Friday 18 September 2015

~~MENCINTAIMU~~~


Teks             :        Azaliza binti Salmin

Foto             :        Carian Google

Assalammualaikum, semua! Huwaaaa! Setakat ni memang slot Akasia yang sedang ditayangkan di kaca TV3 menggamit hati untuk aku duduk menonton cerita itu. 

“Mencintaimu”, best kan?!

Tapi tu lah, cerita Melayu. Sorry to say, tapi memang ‘klise’. Hmm. Aku memang syok tengok saat-saat Anissa dah berjanji takkan terpedaya dengan Hisyam lagi, saat-saat Hisyam menolaknya tanpa rasa kesian (walaupun hakikatnya Hisyam tak nak tolak diri Anissa, tapi still dia ketepikan juga,kan). Saat-saat ‘sweet’ antara Anissa dengan Muaz, bos Anissa tu. Memang sweettttt sangat dengan keletah Muaz yang suka berjenaka walaupun meminati Anissa dalam diam.

Sampailah adegan apabila Anissa bernikah dengan Hisyam. What?? Oohhhh, klise dah start. I don’t like it, but dah tengok kan, kena teruskan walaupun memang tak berapa suka sangatlah tengok adegan-adegan ‘konon-konon sweet’ between that couple. Argghhh. Boring. Hihihi. Sorry ei, but IT’S JUST MY OPINION!

Cuba buat lain sikit, cuba tuned kan lain sikit kali ni. Actually, I was just hoping that Anissa will reject Hisyam time tu jugak! Tunjukkan keras hati sikit, pegang janji-janji sendiri, and of course, teruskan ‘sweet moment’ in daily routine between Anissa & Muaz. Make up story tapi TIDAK sekali-kali terima kembali Hisyam. Mungkin, boleh berbaik-baik, tapi untuk jatuh cinta sekali lagi dengan Hisyam, NEVER! Boleh,kan? Baru nampak lain sikit! Hihihi. Kalau cerita aku, boleh la! Hihihi.

Ini pendapat dan luahan hati aku sebagai penonton!

Kalau pasal Anissa dah tak suci, wether it’s true dia dah dinodai oleh Hisyam or not, it doesn’t matter kalau ikut jalan cerita aku. Terus terang pada Muaz, that she is not virgin disebabkan bla bla bla, ok je rasanya. Make up story ada dugaan-dugaan dengan Muaz yang akhirnya akan membuahkan ‘the sweetest moments’. Hihihi. Tak habis-habis aku dengan ‘sweet moments’ je eik! Hihihi.

Yelah, ni kalau ikut cerita macam yang sekarang ni, mesti nanti Hisyam buat hal lagi (walaupun dia tak rela), lepas tu mesti Anissa kembali semula pada Muaz. Tak habis-habis macam tu. Kalau dalam cerita Melayu ni, heroin atau hero mesti bertuah bebenauu! Cuba sesekali buat pelakon tambahan pula yang bertuah. Kan?! Bagi pengajaran sikit pada hero pertama. Heroin pula, janganlah selalunya lucky sesangat, ramai yang menunggu. I mean, ramai sangat peminatnya. Hmm…….

Hihihi. Sudah, sudah. Lebih-lebih pula aku ni. Tapi, itulah aku. Apabila jalan cerita dapat aku agak, mula lah mulut ni membebel. Husband aku pun dah faham dah. “Dia ikut arahan pengarah la, mama”. Hihihi. Lepas menonton saat yang tak best tu, memang aku nak komen dalam blog terus. But, my lappy! Hmmm, budak-budak bertuah tu kerjakan, entah macam mana dah tak boleh nak buka.

Apapun, aku akan terus menonton slot Akasia tu lagi sehingga penghujung. Kita nantikan je lah. Walaupun, KALAU Anissa akan bersama Muaz juga akhirnya, tapi keterujaan aku tu memang dah berkurang dan tak sama seperti saat-saat ketika Anissa menolak Hisyam.

Ok lah! Sampai sini dulu.

#Salam kasih sayang!


