Friday 27 May 2016

"Qareen"

Teks    :           Azaliza binti Salmin
Foto    :           Carian Google



Assalammualaikum dan salam Jumaat nan barakah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam kehidupan ni kan, ada benda yang kita teringin sangat nak buat, tapi tak buat-buat pun. Pernah tak korang rasa macam tu? Contoh eii, rasa macam nak mendirikan solat Dhuha, tapi masih teragak-agak nak buat disebabkan alasan-alasan yang macam…yang macam tak nak buat! Itulah..inilah…

Pernah tak korang rasa macam tu?

Baru-baru ni, aku menyertai kelas ‘Akademi Muslimah’ melalui group whatsapp. Zaman sekarang, dengan adanya teknologi, kelas pun boleh melalui pelbagai cara, kan!? Dalam kelas ni, ada banyak info berkaitan kehidupan dan metafizik. Aku join untuk mengikuti kelas bertajuk “Titik Tak Terhijab”.
Antara info-info yang aku perolehi ialah berkenaan ‘qareen’. Korang tau tak apa itu ‘qareen’?

Sebenarnya, Allah SWT telah assign ‘qareen” untuk bersama dengan kita setiap masa. Apabila kita mendapat sentuhan dari malaikat, sentuhan malaikat ini yang berusaha membuatkan kita rasa inspires, motivates kita untuk berbuat baik, dan menjauhkan dari kejahatan. Maka sangatlah jelas di sini, jika malaikat membawa kita ke arah yang baik, ‘qareen’ yang bersama kita akan membawa kita ke arah yang sebaliknya. ‘Qareen’ ni kira macam syaitan a.k.a ‘Jin Qareen’. Jeng jeng jeng!

So, ‘qareen’ ni memang akan constantly dan sentiasa attack kita, menjauhkan diri kita dari kebaikan. Melalui ape tau?! Melalui bisikan-bisikan. Sesuatu yang tidak baik dalam pemikiran kita. Dato’ Azizan Osman gelar ‘qareen’ ni sebagai ‘biawak’, manakala Anthony Robbins panggil ia sebagai ‘small little voice’.
Hmm…….mungkin that ‘small little voice’ tu la yang menghalang kita dari terus melakukan kebaikan. Tetapi, apa yang penting, kita kenalah selalu berdoa agar dijauhkan dari terhasut dengan ‘small little voice’ ni. WAJIB!

Itu antara info yang boleh dan ikhlas aku kongsikan di sini. Ada banyak lagi info dan ilmu-ilmu yang aku rasa sangat best dalam akademi ni. InsyaAllah, ada rezeki, aku nak join lagi.

Ok lah! Sampai sini dulu.
#Salam kasih sayang!


Thursday 26 May 2016

Salam Khamis, 19 Sya'aban

Teks             :        Azaliza binti Salmin
Foto             :        Mr. Google

Assalammualaikum! Salam Khamis everybody! Semoga hari ini mendatangkan kebaikan dan segala yang baik-baik untuk anda semua! InsyaAllah!

Hmmm…….nanti-nanti je lah aku nak komen pasal cerita “Duda Terlajak Laris” tu! Hihihi. Bukan komen, cuma ulasan sahaja, atau mungkin pendapat aku sebagai seorang penonton. 
Lama sungguh aku tak post any ulasan drama/filem under label “ulasan drama/filem”. Kan?!!!

Lately, customer-customer aku seperti biasa. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Bukan takde terus, maksud aku sedikit je. Masa yang ada aku gunakan untuk menyemak kembali those invoices syarikat Kawalan Keselamatan last year yang mana masa bulan Disember 2015, bayaran atas dasar ‘blanked approval’. Aku kat sini baru aku tau ape kebende ‘blanked approval’ tu. Bayaran dilakukan tanpa invois, tetapi bersama surat iringan/arahan dari unit yang terbabit.

Selain tu, aku still terlibat dengan bayaran untuk sewaan mesin fotostat. Kerja. Macam tu lah!

Yang penting ape?!!! Yang penting ape, kawan-kawan?!!!
Yess!! Yang penting happy! Istiqomah dengan apa yang kita lakukan. Lakukan dengan ikhlas!

Well, saje je nak share, from Bahagian Dakwah JAKIM. Untuk semua dan untuk diri aku sendiri especially!

“Sebenarnya, rasa kosong yang kita rasa tu bukan rasa kosong. Tetapi rasa terbeban dengan dosa. Sebab tu setiap rasa kosong tu tak menenangkan.”


Till then! Salam kasih sayang!

Wednesday 18 May 2016

Hai!


Teks       :       Azaliza binti Salmin

Foto       :       Carian Google

Assalammualaikum & hai, guys! Happy Wednesday to everyone! JJ

Hmm…dah 11 Sya’aban dah..sekejap je rase mase berlalu. Dulu mase sekolah, rase lamenye nak habis sekolah, bila la nak menginjak ke alam pekerjaan. Hah! Now?! Rase macam nak patah balik mase pulak! Bestnye zaman-zaman sekolah dulu! Spashly teen ages!

dalam kehidupan ini..yang terindah.. melalui usia remaja

Really agree with that! Hihihi!

Tapi, we cannot turn back time, babe! We are what we are today. So, live with it and be happy with it! Kan?!

Aku sebenarnya tak tau nak tulis ape. Mmuahahahaa!

Sebelum terlambat, kot-kot aku tak sempat nak post any entry pasni, aku nak ucapkan “Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak” untuk viewers semua! Have a blessed Ramadhan onwards! InsyaAllah!

~~Ramadhan Ini~~  Krik krik! Krik krik! Hahaha!

Love uols!

Salam kasih sayang!



Tuesday 3 May 2016

Sang Hati

Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google

Hati ini rindu masa-masa yang terisi
Hati ini rindu saat-saat yang menceriakan
Hati ini rindu pada rasa cinta Sang Pencipta
Hati ini rindu mendambakan kasih dari-Nya
Karna apa?
Karna hati ini bosan dengan segala rasa yang ada kala ini
Karna hati ini penat mencari di manakah silapnya
Karna hati ini masih tercari-cari ruang dan masa untuk bermula
Tapi,ya?
Sampai bila wahai sang hati?
Sampai kiamat?
Jika tika itu sampai, sudah terlambat wahai sang hati