagitau ‘membaca’ ni adalah perkara yang selalu ditulis mahupun dijawab jika kita ditanya mengenai hobi kita. Mudah, dan memang semua orang membaca. Benda yang paling mudah untuk disebut apabila ditanya secara spontan.

Aku? Of course aku sangat suka membaca. Tapi, tidaklah sampai macam orang kata ‘ulat buku’. Belum tahap tu lagi. Tapi, yes! Memang aku minat membaca. Novel, majalah-majalah, are my top favourite things to read. Buku jenis ‘autobiografi’ aku sangat suka. Tapi, nama-nama makhluk yang terpilih je la aku suka, and for sure to be taken as example is, “Dr. Mahathir bin Mohamad”. Heh heh heh! Tapi yang aku ada buku pasal Tun M ni, jenis animasi tau! Semangat nak baca! Karya E. Yu kalau tak silap aku.

Membaca ni mudah. Malahan, setiap hari kita akan membaca. Mesej, whatsapp, facebook, kena baca, kan. Hihihi.

Hmm. Dah petang-petang macam ni, tak tau nak tulis apa.

So, rasanya sampai sini dulu coretan aku mengenai ‘membaca’. Sebab tak tau nak ‘menulis’ apa. Huhu.

Oh ya! Sekarang ni, aku sedang membaca novel karya Hadi Fayyadh – “Semusim Di Barzakh”. Baru sampai di tanganku semalam!

Till then!

#Salam kasih sayang!



Friday 21 October 2016

MENULIS


Teks  :         Azaliza binti Salmin
Foto   :         Mr. Google

Asalammualaikum, guys! Salam Jumaat penuh barokah buat semua!
Well, today aku nak bercakap, meluahkan pandangan aku sendiri tentang “MENULIS”. Hehehe!

“Menulis” ni, semua orang tahu apa maksud dia. Macam aku, mula-mula niat ber’blogging’ ni sebab nak teruskan minat aku dalam bidang penulisan. Chewah! Konon-konon la boleh semakin serius apabila dah melangkah ke alam siber ni. Hahaha! Rupanya, tidaklah seindah yang disangka dek kerana ‘kemalasan’ diri sendiri dengan pelbagai alasan ‘idea tak kunjung tiba’. Puuiiiii!

Tapi, it’s for real, ya’ know. Memang when I said, I don’t have idea, memang betul aku ketandusan idea. Kadang-kadang, otak ni ade je terfikir bestnye olah cerita macam tu macam ni, but when facing the computer, it turns out to be ‘BLANK’! Like hell! Ooppss! Hihihi. Dok tengok je keyboard, ape lah nak ditulis ni, ape la yang nak dimulakan nih! Hmmm.

So, right from today, (by the way, this ideas went out through my head since a day before yesterday J ) I decided nak menulis tentang pendapat, atau apa yang aku rasa tentang sesuatu perkataan. And, yeah! It starts with “MENULIS’. Give supports, ya!

Kalau dulu-dulu masa zaman sekolah, aku suka sangat tulis cerita-cerita pendek. Gunakan buku-buku tulis sekolah yang dah tak digunakan lagi. Tapi, aku menulis time cuti sekolah tau. Yang akhir-akhir tahun punye cuti sekolah tu. Ha! Memang time tu, aku suka reka cerita-cerita. Tapi, my style of writing is, bukan macam novel atau buku cerita tau. It was like, conversation between one to another. Just conversation! Like this ;

Syafika        :         Hai, Joe! Jom jalan-jalan!
Joe              :         Malas la! Kalau ada Zahira kan best!
Syafika        :         Alah! Jom lah!                                            “


Haaa! Macam tu style aku menulis zaman budak-budak dulu. Hahaha! Kelakar kan?!! But for real, memang banyak cerita-cerita aku tulis macam tu tau! Time tu, nama-nama glamour yang selalu aku guna, macam tu lah! Syafika, Ira, Joe, alah..! Nama-nama zaman 90’an! Hahaha!

Best wooo bile ingat balik! Kalau korang ingat, zaman sekolah dulu bila dah secondary, ada buku tulis Sains yang kaler biru tu, yang saiz macam A4 paper. Ha! Buku tu lah aku suka guna untuk menulis! Tapi, buku tulis biasa pun aku bantai tulis jugak!
Mesin taip camni lah! Tak tuk tak tuk zrettttt! Hahaha!

At one time, ayah aku ada bawak balik typewriter haq dulu-dulu punye typewriter tuh! Lagi syok aku menulis! Macam ala-ala tengah kerja kat pejabat! Tak tuk tak tuk zrettttttt tak tuk tak tuk! Hahahaha! Manisnya zaman kecik-kecik dulu!

Hah kau! Bile dah besar, memang tak tuk tak tuk kerja aku! Ngadap computer memanjang! Sampai nak menulis pun idea dok kering je! Padahal anganan zaman hingusan aku tu! Hihihi. Allah SWT Maha Kaya.  

Hmm. Seronok pulak bila menulis macam ni. So, I guess, aku akan cuba teruskan idea aku menulis, memberi idea dan pandangan, tentang sesuatu perkataan. InsyaAllah!

Sebarang pendapat dan komen dari uols para pembaca, AMATLAH aku hargai! Sangat-sangat!! I love uols! Sama ada yang memang akan baca setiap entri terbaru aku, atau sesiapa sahaja yang ‘ter’passing by! Anyone! I love u! Thanx ya!

Ok lah! Nanti kita sembang pasal tajuk @ topik lain pulak k!

Till then!

#Salam kasih sayang!