Sunday 6 September 2015

II~~Angel & Heart~~


Teks    :   Azaliza binti Salmin
Foto    :   Mr. Google

Heart  :    Kau kasihkan, aku?
Angel  :    Kenapa kau tanya begitu?
Heart  :    Saja tanya..tak boleh kah?
Angel  :    Tentulah aku sayangkan kau, kasihkan kau… Kau adalah aku, jangan
           sesekali nafikan itu….
Heart  :    Tapi…..kenapa kau asyik menghalang aku dari merasai kenikmatan rasa
           itu? Padahal kau sendiri merasa indahnya perasaan itu… Mengapa kau
           tak suka apa yang aku suka?
Angel  :    ~~~~~~~
Heart  :    Sepatutnya, kalau kau sayangkan aku, kau mesti gembira bila melihat aku
           bahagia. Bukan begitu?
Angel  :    Ya, benar…….
Heart  :    Jadi, mengapa mesti kau menghalang aku dari berperasaan begitu?
Angel  :    Sayangku…….kadangkala, perasaan indah yang membuai dalam
           kalbu itu bukan sepatutnya untuk kita kecapi. Kadangkala, itu semua
           hadir untuk menguji kita, menguji kejujuran dalam diri  kita, sayang…
           janganlah dek kerana keseronokan yang baru kau kecapi itu, maka kau
           melupakan apa yang telah sedia kau perolehi. Sedangkan perasaan yang
           membuai lenamu itu belum tentu menjadi milikmu. Adakah kau faham
           maksudku?
Heart  :    Entahlah…….
Angel  :    Aku tahu kau mengerti. Jangan pura-pura tidak faham, atau memang
           kau tak mahu mengerti maksudku itu.
Heart  :    Kau ni banyak sangat helahnya!
Angel  :    Helah?
Heart  :    Andai aku melupakan terus perasaan itu, adakah kau mengerti apa yang
           akan aku rasa? Belum tentu aku akan dapat kecapi perasaan indah yang
           aku lupakan itu!
Angel  :    Kau ni cakap berbolak-balik!
Heart  :    Nah! Sekarang, kau pula yang berpura-pura tak faham, bukan?!
Angel  :    Aku pula?
Heart  :    Senang cerita, beginilah! Biarkan aku terus dengan keasyikan yang
           sedang aku kecapi kini! Andai aku telah pergi terlalu jauh, kau
           cepat-cepat sedarkan aku! Buat masa ini, aku masih tahu batasku!
           Boleh?

Angel  :    Kau ni…….

#Salam kasih sayang!

Friday 4 September 2015

~~Angel & Heart~~

Teks   :   Azaliza binti Salmin
Foto   :   Mr. Google

Angel  :    Padamkan segala rasa itu! Kau tak berhak untuk menyimpan segala rasa
           seperti itu dalam hati kau!
Heart  :    Tapi rasa ini sungguh indah! Aku tak mengharapkan apa-apa dari apa
           yang aku rasa! Aku hanya ingin mengecap manisnya!
Angel  :    Jaannggaaaannnnn!
Heart  :    Kenapa?
Angel  :    Nanti kau akan terbuai dengan rasa itu, lalu kau pasti akan lebih
           mengharapkannya menjadi kenyataan satu saat nanti!
Heart  :    Bagaimana pula kau tahu? Kau bukan aku!
Angel  :    Tapi aku tahu itu pasti akan berlaku! Aku adalah kau! Aku rasa apa 
           yang kau rasa! Manis, indah! Tapi aku tak mahu kau terlalu ikutkan 
           sangat buaian perasaan itu!
Heart  :    Kenapa pula?
Angel  :    Kerana aku tak mahu kau kecewa! Benar, kau kata kau tak
           mengharapkan apa-apa dari rasa itu! Tapi itu kerana kau tak mahu
           berhenti dari anganan indah! Kau harus sedar, kau di mana! Kau harus
           sedar kau tak layak untuk merasai keindahan seperti itu! Kau harus
           hadapi kenyataan yang sebenar! Merasai keindahan sebenar dengan apa
           yang kau ada tika ini! Bukan dengan rasa itu!
Heart  :    Tapi…….aku sayang nak tinggalkan perasaan itu…….
Angel  :    Kau harus! Kau wajib cuba! Kehidupan berpaksikan kepada kenyataan,
           bukan khayalan.

Heart  :    Aku………………………………..

#Salam kasih sayang